Sunday, August 29, 2010

Mood Swing, La la la~

Hamil bukan sekadar melibatkan prubahan fizikal. Ianya lebih dari itu. Pada setiap peringkat, dugaannya berlainan. Bermula dari first trimester, kebanyakan ibu akan mengalami morning sickness, susut berat badan, pening – pening, tak sedap badan, dan sebagainya. Bukan mudah untuk deal dengan situasi macamni. Tambahan lagi bagi ibu – ibu yang bekerjaya (bekerja atau belajar). Sukarnya nak meneruskan tugas harian dengan keadaan macamtu. Bagi suri rumah tangga pun, dugaannya tak kurang hebatnya. Semua tugasan rumah nak diuruskan, tapi badan pula lemah – lemah.

Bermula trimester kedua, sesetengah orang masih mengalami muntah – muntah yang teruk. Ada pula tiba – tiba selera makan menjadi – jadi. Bengkak di kaki pula semakin menyerlah. Macam – macam lagi lah. Bukan itu saja, berat baby pun dah semakin terasa. Nak ke mana sahaja perlu di bawa, bukan boleh tinggal sekejap kat rumah ke apa...

Semua simtom di atas berkait rapat dengan perubahan yang dialami ketika hamil, samada perubahan luaran (berat badan bertambah, perut semakin membesar, badan semakin mudah letih, etc) dan dalaman (perubahan hormone, beberapa system dalam badan, etc). Pendek kata, badan ibu hamil akan mengalami beberapa perubahan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan semasa kehamilan. Justeru, kadangkala perubahan tersebut mendatangkan side effect yang kurang menyenangkan.

Perubahan – perubahan inilah yang kadangkala mengundang ketidak selesaan pada diri ibu yang hamil. Bila badan tak sedap, emosi pun mudah pula terganggu.

Banyak cerita Xiet pernah dengar mengenai ibu hamil ni. Selain sinonim dengan istilah mengidam, ibu hamil juga sinonim dengan istilah mood swing. Xiet sendiri, sebagai wanita yang sedang hamil, tak lari dari perasaan mood yang berubah – ubah. Ada masa tu, sensitive semacam je. Pantang silap sikit, mula lah hati panas. Kadangkala, rasa cepat betul tersentuh emosi. Tak kurang juga dengan perasaan ala – ala euphoria.

Sebenarnya, ada cara untuk membantu mengurangkan mood swing ni. Ia banyak bergantung kepada kekuatan individu itu sendiri, tak kurang juga factor sekeliling seperti orang-orang terdekat. Antara cara yang mudah tapi insyaAllah berkesan adalah:-

1. Ubah cara berfikir. Fikir secara optimistic dan positif supaya kita tidak dikuasai oleh emosi

2. Banyakkan berselawat, mengaji dan solat... insyaAllah, amat berkesan sebab Allah sendiri telah berfirman yang bermaksud “Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati – hati akan menjadi tenang”

3. Jika tiba waktu-waktu down atau depress, ambillah masa untuk menenangkan fikiran. Gunakanlah cara anda tersendiri untuk menangani perasaan tersebut. Jangan risau apa pandangan orang lain. Just focus on yourself and handle your mood wisely

4. Senyum.... Paling baik, bangun pagi dengan senyuman dan keriangan di hati. Kalau rasa tensyen, cuba senyum and generate minda positif. Kalau kita banyak senyum pada orang, orang akan senyum semula. Kemanisan senyuman yang ikhlas adalah salah satu ubat kemurungan hati

5. Sesekali, pergilah enjoy! Ajak suami atau best friend untuk pergi ke tempat – tempat yang anda suka

6. Lihatlah barang – barang baby. Usaplah perut anda. Ingatlah yang anda sedang hamil anak anda dan dia memerlukan ibu yang ceria dan positif!

7. Jangan segan untuk meminta bantuan daripada rakan sekerja atau pasangan anda. Kebanyakan rasa depress terbit disebabkan rasa terbeban terhadap sesuatu. So, cuba kurangkan kesusahan anda dengan meminta bantuan sekiranya ia dapat meringankan beban.

8. Banyakkan berkomunikasi dengan pasangan supaya dia memahami apa yang anda alami. Jadi, taklah dia berasa terpinga – pinga sekiranya tiba – tiba anda berasa ‘tak best’

9. Elakkan terjebak ke dalam kancah ketegangan. Mind your own business! Menyeboklah hal orang lain hanya jika perlu. Bukan apa, banyak sebok hal orang akan mengundang banyak peluang ketegangan.

10. Ingatlah, bahawa kehamilan ini penghujungnya adalah indah. Jadi, mengapa perlu bersedih atau marah-marah jika kehamilan adalah satu proses untuk anda menerima kebahagiaan? Bersabarlah, kerana disebalik kepayahan ini, ada pahala besar menanti sekiranya kita ikhlas!

Point paling penting adalah, ibu yang hamil mestilah berfikiran positif dan kuatkan semangat. Kita boleh memilih untuk menjadi seorang yang moody,lemah,kuat menangis dan sebagainya... Tetapi dalam masa yang sama, kita juga berpeluang untuk memilih yang sebaliknya. Jangan sesekali menjadikan orang melihat wanita hamil sebagai seorang yang lemah emosi.

Xiet sendiri berusaha untuk menjadi seorang yang periang dan ceria sepanjang kehamilan ini. Biar sakit dan lelah kerana hamil, Xiet tetap nak maintain sassy! Xiet suka bila kawan – kawan selalu cakap Xiet ni ibu mengandung yang ceria. Atau Xiet ni macam tak pregnant je sebab tak nampak tanda – tanda orang pregnant (lemah, unhappy, pucat lesi, mood swing, etc)... sebabnya, Xiet percaya kalau masa pregnant kita happy and positif, insyaAllah anak pun akan happy dan muka comel sebab ceria.

Kepada masyarakat umum, bantulah wanita yang sedang hamil. Bukan mudah dugaan yang ditanggung oleh wanita hamil. Berilah sedikit masa dan ruang kepada mereka. JANGAN mendiskriminasi wanita hamil kerana kehamilan adalah satu tugas yang amat dimuliakan Allah.

Xiet Enigma

Nov 2009

No comments:

Post a Comment

Peace Be Upon You (",)

Peace Be Upon You (",)

Tribute to all mothers in the world!