Sunday, October 3, 2010

Aaron pun nak jadi saintis!


Memandangkan hari Jumaat lepas ada jamuan beraya di lab, tergerak hati nak bawak Aaron Houdd pergi lab. (Dah bajet awal2 tanak buat labwork and nak enjoy makan2 aje)... Tapi disebabkan ada hal yang tak dapat dielakkan, Xiet tak jadi nak join jamuan raya tu. Instead, just pergi UM after 2pm and terus ajar sorang junior buat SDS PAGE (buat agar-agar nipis yang tak boleh dimakan)...

Aaron Houdd pun ikut jugak...Macam biasa, bukan main excited lagi kalau dapat jalan-jalan.

Aaron Houdd menjadi gilaan ramai anak dara tak lupe jugak teruna-teruna.

Aaron Houdd (seperti biasa) membusy kan diri bersosial dengan orang sekeliling, mula tersenyum-senyum dan manja-manja dengan anak dara - anak dara yang ada....(haih, anak bujang Ummi niii!)

Aaron Houdd pun sibuk nak jadi saintis! Ummi Aaron sibuk buat kerja, dia pun sibuk nak kacau. Last-last, Ummi Aaron terpaksa dukung Aaron sambil buat kerja. (Stroller tak dapat nak di bawa sebab lab ada tangga-tangga. Huhu)

Tengah makan sementara tunggu Ummi buat kerja (lakonan semata-mata. Tak lama tu, dia tanak duduk diam, nak tengok/ikut Ummi dia buat kerje)

Pukul 7:40 malam, Aaron Houdd mula merengek-rengek dan buat hal. Rupanya, sleeping time! Tapi Aaron Houdd happy.... Sebab, ramai anak dara nak dukung and tidurkan dia.... Macam raja je dia malam tu. Ummi dia pun dia tak heran dah....

Auntie Ecah mendodoi Aaron

Muke dah tak boleh tahan ngantuk!

Akhirnya!
*Lepas tu, lenguh-lenguh tangan dan kaki Ecah. Hahaha...


Pukul 8:40 malam baru kami pulang ke rumah.... Penat nye bukan kepalang.... Yang paling memenatkan Ummi Aaron bukan lah labwork, tapi sebab lenguh tangan kena dukung Aaron lama-lama... (Anak Ummi 7 bulan = 8.7 kg).... Aaron punye pasal....Ummi pun sanggup!

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Peace Be Upon You (",)

Peace Be Upon You (",)

Tribute to all mothers in the world!