Wednesday, October 6, 2010

Al-fatihah buat baby Darish...

Pada hari ahad yang lepas, kami sekeluarga telah menerima satu perkhabaran sedih mengenai kematian baby Darish Syakir Akhmam, yang baru sahaja dilahirkan ke dunia kurang daripada 24 jam.

Pada usia kehamilan ke 7, kandungan Kak Reen (my cousin) didapati bermasalah. Baby dikatakan mempunyai beberapa kompliklasi serius, antaranya adalah masalah jantung berlubang, saiz jantung yang tidak sekata, injap yang tidak berfungsi dengan baik dan terdapat takungan air di kepala....

Doktor mengesahkan yang peluang untuk baby untuk hidup sangat tipis...

Kak Reen terpaksa di induce untuk bersalin sebab kalau lagi lama baby tinggal di dalam rahim, kedua-dua ibu dan baby akan menghadapi masalah yang lebih serius...

3 hari Kak Reen di induce dengan pil, baby masih taknak keluar. Kak Reen cakap, dia masih dapat rasa baby bergerak-gerak dalam perut...

Hari Sabtu lepas, doktor pasang drip pada Kak Reen untuk tambah inducer supaya bersalin.... Masih tak boleh...

Last sekali, doktor opt for c-sect... Pembedahan memakan masa selama +/- 40 minit (Agak lama daripada pembedahan c-sect baby normal).

Masa baby lahir, operation theater sunyi daripada tangisan baby. Baby terus dibersihkan dan sempat diazankan oleh ayahnya... Tapi si ibu tak dapat melihat baby yang dilahirkan... (Waktu bersalin +/- 3pm)...

Hanya selepas pukul 12 malam hari yang sama, doktor membenarkan baby dibawa kepada ibunya....

Sempatlah Kak Reen mendukung dan mencium baby boy nya...

Keesokan harinya, lebih kurang pukul 11.30 pagi, Baby Darish Syakir Akhmam disahkan meniggal dunia....

** Kak Reen cakap, sepatutnya kalau ikut doktor, baby cuma boleh bertahan 1 ke 2 jam selepas dilahirkan. Tapi Alhamdulillah baby masih nak bertahan, nak jumpa mommy nya dulu sebelum pergi meniggalkan mommy nya buat selama-lamanya.

Allah dah berfirman, kalau dah tiba ajal, takkan boleh dicepatkan atau dilambatkan walau sesaat pun...

Sudah menjadi rezeki Kak Reen sempat peluk dan cium babynya sebelum baby meninggal dunia... Kata orang, bonding antara ibu dan anak memang kuat, dan jangan sesekali dinafikan...

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Peace Be Upon You (",)

Peace Be Upon You (",)

Tribute to all mothers in the world!