Monday, October 18, 2010

Mitos-mitos famous tentang lactation/breastmilk....

Baby ladybirdy tengah charge batery... (0O)

1. Susu yang mula-mula keluar daripada breast ibu adalah nanah/kotor

Pergh.... sangat salah!
Susu yang mula-mula keluar daripada ibu adalah susu yang terrrrrbaik sekali. Ia dinamakan colustrum. Ia mengandungi nutrisi lengkap yang diperlukan oleh baby, berserta antibodi yang banyak! Ia megandungi sistem imune yang tertinggi, yang melindungi baby daripada sakit dan infection... (Logik, baby baru2 keluar sangat fragile. Sebab tu susu pertama tu membekalkan imune sistem)

nota: colustrum can last up to 7-10 days in milk.

2. Breast kecik, susu pun sikit

OK. Ni tak tau nak komen banyak sangat, tapi sebenarnya tak betul sebab production susu bergantung kepada supply and demand. Lagi kerap kita susukan baby, insyaAllah susu akan banyak. So, size doesn't matter K =p

3. Ada orang boleh keluarkan banyak susu, tapi ada orang susu tak banyak (alasan paling common kenapa ibu-ibu tak breastfeed baby)

Herm... tahukah anda, bahawa kajian yang dijalankan oleh WHO menyatakan bahawa seorang ibu yang sihat boleh menyusukan sebanyak 3 orang anak in every feeding time? means, bekalan susu badan kita sebenarnya lebih daripada cukup terutamanya kalau kita cuma melahirkan seorang baby sahaja (xkembar)

Kajian tersebut juga menyatakan bahawa rata-rata semua ibu yang melahirkan anak dianugerahkan mamary gland yang boleh mengeluarkan susu yang cukup berdasarkan permintaan. Hanya ibu yang sakit sahaja yang berkemungkinan tidak berupaya menghasilkan susu yang cukup. Sakit yang dimaksudkan madalah sakit2 yang specific, yang berkaitan dengan hormon, dan penyakit wanita.... So by right kalau kita sihat, susu kita memang cukup!

So macam mana pulak susu boleh kurang sendiri?
Herm.... tu kita bincang di dalam entry akan datang ekk... Sebab tu satu lagi topik yang khusus.

4. Hamil tidak boleh menyusukan baby

OK. Ada pulak kes, ibu masih menyusukan anak, tapi disahkan hamil. Ramai orang akan suruh stopkan penyusuan kerana kesian dekat baby dalam perut. Sebenarnya, baby dalam perut takde kaitan langsung dengan susu. Baby di dalam perut takkan mendapat apa-apa effect yang negatif. Teruskanlah penyusuan seperti biasa...

Cuma yang perlu difikirkan sebenarnya adalah si ibu itu sendiri. Adakah ibu mampu untuk menyusukan anak ketika hamil? Sebab ketika hamil kondisi ibu itu sendiri yang perlu diambil kira. Yelah, dengan mabuk,tak larat, pening2, tak lalu makan lagi, so larat ke nak susukan anak?

Tapi kepada ibu yang kuat dan boleh, tahniah! memang salute and tabik spring laaa... Just jaga pemakanan sebab anda supply nutrient kepada 3 orang: Ibu, baby dalam perut, dan susu untuk abang/kakak!

5. Pam susu akan menyebabkan susu kurang

Eh, tak lah. Sekarang maybe orang dah lebih terbuka kot dan mitos ni dengan mudahnya tertolak. Tapi jangan terkejut, masih ada lagi yang berfikir macam ni, terutamanya 'makcik-makcik' kita.

Tak boleh nak salahkan dorang jugak, sebab pada zaman mereka, pam mungkin takde. Kalau ada pun tak la efficient dan canggih manggih macam skarang. Masa dulu kalau pam pun mungkin sakit. Lepastu serik, susu pun tak nak keluar dah...

Cume pada zaman sekarang yang pam dah canggih pun, kena jugak mengikut cara yang betul supaya ibu tak sakit, dalam masa yang sama, dapat perah susu dan buat stok! =p

6. Susu badan sahaja mana cukup!

Ni pun antara mitos yang top jugak la. Selalu kalau kita cakap kita bagi baby (newborn) susu ibu je, akan ada feedback cakap yang susu ibu je tak cukup/tak elok... Biasanya ramai yang suruh kita campur/selang-seli dengan air masak, air kundur, air glucose, dan lain-lain. Ni pun insyaAllah xiet akan buat satu tajuk lain iaitu kenapa hanya susu ibu?

nota: Terpikir tak kenapa susu sesetengah ibu tu cepat kering? Haaa...antara sebabnya adalah mereka tak exclusive breastfeed anak mereka. Sebab bagi campur2 la kurang demand, and susu kurang terhasil....

7. Tukar/selang-seli breast sekerap mungkin semasa menyusukan baby

Masa Xiet dalam pantang dulu, ramai jugak visitors yang menegur cara penyusuan xiet. Dorang suruh tukar-tukar breast dalam 1 feeding time. Cth, every 3-5 minutes, tukar breast. Alasannya, sebelah breast mengandungi makanan, sebelah lagi supply minuman... Pernah dengar kan kan kan? Hehehe...

Sebenarnya tak....
Dua-dua belah breast kita menghasilkan hasil yang sama = SUSU. kandungan nutrisi susu jugak adalah sama. Disadvantage kalau kita tukar-tukar adalah;

(1) Kantung susu tak kosong betul. Masih ada susu berbaki di dalam breast sebab kita bagi sikit-sikit setiap satu. So, ni jugak salah satu sebab kenapa susu supply akan cepat berkurangan (cepat kering)...

(2) Potong stim baby tu tengah minum sedap2 kita kacau! Cube kalau kita kat tempat baby tu, tak ke hangin!

Ada banyak lagi sebenarnya... Tapi ni je yang sempat buat masa ni....Maybe kawan-kawan boleh tambah di ruangan komen?! bersama-sama itu, Xiet nak akhiri post ni dengan pantun 2 kerat...

Terima kasih daun keladi,
hi hi hi...

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Peace Be Upon You (",)

Peace Be Upon You (",)

Tribute to all mothers in the world!