Monday, November 14, 2011

Macam mana cara berpantang yang sebenar?

Aaron 12 days old. Kitorang jalan2 makan angin and balik S.Alam sekejap time ni.
Keesokan harinya dia menjadi budak botak!
About a week ago in one evening, I brought Aaron Houdd to a playground. We did the usual things there. Than, I met one Pakistani mother with her pretty daughter playing side by side with Aaron. So we greet each other and started the conversation.

Surprisingly, the mother was actually in her confinement period. She just had delivered her 2nd baby girl for the past 2 weeks.... I asked her who took care of the baby, she said the maid. She said the sister (her first daughter) is so active and loves to kacau the adik that is why she brings her to the playground...Tell you what, she is a doctor! And rileks je dia jalan2 pergi playground and all... Heheh.

So question here: Kalau tak pantang macam mana nak sembuh? habislah nanti bentan!

And terus teringat one famous claim yang selalu I dengar: Muda-muda boleh la tak jaga, nanti dah tua haaa, baru lah sakit itu ini....

So here's another question: How is the real confinement anyway?

Selalunya kalau bercerita pasal berpantang ni akan ada dua kategori: Cara modern and cara tradisional. And kedua2 cara ni memang opposite.

Ada yang cakap cara modern yang betul, tapi kalau kita orang melayu and duduk kat Malaysia, kebanyakannya akan cakap cara tradisional adalah yang terbaik. 

Tapi sebelum pergi kepada detail and tentukan cara mana paling betul, kita tau ke apa dia cara pantang modern, apa pulak cara pantang tradisional? 

OK I bukan seorang doktor, bukan jugak seorang mak bidan. And I cuma baru ada 1 kali pengalaman melahirkan anak. So kalau rasa apa yg I cakap ni salah or tak suka...Tak apa :)

Personally, I paling tak suka kalau orang suka banding2kan cara mana yang modern atau tradisional. Kalau kita buat something yang orang rasa pelik, than akan ada yang cakap "Itu cara modern. Orang muda, mana tau. Nanti dah tua bila dah sakit2 badan barulah rasa"

Kalau kita ikut benar2 cara tradisional pulak, nanti ada pulak yang menyapa "Aduh kau ni, kolot sungguh. Zaman sekarang benda2 ni semua mengarutlah!"

Seolah-olah ada 1 je cara yang betul. 

Melahirkan anak adalah satu perkara yang besar. Apatah lagi kalau czer, operation yang dilakukan tu adalah major operation tau. Incision site tu besar (bayanglah boleh bawak keluar sorang baby, tak besar?)

Bagi I, tak kisahlah apa yang kita nak buat, cara apa nak guna, paling penting biarlah benda tu ada dasarnya, ada objektif dan sesuatu yang terbaik untuk badan kita. Tak kisah la cara tu orang nak kata modern ke tradisional ke...

Perkara paling penting yang kena ambil kisah adalah the healing process itself. Besalin menggunakan banyak tenaga. Kalau yang normal tu nak meneran nya... Pehhh... and nak tahan sakit tu pun memerlukan kekuatan dalaman yang memenatkan jugak kan? So haruslah kita kena REHAT secukupnya sejurus lepas bersalin dan ambil makanan yang BERKHASIAT untuk proses pemulihan dalaman dan luaran.

I rasa semua orang patut faham yang during pantang memang kena banyak REST. Sebab simple je. Nak pulihkan tenaga, and sebenarnya along the way kita berpantang tu dah cukup memenatkan sebab nak take care of diri sendiri yang belum betol2 sembuh and baby. Kalau dapat hire assistant or nany pn OK juga. Tapi siapa kata kalau berpantang kena duduk je, baring je? Uih, mana nak cepat baik macamtu?

I dulu masa 2nd day doktor dah suruh bangun and belajar berjalan. I think this is a normal procedure utk c-sect mom. And kena bersenam jugak sikit2. Baru badan tak rasa letih tak tentu pasal. And not only me, I think zaman sekarang ramai orang berpantang sendiri je. Masak sendiri, jaga anak sendiri, basuh baju sendiri.... Cuma standard la buat sikit2 and ikut termampu je la. Dah awak pun jalan slow motion je nak setle cepat macam mana ye tak? Hehe... Schedule fleksible....

Kalau ikut doktor, semasa dalam pantang memang kena minum banyak air. Sebab 1) taknak badan dehydrate. Nanti lebih letih 2) Nak menyusukan baby kan? kenalah minum air supaya susu pun boleh keluar 3) Mengelakkan sembelit. Bayanglah dah sakit bersalin, sembelit lagi. Oh no!

And than, doktor selalu akan nasihatkan supaya makan makanan yang kaya dengan protein untuk pembentukan dan pemulihan tisu dan sel. Protein base product terbaik adalah dari sayuran dan sumber daging putih. Kalau nak makan daging lembu pun OK. Tp kalau tak bersalin pun semua tau daging putih lebih sihat dan mudah cerna...

Jangan skip sumber nutrisi tertentu semata2 kerana takut jahitan tak baik atau luka lambat sembuh. Masa zaman I kecik dulu I tengok my auntie berpantang makan nasi kosong, ikan bilis goreng and kuah sayur. Aduh, 60 hari makan macam tu je. Oh no!
I faham ada orang cakap makanan sejuk la panas la. I pernah tanya O&G. dia tanya I balik "u ni ada keturunan cina ke? org cina yg selalu ada byk pantang larang, makan sejuk la panas la, fengshui la"... and then dia cakap lagi benda ni is subjektif. kalau nk cakap dari segi saintifik, kalau cth tembikai tak boleh makan sebab sejuk - tembikai mengandungi gula (fruktose etc). ayat mudah, gula akan menjadi sumber tenaga dlm badan. penghasilan tenaga (energy) akan melibatkan pembebasan haba.

I ambil jalan tengah, as I am a scientist I memang tak deny la apa yg doktor ni cakap. cumenye mungkin ia juga bergantung kepada individu itu sendiri. sebab setiap manusia ni unik kan? mungkin ada faktor lain seperti paras kesihatan kita secara umum, penyakit2 lain seperti diabetis ke, darah tinggi ke, sakit saraf/sendi, apa2 infection ke, apa2 lah... atau pun thap toleransi kita terhadap sesuatu bahan makanan - allergy etc. So still, ia bergantung kpd individu. I think seorang individu yg sihat wal'afiat (in general), tiada masalah untuk mengambil makanan2 yang sihat, bersih dan halal kerana tubuh badannya mampu bertoleransi dgn baik. Yang menjadi masalah adalah bila kita makan makanan yg tak sihat (preservatives, colouring, etc) atau tidak seimbang (cth terlebih herbs yg menyebabkan seseorang tak tahan -panas badan, cirit birit, etc atau lebih gula,garam etc). Jangan lupa pengambilan herbs/spices yang sihat juga boleh menjadi mudharat sekiranya ia diambil pada paras yg berlebihan atau tidak disertakan dgn gizi lain. So kalau nak selamat daripada terlebih ambil herbs/spices, yg pd awalnya mungkin boleh mengeluarkan angin dan melegakan badan, better la kita tidak lupakan nutrisi2 dari sumber yg lain.

Oh ye siapa cakap dalam pantang boleh makan APA SAHAJA? heheh... Dah awak sakit kan, kenalah jaga makan jugak...

Pantang pertama, kalau kita hidup memang ada alergik, so time pantang elakkan lah makan apa yang kita alergik tu. Contoh I tak boleh makan seafood macam udang and sotong, and setengah2 ikan macam ikan kembung. Kalau makan nanti naik gatal2. So time pantang I elakkan makan tu semua. Sesetengah orang alahan benda lain macam kerang, kekacang, etc. Up to individual.

I elakkan makan yang berminyak and kolestrol tinggi.. Ala, kesimpulannya, kalau nak tau makanan tu berkhasiat ke tak, makan macam kalau kita sihat tapi nak maintain diet seimbang and taknak gemuk.

Ada orang cakap elok makan ikan haruan ketika pantang esp czer sebab nak bagi luka cepat sembuh. I memang the first 2 weeks I makan ikan haruan je. Yg fresh lagitu! Maybe sebab kandungan protein dia very high kot. And I was told that ikan haruan ni dia ada 1 kelebihan. klu kita pancing dia, terlepas dari kail, dia boleh lompat masuk balik dlm sungai (susha mati). Mungkin due to very high protein content plus other hormones/enzymes yg ada pg ikan tu... Kalau korang dok ovesea makanlah ikan lain, takkan nak carik ikan haruan jugak. Susah kot. Ayam? Ayam pun sumber protein yg baik (daging putih kan). Tapi ramai orang tak bagi makan ayam sbb takut gatal ke apa. I think chicken is not the problem. I makan ayam hari ke3, makanan hospital. OK je.. tp maybe kalau betul ayam tu bg ruam ke, gatal ke apa, samada kita yg alergik ngn ayam, or ayam tu ayam suntik yg kita mungkin tak tahan dgn effect nya. Ayam kampung ok kot (ceruk mana nk carik?).

I think kalau orang cakap jgn minum ais, jgn makan pedas, jgn makan yang angin2, no harm kalau kita ikut. Sbb by nature pun memang those things are not good untuk kita consume. Ais, tak elok kan. pedas tu takut perut memulas kan susah nak ke toilet semua...baby pun kesian...*I ada pengalaman 2 kali demam sebab breast bengkak susu terlalu banyak sebab 1)I minum air sejuk-even no ais kat mcD 2) I gi tengok wayang ngn hubby masa hari ke 35 kot, panggung tu sejuk sangat and air pun sejuk that is why bengkak and demam. So it's a big NO for me on taking ice.hehe*

Other than that I tak berapa strict sangat. Generally, asalkan I rasa benda tu OK in term of nutrition, hygiene and taste of coz, I akan makan. Tapi I bukan nya main ikut suka je. I puas tanya my OnG specialist, and a few kawan2 yang doctor tentang apa yg boleh and tak boleh di makan. In fact, one of my friend, she's a doctor and time pantang dia makan kari ayam. Oh dia pun czer jugak. Hahaha.... I tak la makan kari ayam sebab tak suka kari, bersantan and susah kot nak masak kari ayam. Simple2 sudah.Hehe...

one of my fav during confinement: Pasta salad.
Tu bab makan... Bab berurut, bengkung and tungku?

I rasa tak salah. Asalkan kena pada cara. Yelah, bukan selalu dapat pergi SPA. Silap2 kalau tak bersalin tak dapat merasa orang urut2 badan kita. Tapi sesetengah doktor tak galakkan urutan yang menyakitkan. Sebab boleh jadi worse. Maybe ambil jalan tengah, urutlah tapi jangan yg sampai badan sendiri tak boleh take it. Boleh ke mcmtu? Hehe...

Bengkung ke tak pun bergantung. I masa 2nd day dah pakai girdle. And tell you what, rasa perut lagi ketat and secure. And paling penting kurang rasa sakit sebab kurang gegaran. Ini pun atas nasihat my OnG specialist. I rasa kalau nak mudah, tak payah la pakai yang kain ela panjang2 sape nak tolong ikatkan ye tak? zaman skarang ramai yang pantang sendiri jek, tak de dah mak bidan datang umah.... Pastu agak2 dah baik luka, pakai je korset kan senang. Hehe...

Tungku tu orang cakap nak bagi angin keluar. I tak sure. Tapi kalau nak buat sedap badan, rileks, memang OK lah...haha. Kan dah cakap time ni lah nak manjakan diri. Hehe...

Bab pakai pilis kat kepala, benda ni most ppl yang pakai cakap kepala rasa ringan sebab kurang angin. I dulu tak sempat carik so tak pakai. Tapi one of my problem masa dalam pantang dulu is memang I rasa angin kat kepala. Tak best. Hehe... My late grandma dulu, sapa2 sakit kepala dia memang akan buat pilis. My dad pun penah pakai pilis tu. Hehe...

Jamu and pil, some doctors mmg tak galakkan due to content dia sometimes tak jelas. And most docs and paeds tak bg ambil jamu kalau kita breastfeeding. Alah, I tak makan jamu pun Alhamdulillah sihat. Berat badan sama macam before pregnant. Kalau gemuk pn sbb suke makan malam2. Bukan sbb tak makan jamu. I lebih sayang anak daripada nak cantik. Hehe

So I rasa takde timbul isu tradisional or modern. I tak faham bila doktor cakap benda yang boleh dan tak, bila kita ikut cakap doktor ada jugak orang akan cakap "Doktor tu mana tau, dia modern" I terfikir jugak habis kalau doktor pun tak tau, even dia doktor pakar, so sapa lebih tau? takkan banker, takkan photographer? 

And biasa orang akan cakap time pantang kalau tak jaga betul2 nanti tua sakit2 badan. I totally agree. Silap2 lambat baik. Tapi 'jaga' tu dalam konteks yang betul lah. And kalau nak sihat, bukan time pantang 40-60 hari je kena jaga, pastu lepas pantang makan apa sahaja and tak bersenam. Bajet boleh sihat tubuh badan sampai umur 70 tahun? Silap2 sakit jantung... Point is, kalau nak sihat, kena jaga makan and lifestyle every day!

Kadang2 kalau kita buat kerja rumah time berpantang, orang cakap macam tak syang badan and modern. Tapi kadang2 orang yang cakap tu daripada bercakap apa kata tolong kita buat kerja rumah. Hehe... Kita pun suka kalau ada assistant ye tak. 

And I think ni bukan soal sayang badan atau tak. I think maybe kita beruntung sebab masyarakat kita ni jenis yang 'menjaga' and 'concern'. Tapi tak semua orang ada peluang nak manjakan diri betul2 time pantang. Life must go on maa. I just imagine kalau kita dok negara orang, takde sapa nak tolong sangat melainkan husband and closest friends, nak taknak kena buat sendiri semua kan? Cuma I think it depends on us la strategi apa nak guna untuk memudahkan kerja kita....

Instead, I sebenarnya rasa pelik kalau orang yang dah lepas 30 hari tapi masih tak boleh buat kerja rumah apa semua. I tak cakap I terer tau. Kalau u all baca my prev entries about my confinement, u all tau I pun serabut and kelam kabut time confinement. Tapi kita kena belajar jugak nak taknak. Tak boleh nak keep on blaming the situation. Once dah ada baby kecik, memang hidup berubah, masa takde...Tp bukan maksudnya mustahil utk buat apa yg kita nak... Kena kuat semangat sikit lah.

I teirngat masa I dalam pantang dulu my cousins in law datang visit and dorang kata dorang bajet masa masuk rumah I mesti ada bau orang bersalin and I duduk atas katil je. Sekali I rileks je macam tak bersalin... Hehe.. Ala, time tu dah week 3. Boleh la I berlagak terer sket. Hehe.. Lagipun memang dah boleh jalan and buat kerja... Kalau first week tu memang banyak duduk je lah.Hehe...

Apapun, like I said earlier, I bukan doktor and I tak expert bab ni. Ini cuma my sharing berdasarkan info yang I korek2 masa I berpantang dulu. Czer or normal, basic nya sama je. Yang beza maybe time of healing, cara menjada luke tu and few other small matters...Wallahua'lam...

Aaron 2 month old. Tembamnye time nih!
Photobucket

5 comments:

  1. aku nyer berpantang, setiap hari ikan haruan sejak 1st day di hospital lagi, saaaampai la hari ke-30. itu pun sebab dah masuk 1 syawal, hari raya. mak aku akan buat sup ikan haruan plus herba2 cina utk confinement.

    mak mertua kuat peraturan berpantang dia... kadang2 tu aku rasa tak munasabah n takde rasional nye pun.. contohnya tak dibenarkan tambah nasik semasa makan. habis kalau aku amik nasi sikit masa awal nye n nak tambah lagi camne.. reason nye org kata kalau makan banyak nasik, buat tambah penyakit. habis kalau aku siap2 amik banyak nasik? tak ke sama? sayur2 pun kuat pantang nyer.. aku suka makan sayur.. so kalau takde sayur tu rasa sedih je.. haha.. mujur la sawi boleh makan masa pantang.. so aku makan masa berpantang di umah mak aku.

    sebenarnya masa pantang dulu aku pun banyak main belasah je, makan je apa pun tapi sorok2 (esp kalau depan MIL). cuma kuantiti tu skit2 je lah.. org kata jangan makan kek, ada telur lah hape.. aku makan jer. org kata jangan makan yg sejuk2, angin2, aku tak makan tapi cubit2 jugak.. sorok2 la.. ko kalu nampak tembikai yg merah n juicy baru kuar dari peti ais, tak mo ke? hahaha. aku belasah aje.

    lagi satu, org tak galakkan jalan jauh2, baby kecik n aku masih berpantang, tapi 35 days lagi dah jalan ke mersing, johor.. and yup 3 weeks should be dah boleh buat kerja.. mengadanya kalau yg masih duduk2 tu!

    also mak aku tak kasi basuh2 pinggan sebab sejuk.. jangan banyak kena air. basuh2 baju pun jangan.. padahal aku slalu nak kena membasuh maklumlah darah nifas masih dok ada so kadang2 nak kena membasuh..

    banyak lagi n mcm2 lah pengalaman berpantang... lega nya dah selesai semua. haha..

    ReplyDelete
  2. G!!!!
    1) bentan tu ape?
    2) bukan ke bagus kalo minum ais pastu susu jd banyak? ke sebab xmo keluar, bukan sebab produce lg banyak?
    3) pilis tu ape?
    4) soh la nuar keje kat jepun! hahahah

    thanks! banyok akak dapat ilmu free ^___^

    ReplyDelete
  3. Shye: Hehe... tula, setiap orang pengalaman lain2. Kadang2 memang kita tak larat, tp kena buat jugak kan... Cume myself, masa the first 2 weeks klu kena air sejuk mmg rasa badan tak best sikit.esp malam time nk bersihkan diri, etc. tapi lpas tu alhamdulillah OK.

    Buah mmg bedal je. Hehe. kebetulan masa Aaron lahir tu panas sgt, kita kena La Nina kot time tu.so mmg tak logik la nk pakai socks and tak minum air.

    K.shikin:
    Bentan tu lebih kurg mcm thing will getting worse atau healing proses tu lambat, atau kedua2nya skali.hehe...

    Pilis tu campuran beberapa herba (yg guna buat masak, tp kita tak igt nama,hehe)... pastu letak kat dahi. Kalau yg lumur kt badan tu namanya Param. dulu arwah nenek buat sndr sume tu.dia ada bau, yg mcm bau org pantang tu biasanya bau ni lah slain jamu.

    Kalau ikutkan kita tak boleh minum ais sbb nnt production susu terlebih smp bengkak and sebb sakit bengkak tu jadi demam. bukan sbb jahitan ke, sbb bersalin directly... kalau kena tu sakit yg amat kak.. mammary gland bengkak.tu dh kira terlebih2.hehe...

    Erm, soh anuar kerje kat jepun tu macam keluar topik!hahahahahaha

    ReplyDelete
  4. Oh ye, sesetengah orang ada ckap klu bentan time berpantang tu cthnya kita pnya ari-ari sakit/ngilu, keluar darah/nanah, atau darah putih naik kat mata,tu yg jadi migrain... ni pn slalu jgk dgr....Wallahua'lam...

    Tp klu kita czer (normal tak sure tak de exprnce), mmg even luka jahitan dah kering pn sumtimes mmg ada rasa ngilu tu on/off... tanya juga a few orang,pn mengalaminya tak kira la cara pantang mcmner...

    And kalau luka gatal, especially time dah dekat nak kering, tu mmg normal mcm jugak kalau kita luka kat tangan/kaki.it's part of healing process--> menurut doktor.

    Pasal darah tu, nifas mmg darah la tp maybe kalau excessive bleeding and bernanah tu most probably infection. and infections tu topik lain la pulak ye tak....(mostly hygiene,starting from how the doc handle the proses)

    darah putih naik kat mata tu maybe terminologi org dulu2 utk buat mudah faham or takut2kan kita.Tp maybe ada scientific/medical term yg bolh explain...

    Wallahua'lam

    ReplyDelete
  5. Salam..nice blog and simple writing..Jom share pengalaman pantang...saya pon gabung cara moden dan tradisional..ikut logik mana yang relevan dan could trigger healing faster..Modernlassecstasy.blogspot.com.

    Happy preggy!!

    ReplyDelete

Peace Be Upon You (",)

Peace Be Upon You (",)

Tribute to all mothers in the world!