Amboi, tajuk entri kali ini macam serius je kan? Haha...actually memang serius pun, cuma insyaAllah Xiet akan buat coretan ni ala-ala santai supaya kawan – kawan pembaca senang follow...
Alhamdulillah, dah 5 bulan Xiet pregnant. Perut pun dah semakin menonjol. Banyak baju yang dah tak muat. Hehe... Dalam masa 5 bulan mengandung, banyak yang telah Xiet lalui sepanjang proses kehamilanni. Ternyata, tak hairanlah Allah memuliakan seorang ibu, kerana tugas menjadi seorang ibu tu sangat payah, bermula dari proses kehamilan lagi...
So, kalini Xiet nak highlight beberapa perkara yang sering berkait rapat dengan kehamilan, bersama fakta – fakta penting yang sempat Xiet kaji samada melalui pembacaan, ataupun pengalaman sendiri.
::Tanda – tanda awal kehamilan::
Apakah tanda paling penting untuk menunjukkan seseorang itu hamil? Ye, jawapannya adalah tak datang bulan. Atau, bahasa mudahnya adalah tak period. Ini adalah petanda awal and paling penting sekali kepada mereka – mereka yang sudah berumah tangga. Pastikan anda alert dengan jadual period anda (menstrual cycle). Tersangat elok lah jika mempunyai kalender khas untuk ini.
Apa yang penting sangat untuk tahu menstrual cycle?
1. Kalau kita nak buat family planning, haaa... time nil ah kita akan dapati benda ni sangat memberi manfaat.
2. Supaya kita dapat trace awal yang kita berkemungkinan pregnant. Selalunya pregnancy hanya akan dapat dikesan setelah usia kehamilan mencapai minggu 5 ke atas. Jadi, di sinilah pentingnya kalender kehamilan supaya kita boleh alert lebih awal. So, takla kita lakukan perkara – perkara yang boleh membahayakan kehamilan seperti mandi sungai dan lain – lain (hehe...macam aku je bunyiknye tu)
3. Mengetahui bila kali terakhir kita period adalah satu kaedah yang digunakan oleh doctor bagi menganggar usia kehamilan kita. Dari situ jugalah timbulnya anggaran bila kita akan bersalin. Dalam bahasa doctor, biasanya ditulus EDD (estimated delivery date). Bagi yang dah pregnant and dah buat scan, nak check tarikh anggaran bersalin, cari perkataan EDD pada scanning sheet tu...
:: loya – loya manja ::
Pregnant dan muntah – muntah adalah amat sinonim sekali. Kebanyakan wanita mengandung akan mengalami simtom ini. Bagi yang tak mengalami tu, bersyukurlah anda kerana sememangnya symptom yang satu ni amat menyeksakan sekali.
Sesetengah orang mengalami apa yang dinamakan morning sickness. Tapi, Xiet bukan kena waktu pagi je. Xiet akan kena bila – bila masa je. Xiet istilah kan sebagai All the time sickness. Hehe...
Masalah muntah – muntah ni adalah antara factor ibu – ibu mengandung hilang selera makan, seterusnya hilang tenaga dan menjadi amat lemah dan pucat. Haaa...jangan sampai perkara macamni terjadi sebab ia akan menjejaskan nutrisi anak dalam perut.
So, macam mana ek nak mengelakkan dari terkena loya – loya manja ni?
Untuk mengelakkan, memang tak boleh. Tapi untuk mengurangkannya insyaAllah boleh. Selalunya ibu akan mengelakkan untuk makan sebab takut akan keluar balik. Sebaliknya, kalau nak kurangkan muntah, jangan biarkan perut kosong! Sebab kalau masuk angin,lagi teruk lah keadaan kita nanti. Bak kata ibu Xiet, makan aje kak, nanti kalau muntah, isi lagi dengan makanan lain. Hahaha...senang nye cakap, bila dah muntah mana ada selera. Tapi, sesungguhnya apa yang ibu Xiet cakap ni memang betul.
Point kedua, jangan makan sambil minum. Hai, kembung la perut tu nanti. Hehe... actually tabiat ni memang tak baik and tak sunnah. So, bagi yang tak mengandung pun janganla biasa buat macamni.
Point ketiga, jarakkan waktu makan dengan waktu tidur. Kalau makan terus tidur, memang lebih senang loya. Bukan sekadar tidur, baring pun jangan... bagi perut digest makanan dulu, baru tidur. Ini kerana posisi badan kita kalau baring akan melambatkan proses penghadaman. Dan perut dan esofagus (laluan makanan dari mulut ke perut) akan selaras. So, senang makanan nak keluar balik. Terbaik, lepas makan, rehatkan badan. Duduk dengan selesa. Time tu, pergilah baca quran buat tambah pahala. Hehe...
Last sekali, banyakkan bereksperimentasi dengan makanan. Normally, makanan – makanan yang menambah rasa loya adalah yang banyak minyak/lemak/kolestrol. So, elakkanlah. Memang tak sihat pun makanan macam tu. Sesetengah orang tak tahan minum susu. So, kalau tak boleh, mintak je pil kalsium kat doctor. Tak payah minum susu. Tapi macam Xiet, Xiet tukar kepada minuman soya atau malt, and paling penting flavour nye selain susu! So, Xiet minum yang chocolate flavour.
Apa yang seronok menjadi ibu mengandung ni adalah kita akan menggalakkan otak bekerja dengan lebih kreatif lagi. (sepatutnyalah, jangan pula menjadikan alasan mengandung untuk menjadi pasif). Kita akan banyak mengamalkan kaedah cuba jaya untuk tahu apa yang badan kita mudah terima dan mudah tolak. Selain untuk diri sendiri, ia juga baik untuk menjana anak yang rajin berfikir juga!
:: diarrhoea @ constipation ::
Sesetengah ibu hamil akan mengalami diarrhoea (cirit – birit). Ini pun satu keadaan yang boleh melemahkan fizikal ibu. So, untuk mengurangkan simtom ni, kurangkan makan yang pedas dan berempah. Biasalah, badan wanita yang hamil ni lebih sensitive due to perubahan hormone dan sebagainya. Selain immune system yang menjadi lemah, sesetengah orang mengalami perubahan pada system yang lain juga. Antaranya adalah system penghadaman.
Selain tu, elakkan makan makanan yang dah sejuk atau tak fresh. Ingat, immune system kita lemah. Immune system baby lagi lemah. Begitu juga, kita nak yang terbaik untuk baby. So, elakkan makanan yang dah tak fresh. Juga, elakkan makan makanan yang tak masak atau separuh masak. Ini termasuklah telur dan makanan dalam tin... Bagi yang mengalami masalah constipation (Sembelit), kadang kala kalau makan ubat yang doctor bagi (obimin – pil warna pink and besar macam nak cekik orang), salah satu effect adalah stool akan menjadi lebih gelap dan bagi sesetengah orang akan mengalami sembelit. So, minum banyak air! And makanlah banyak buah dan sayur!
:: Bengkak kaki ::
Masalah bengkak kaki biasanya muncul bila kehamilan mencecah bulan ke 5 dan ke atas. Alhamdulillah, masalah yang satu ni Xiet tak alami teruk sangat. Masalah bengkak kaki ni disebabkan oleh perjalanan darah yang kurang lancar. Ia juga disebabkan kaki menampung beban badan yang berlebihan. Ini biasa dialami oleh orang yang berbadan besar. Tapi, orang kurus pun ramai yang kena juga. So, jangan ambil mudah...
Macam mana nak kurangkan bengkak kaki? Cara paling senang adalah banyakkan minum air. Badan kita memerlukan air sebab air penting untuk melancarkan perjalanan darah (ayat mudah lah). Selain tu, ringankanlah kaki anda untuk berjalan. Berjalan adalah exercise yang mudah dan penting untuk ibu mengandung supaya lebih sihat dan ceria. Berjalan dapat membantu melancarkan perjalanan darah terutamanya di bahagian kaki. Tapi jangan terlebih jalan, nanti takut jadi lain pulak.
Minta bantuan orang terdekat seperti suami untuk mengurut kaki. Urutan secara perlahan sudah cukup untuk merehatkan kaki. Kalau rajin, rendam kaki dengan air suam. Kalau tambah garam pun ok juga.
:: Sakit tulang ::
Sesetengah ibu mengandung mengalami simtom ini... Xiet adalah di antara yang mengalaminya. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Especially time nak bangun daripada baring. Memang tak boleh tidur (sejak pregnant ni Xiet kurang sangat tidur). Sakit paling teruk adalah di bahagian pangkal tulang peha. Selalunya setiap kali nak bangun Xiet akan minta bantuan orang especially hubby. Kalau takde orang, terpaksa pegang dinding dan bangun pelan-pelan. Selalu jugakla air mata keluar secara automatic. Masalah ni lebih teruk dari loya dan muntah sebab memang sakitnya amat sangat.
Kata doctor, insyaAllah sakitnya akan hilang. Tapi ada beberapa rakan dan saudara terdekat cakap, lepas bersalin pun tetap ada. Kesimpulannya, ia adalah kenangan yang ditinggalkan akibat kehamilan. Hahaha...
Well, setakatni Xiet tak tahu macam mana nak kurangkan sakit. Cuma, yang paling utama adalah pilih posisi yang betul ketika nak tidur atau baring. Ikutlah keselesaan masing – masing. Dan JANGAN sesekali tidur di atas permukaan yang keras. Tidurlah atas tilam yang tebal. Sebab perbezaannya amat ketara.
:: mengidam? ::
Haaa... satu – satunye kelebihan orang mengandung yang syok adalah mengidam. Macam mana wujudnye istilah mengidam? Apa hujah saintifik tentang ini?
Mengidam ni sebenarnya ada kaitan dengan hormone. Ia juga ada kaitan dengan selera makan yang berubah – ubah disebabkan penerimaan yang berbeza terhadap makanan ketika hamil. Tak salah kalau nak mengidam. Tapi jangan terbawa – bawa sangat perasaan tu. Kesian suami kita... Apa pun, bab mengidam ni insyaAllah akan diceritakan dengan lebih lanjut pada entri akan datang.
:: mood swing ::
Orang mengandung ni memang sangat sinonim dengan perubahan mood yang tak menentu. Bagi mereka yang hamil, samada mereka sedar atau tidak, mereka mudah dipengaruhi oleh emosi yang berubah – ubah. Ia juga berkait rapat dengan perubahan hormone yang tak menentu disebabkan oleh kehamilan, serta ketidak selesaan badan (fizikal) dan emosi (mental) disebabkan kehamilan. Tambah – tambah lagi bagi mereka yang sering mabuk – mabuk dan sakit belakang. Namun, ada cara untuk mengurangkan mood swing ni. insyaAllah, perkara ni akan dibincangkan pada entri akan dating, kerana mengidam dan mood swing memang paling popular di kalangan orang mengandung ni.
Xiet Enigma
Oct 2009
Shah Alam
No comments:
Post a Comment