“Abang, saya nak laksa Penang yang dibuat dekat Penang jugak. Saya taknak yang ada kat KL ni,”
“Sayang, I don’t care, tomorrow we go to Kajang. I want Satay Kajang,”
“Awak, saya nak makan daging kijang la. Saya tak kira, saya nak sekarang juga,”
Haduh, bila cakap pasal mengidam, para suami mula lah mengeluh panjang. Pening kepala dibuatnya bila sentuh bab ni. Mana tak nye, mana yang dapat isteri mengidam bukan – bukan, terpaksalah ikut. Kalau tak ikut, muncung sedepa isteri, tidur kat sofa lah jawabnye si suami. Sudahlah begitu, mak mertua dan kawan – kawan pula menyebelahi isteri, katanya pembawaan budak, ikut aje lah... Isteri yang rasa susah mengandung... Suami ikut ajelah, anak sendiri jugak!
Sudahlah terpaksa bersusah menuruti kehendak isteri, tak kira masa pulak tu. Sekali dah dapat, ada pulak yang tak kena. Silap – silap, kena carik yang lain pula. Ada pula kes, bila dah mengadap bawa depan isteri, makan 2 3 suap, lepas tu dah tak nak makan dah... Agak – agak, apalah perasaan suami tu ekk?
Kadang – kadang Xiet kelakar dengan perihal mengidam ni. Kalau setakat teringin – teringin tu OK lagi. Tapi yang tak boleh compromise, nak jam jam tu jugak, minta pula segala isi bumi dan 7 petala langit, huih....tak ke tensyen.
Kepada para ibu yang sedang mengidam, fikir-fikirkan lah semula yang kita ni adalah ibu kepada baby yang kita kandungkan tu. Kalau asyik bagi alasan ‘pembawaan budak’, adakah kita sebagai seorang ibu mengikut sahaja telunjuk anak kita? Begitu kah cara mendidik anak? Kena beringat, mendidik anak bermula dari di dalam perut, dan dari sekecil-kecil perbuatan. Bukan tak boleh mengidam, sesekali nak manja – manja apa salahnye. Mengndung bukan setiap hari. Ye tak?
Tapi jangan sampai menyusahkan orang lain. Terutamanya suami sendiri, ayah kepada baby dalam perut tu. Jangan ingat suami tak pregnant, dia tak susah. Ingat, suami pun kena tempias juga. Mana nak fikir financial, nak fikir preparation jadi ayah, terutamanya yang first timer ni. Kadang kala, isteri tak perasan suami yang sibuk google hospital bersalin terbaik untuk anak dan isteri tercinta.
Paling penting, jangan main bedal je semua makanan yang kita terasa macam nak makan sangat-sangat. Periksa dulu samada makanan tu baik ke tidak untuk diri kita dan baby. Kalau boleh, jauhkanlah makanan-makanan yang boleh merisiko kan kehamilan seperti makanan yang tak masak, makanan berlebihan gula dan lemak, dan lain-lain yg tak elok. Bukannye tak boleh makan selama-lamanya. Cuma sekarang kena jaga diri lebih sikit aje.
So, kepada ibu – ibu mengandung sekalian.... Biarlah kita menguasai emosi dan nafsu, jangan kita dikuasai oleh kedua dua elemen tersebut.
p/s: Kata orang, kalau mengidam tak dituruti, nanti effect kena kat anak... sesungguhnya itu adalah mitos yang melampau! Kalau ada pun, mungkin kebetulan sahaja. So, jangan generalise kan statement macam tu.
Xiet Enigma
Oct 2009
No comments:
Post a Comment