Sunday, August 29, 2010

Wahai para suami sekalian alam!

Harini Xiet buat check up untuk bulan ke 7. Seperti biasa, kami buat pada hari cuti. Sebab kalau hari tak cuti, hubby terpaksa ambil cuti atau masuk opis lambat. Rasa tak sampai hati pula nak bagi hubby cuti or masuk lewat semata-mata kerana nak teman Xiet jumpa Dr.

Cakap pasal tak sampai hati, sebenarnya Xiet rasa sedih tengok isteri yang memboyot-boyot, jalan terkedek-kedek seorang diri pergi klinik untuk buat check up. Tambah lagi yang terpaksa naik turun bas sendiri. Hadui, kesiannya... Manalah agaknya suami mereka.

Xiet faham, kadangkala si suami sibuk dengan tugas. Tak semua orang dapat pekerjaan yang boleh minta time off sesuka hati. Ada juga yang long distance relationship, tak dapatlah suami nak teman pergi klinik. Xiet faham semua tu, tapi yang Xiet sedih, adalah terhadap hakikat bahawa sebenarnya ramai suami di luar sana yang memang sengaja ambil mudah tentang perihal ini (teman wife buat check up). Kalau memang tak boleh nak teman tu lain cerita, tapi sebanarnya ramai yang tak nak ambil inisiatif untuk temankan isteri buat check up. Especially yang bukan first timer (dah ada beberapa orang anak).

Para suami kenalah ingat, tak kiralah itu anak pertama ke, ke 2 ke, ke 12 ke, atau ke 100, anak tersebut tetap anak anda, lahir daripada benih anda, dan menerima 50% daripada genetic anda. Jadi, selagi isteri anda hamil, selagi itu anda patut bertanggungjawab membantu dan memudahkan isteri anda. Sepatutnya para suami kenalah excited nak pergi scan, tengok perkembangan baby. Penting juga bagi para suami untuk mengetahui kondisi isteri dan baby. Manalah tahu jika ada apa-apa komplikasi. Jangan nanti menyesal dikemudian hari sudahlah.

Xiet pernah cakap dekat hubby, kalau dia busy tak mengapa. Xiet faham sangat kerja hubby tu. Hari-hari kena pergi pagi, balik pula lewat malam.... Tapi hubby cakap, ini adalah salah satu tanggungjawab dia sebagai seorang suami untuk menemani Xiet ke klinik. Bukan tu aje, bagi hubby, segala yang berkaitan dengan kesihatan Xiet dan baby, itu semua adalah di atas tanggungjawab dia. Alhamdulillah, Xiet memang bersyukur sangat dapat hubby yang sangat prihatin. Xiet berdoa keadaan ni akan berkekalan untuk anak-anak yang seterusnya.

Bagi isteri-isteri hamil di luar sana yang dapat hubby macam hubby Xiet, bersyukur lah. Sebab tak ramai lelaki zaman sekarang yang macamni....

Bagi para isteri/ibu hamil yang sering bersendirian mengharungi saat-saat kehamilan, Xiet nak ucapkan tahniah! Xiet sangat kagum dengan kalian sebab kalian memang ibu yang hebat! InsyaAllah segala kesusahan tersebut akan menghasilkan kebaikan di dunia dan akhirat. Semoga anak yang dikandung lahir sebagai anak yang soleh.

Xiet Enigma

26 Nov 2009

Eat right for two, or eat for too much?


During the nine months of your pregnancy, you are your foetus’ only source of nourishment. Whatever you eat, your foetus will benefit from it. So, you are the one who responsible for your baby nourishment.

It is not a wise decision to go on diet during pregnancy. If you starve yourself, you starve you foetus as well. Remember, your baby is more precious than trying to look like a fashion model.

In contrast, eating for two does not mean you have to double your food intake. It is a norm to hear people around you says that pregnant women should double the calories in order to accommodate the needs of the foetus. In fact, many mothers feel they would be neglecting their baby’s needs if they didn’t indulge in extra helpings. This, would bring you to stuff yourself and would make you put on non ideal weight. If you gain so much weight during pregnancy, there is a high possibility that you might not get your pre-pregnant shape. Moreover, you might risk yourself and your baby with few complications due to overeat, such as diabetes, obesity baby, pre-eclampsia, high blood pressure, etc.

So, how much calories should a mother provides to her baby?

Studies done by scientists and doctors have shown that a pregnant woman needs only about 300 calories extra per day, for a total of about 2,500 calories. The extra calories must consist of all the minerals and vitamins that are essential for the growing foetus.

So before you eat anything, ask yourself whether or not it is good for your foetus.

Remember: a little discomfort is nothing compared to the happiness of having a healthy baby in your arms.

Xiet Enigma

Nov 2009

Mood Swing, La la la~

Hamil bukan sekadar melibatkan prubahan fizikal. Ianya lebih dari itu. Pada setiap peringkat, dugaannya berlainan. Bermula dari first trimester, kebanyakan ibu akan mengalami morning sickness, susut berat badan, pening – pening, tak sedap badan, dan sebagainya. Bukan mudah untuk deal dengan situasi macamni. Tambahan lagi bagi ibu – ibu yang bekerjaya (bekerja atau belajar). Sukarnya nak meneruskan tugas harian dengan keadaan macamtu. Bagi suri rumah tangga pun, dugaannya tak kurang hebatnya. Semua tugasan rumah nak diuruskan, tapi badan pula lemah – lemah.

Bermula trimester kedua, sesetengah orang masih mengalami muntah – muntah yang teruk. Ada pula tiba – tiba selera makan menjadi – jadi. Bengkak di kaki pula semakin menyerlah. Macam – macam lagi lah. Bukan itu saja, berat baby pun dah semakin terasa. Nak ke mana sahaja perlu di bawa, bukan boleh tinggal sekejap kat rumah ke apa...

Semua simtom di atas berkait rapat dengan perubahan yang dialami ketika hamil, samada perubahan luaran (berat badan bertambah, perut semakin membesar, badan semakin mudah letih, etc) dan dalaman (perubahan hormone, beberapa system dalam badan, etc). Pendek kata, badan ibu hamil akan mengalami beberapa perubahan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan semasa kehamilan. Justeru, kadangkala perubahan tersebut mendatangkan side effect yang kurang menyenangkan.

Perubahan – perubahan inilah yang kadangkala mengundang ketidak selesaan pada diri ibu yang hamil. Bila badan tak sedap, emosi pun mudah pula terganggu.

Banyak cerita Xiet pernah dengar mengenai ibu hamil ni. Selain sinonim dengan istilah mengidam, ibu hamil juga sinonim dengan istilah mood swing. Xiet sendiri, sebagai wanita yang sedang hamil, tak lari dari perasaan mood yang berubah – ubah. Ada masa tu, sensitive semacam je. Pantang silap sikit, mula lah hati panas. Kadangkala, rasa cepat betul tersentuh emosi. Tak kurang juga dengan perasaan ala – ala euphoria.

Sebenarnya, ada cara untuk membantu mengurangkan mood swing ni. Ia banyak bergantung kepada kekuatan individu itu sendiri, tak kurang juga factor sekeliling seperti orang-orang terdekat. Antara cara yang mudah tapi insyaAllah berkesan adalah:-

1. Ubah cara berfikir. Fikir secara optimistic dan positif supaya kita tidak dikuasai oleh emosi

2. Banyakkan berselawat, mengaji dan solat... insyaAllah, amat berkesan sebab Allah sendiri telah berfirman yang bermaksud “Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati – hati akan menjadi tenang”

3. Jika tiba waktu-waktu down atau depress, ambillah masa untuk menenangkan fikiran. Gunakanlah cara anda tersendiri untuk menangani perasaan tersebut. Jangan risau apa pandangan orang lain. Just focus on yourself and handle your mood wisely

4. Senyum.... Paling baik, bangun pagi dengan senyuman dan keriangan di hati. Kalau rasa tensyen, cuba senyum and generate minda positif. Kalau kita banyak senyum pada orang, orang akan senyum semula. Kemanisan senyuman yang ikhlas adalah salah satu ubat kemurungan hati

5. Sesekali, pergilah enjoy! Ajak suami atau best friend untuk pergi ke tempat – tempat yang anda suka

6. Lihatlah barang – barang baby. Usaplah perut anda. Ingatlah yang anda sedang hamil anak anda dan dia memerlukan ibu yang ceria dan positif!

7. Jangan segan untuk meminta bantuan daripada rakan sekerja atau pasangan anda. Kebanyakan rasa depress terbit disebabkan rasa terbeban terhadap sesuatu. So, cuba kurangkan kesusahan anda dengan meminta bantuan sekiranya ia dapat meringankan beban.

8. Banyakkan berkomunikasi dengan pasangan supaya dia memahami apa yang anda alami. Jadi, taklah dia berasa terpinga – pinga sekiranya tiba – tiba anda berasa ‘tak best’

9. Elakkan terjebak ke dalam kancah ketegangan. Mind your own business! Menyeboklah hal orang lain hanya jika perlu. Bukan apa, banyak sebok hal orang akan mengundang banyak peluang ketegangan.

10. Ingatlah, bahawa kehamilan ini penghujungnya adalah indah. Jadi, mengapa perlu bersedih atau marah-marah jika kehamilan adalah satu proses untuk anda menerima kebahagiaan? Bersabarlah, kerana disebalik kepayahan ini, ada pahala besar menanti sekiranya kita ikhlas!

Point paling penting adalah, ibu yang hamil mestilah berfikiran positif dan kuatkan semangat. Kita boleh memilih untuk menjadi seorang yang moody,lemah,kuat menangis dan sebagainya... Tetapi dalam masa yang sama, kita juga berpeluang untuk memilih yang sebaliknya. Jangan sesekali menjadikan orang melihat wanita hamil sebagai seorang yang lemah emosi.

Xiet sendiri berusaha untuk menjadi seorang yang periang dan ceria sepanjang kehamilan ini. Biar sakit dan lelah kerana hamil, Xiet tetap nak maintain sassy! Xiet suka bila kawan – kawan selalu cakap Xiet ni ibu mengandung yang ceria. Atau Xiet ni macam tak pregnant je sebab tak nampak tanda – tanda orang pregnant (lemah, unhappy, pucat lesi, mood swing, etc)... sebabnya, Xiet percaya kalau masa pregnant kita happy and positif, insyaAllah anak pun akan happy dan muka comel sebab ceria.

Kepada masyarakat umum, bantulah wanita yang sedang hamil. Bukan mudah dugaan yang ditanggung oleh wanita hamil. Berilah sedikit masa dan ruang kepada mereka. JANGAN mendiskriminasi wanita hamil kerana kehamilan adalah satu tugas yang amat dimuliakan Allah.

Xiet Enigma

Nov 2009

Mengidam atau mengada?

“Abang, saya nak laksa Penang yang dibuat dekat Penang jugak. Saya taknak yang ada kat KL ni,”

“Sayang, I don’t care, tomorrow we go to Kajang. I want Satay Kajang,”

“Awak, saya nak makan daging kijang la. Saya tak kira, saya nak sekarang juga,”

Haduh, bila cakap pasal mengidam, para suami mula lah mengeluh panjang. Pening kepala dibuatnya bila sentuh bab ni. Mana tak nye, mana yang dapat isteri mengidam bukan – bukan, terpaksalah ikut. Kalau tak ikut, muncung sedepa isteri, tidur kat sofa lah jawabnye si suami. Sudahlah begitu, mak mertua dan kawan – kawan pula menyebelahi isteri, katanya pembawaan budak, ikut aje lah... Isteri yang rasa susah mengandung... Suami ikut ajelah, anak sendiri jugak!

Sudahlah terpaksa bersusah menuruti kehendak isteri, tak kira masa pulak tu. Sekali dah dapat, ada pulak yang tak kena. Silap – silap, kena carik yang lain pula. Ada pula kes, bila dah mengadap bawa depan isteri, makan 2 3 suap, lepas tu dah tak nak makan dah... Agak – agak, apalah perasaan suami tu ekk?

Kadang – kadang Xiet kelakar dengan perihal mengidam ni. Kalau setakat teringin – teringin tu OK lagi. Tapi yang tak boleh compromise, nak jam jam tu jugak, minta pula segala isi bumi dan 7 petala langit, huih....tak ke tensyen.

Kepada para ibu yang sedang mengidam, fikir-fikirkan lah semula yang kita ni adalah ibu kepada baby yang kita kandungkan tu. Kalau asyik bagi alasan ‘pembawaan budak’, adakah kita sebagai seorang ibu mengikut sahaja telunjuk anak kita? Begitu kah cara mendidik anak? Kena beringat, mendidik anak bermula dari di dalam perut, dan dari sekecil-kecil perbuatan. Bukan tak boleh mengidam, sesekali nak manja – manja apa salahnye. Mengndung bukan setiap hari. Ye tak?

Tapi jangan sampai menyusahkan orang lain. Terutamanya suami sendiri, ayah kepada baby dalam perut tu. Jangan ingat suami tak pregnant, dia tak susah. Ingat, suami pun kena tempias juga. Mana nak fikir financial, nak fikir preparation jadi ayah, terutamanya yang first timer ni. Kadang kala, isteri tak perasan suami yang sibuk google hospital bersalin terbaik untuk anak dan isteri tercinta.

Paling penting, jangan main bedal je semua makanan yang kita terasa macam nak makan sangat-sangat. Periksa dulu samada makanan tu baik ke tidak untuk diri kita dan baby. Kalau boleh, jauhkanlah makanan-makanan yang boleh merisiko kan kehamilan seperti makanan yang tak masak, makanan berlebihan gula dan lemak, dan lain-lain yg tak elok. Bukannye tak boleh makan selama-lamanya. Cuma sekarang kena jaga diri lebih sikit aje.

So, kepada ibu – ibu mengandung sekalian.... Biarlah kita menguasai emosi dan nafsu, jangan kita dikuasai oleh kedua dua elemen tersebut.

p/s: Kata orang, kalau mengidam tak dituruti, nanti effect kena kat anak... sesungguhnya itu adalah mitos yang melampau! Kalau ada pun, mungkin kebetulan sahaja. So, jangan generalise kan statement macam tu.

Xiet Enigma

Oct 2009

Saturday, August 14, 2010

Perihal kehamilan


Amboi, tajuk entri kali ini macam serius je kan? Haha...actually memang serius pun, cuma insyaAllah Xiet akan buat coretan ni ala-ala santai supaya kawan – kawan pembaca senang follow...

Alhamdulillah, dah 5 bulan Xiet pregnant. Perut pun dah semakin menonjol. Banyak baju yang dah tak muat. Hehe... Dalam masa 5 bulan mengandung, banyak yang telah Xiet lalui sepanjang proses kehamilanni. Ternyata, tak hairanlah Allah memuliakan seorang ibu, kerana tugas menjadi seorang ibu tu sangat payah, bermula dari proses kehamilan lagi...

So, kalini Xiet nak highlight beberapa perkara yang sering berkait rapat dengan kehamilan, bersama fakta – fakta penting yang sempat Xiet kaji samada melalui pembacaan, ataupun pengalaman sendiri.

::Tanda – tanda awal kehamilan::

Apakah tanda paling penting untuk menunjukkan seseorang itu hamil? Ye, jawapannya adalah tak datang bulan. Atau, bahasa mudahnya adalah tak period. Ini adalah petanda awal and paling penting sekali kepada mereka – mereka yang sudah berumah tangga. Pastikan anda alert dengan jadual period anda (menstrual cycle). Tersangat elok lah jika mempunyai kalender khas untuk ini.

Apa yang penting sangat untuk tahu menstrual cycle?

1. Kalau kita nak buat family planning, haaa... time nil ah kita akan dapati benda ni sangat memberi manfaat.

2. Supaya kita dapat trace awal yang kita berkemungkinan pregnant. Selalunya pregnancy hanya akan dapat dikesan setelah usia kehamilan mencapai minggu 5 ke atas. Jadi, di sinilah pentingnya kalender kehamilan supaya kita boleh alert lebih awal. So, takla kita lakukan perkara – perkara yang boleh membahayakan kehamilan seperti mandi sungai dan lain – lain (hehe...macam aku je bunyiknye tu)


3. Mengetahui bila kali terakhir kita period adalah satu kaedah yang digunakan oleh doctor bagi menganggar usia kehamilan kita. Dari situ jugalah timbulnya anggaran bila kita akan bersalin. Dalam bahasa doctor, biasanya ditulus EDD (estimated delivery date). Bagi yang dah pregnant and dah buat scan, nak check tarikh anggaran bersalin, cari perkataan EDD pada scanning sheet tu...

:: loya – loya manja ::

Pregnant dan muntah – muntah adalah amat sinonim sekali. Kebanyakan wanita mengandung akan mengalami simtom ini. Bagi yang tak mengalami tu, bersyukurlah anda kerana sememangnya symptom yang satu ni amat menyeksakan sekali.

Sesetengah orang mengalami apa yang dinamakan morning sickness. Tapi, Xiet bukan kena waktu pagi je. Xiet akan kena bila – bila masa je. Xiet istilah kan sebagai All the time sickness. Hehe...

Masalah muntah – muntah ni adalah antara factor ibu – ibu mengandung hilang selera makan, seterusnya hilang tenaga dan menjadi amat lemah dan pucat. Haaa...jangan sampai perkara macamni terjadi sebab ia akan menjejaskan nutrisi anak dalam perut.

So, macam mana ek nak mengelakkan dari terkena loya – loya manja ni?

Untuk mengelakkan, memang tak boleh. Tapi untuk mengurangkannya insyaAllah boleh. Selalunya ibu akan mengelakkan untuk makan sebab takut akan keluar balik. Sebaliknya, kalau nak kurangkan muntah, jangan biarkan perut kosong! Sebab kalau masuk angin,lagi teruk lah keadaan kita nanti. Bak kata ibu Xiet, makan aje kak, nanti kalau muntah, isi lagi dengan makanan lain. Hahaha...senang nye cakap, bila dah muntah mana ada selera. Tapi, sesungguhnya apa yang ibu Xiet cakap ni memang betul.

Point kedua, jangan makan sambil minum. Hai, kembung la perut tu nanti. Hehe... actually tabiat ni memang tak baik and tak sunnah. So, bagi yang tak mengandung pun janganla biasa buat macamni.

Point ketiga, jarakkan waktu makan dengan waktu tidur. Kalau makan terus tidur, memang lebih senang loya. Bukan sekadar tidur, baring pun jangan... bagi perut digest makanan dulu, baru tidur. Ini kerana posisi badan kita kalau baring akan melambatkan proses penghadaman. Dan perut dan esofagus (laluan makanan dari mulut ke perut) akan selaras. So, senang makanan nak keluar balik. Terbaik, lepas makan, rehatkan badan. Duduk dengan selesa. Time tu, pergilah baca quran buat tambah pahala. Hehe...

Last sekali, banyakkan bereksperimentasi dengan makanan. Normally, makanan – makanan yang menambah rasa loya adalah yang banyak minyak/lemak/kolestrol. So, elakkanlah. Memang tak sihat pun makanan macam tu. Sesetengah orang tak tahan minum susu. So, kalau tak boleh, mintak je pil kalsium kat doctor. Tak payah minum susu. Tapi macam Xiet, Xiet tukar kepada minuman soya atau malt, and paling penting flavour nye selain susu! So, Xiet minum yang chocolate flavour.

Apa yang seronok menjadi ibu mengandung ni adalah kita akan menggalakkan otak bekerja dengan lebih kreatif lagi. (sepatutnyalah, jangan pula menjadikan alasan mengandung untuk menjadi pasif). Kita akan banyak mengamalkan kaedah cuba jaya untuk tahu apa yang badan kita mudah terima dan mudah tolak. Selain untuk diri sendiri, ia juga baik untuk menjana anak yang rajin berfikir juga!

:: diarrhoea @ constipation ::

Sesetengah ibu hamil akan mengalami diarrhoea (cirit – birit). Ini pun satu keadaan yang boleh melemahkan fizikal ibu. So, untuk mengurangkan simtom ni, kurangkan makan yang pedas dan berempah. Biasalah, badan wanita yang hamil ni lebih sensitive due to perubahan hormone dan sebagainya. Selain immune system yang menjadi lemah, sesetengah orang mengalami perubahan pada system yang lain juga. Antaranya adalah system penghadaman.

Selain tu, elakkan makan makanan yang dah sejuk atau tak fresh. Ingat, immune system kita lemah. Immune system baby lagi lemah. Begitu juga, kita nak yang terbaik untuk baby. So, elakkan makanan yang dah tak fresh. Juga, elakkan makan makanan yang tak masak atau separuh masak. Ini termasuklah telur dan makanan dalam tin... Bagi yang mengalami masalah constipation (Sembelit), kadang kala kalau makan ubat yang doctor bagi (obimin – pil warna pink and besar macam nak cekik orang), salah satu effect adalah stool akan menjadi lebih gelap dan bagi sesetengah orang akan mengalami sembelit. So, minum banyak air! And makanlah banyak buah dan sayur!

:: Bengkak kaki ::

Masalah bengkak kaki biasanya muncul bila kehamilan mencecah bulan ke 5 dan ke atas. Alhamdulillah, masalah yang satu ni Xiet tak alami teruk sangat. Masalah bengkak kaki ni disebabkan oleh perjalanan darah yang kurang lancar. Ia juga disebabkan kaki menampung beban badan yang berlebihan. Ini biasa dialami oleh orang yang berbadan besar. Tapi, orang kurus pun ramai yang kena juga. So, jangan ambil mudah...

Macam mana nak kurangkan bengkak kaki? Cara paling senang adalah banyakkan minum air. Badan kita memerlukan air sebab air penting untuk melancarkan perjalanan darah (ayat mudah lah). Selain tu, ringankanlah kaki anda untuk berjalan. Berjalan adalah exercise yang mudah dan penting untuk ibu mengandung supaya lebih sihat dan ceria. Berjalan dapat membantu melancarkan perjalanan darah terutamanya di bahagian kaki. Tapi jangan terlebih jalan, nanti takut jadi lain pulak.

Minta bantuan orang terdekat seperti suami untuk mengurut kaki. Urutan secara perlahan sudah cukup untuk merehatkan kaki. Kalau rajin, rendam kaki dengan air suam. Kalau tambah garam pun ok juga.

:: Sakit tulang ::

Sesetengah ibu mengandung mengalami simtom ini... Xiet adalah di antara yang mengalaminya. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Especially time nak bangun daripada baring. Memang tak boleh tidur (sejak pregnant ni Xiet kurang sangat tidur). Sakit paling teruk adalah di bahagian pangkal tulang peha. Selalunya setiap kali nak bangun Xiet akan minta bantuan orang especially hubby. Kalau takde orang, terpaksa pegang dinding dan bangun pelan-pelan. Selalu jugakla air mata keluar secara automatic. Masalah ni lebih teruk dari loya dan muntah sebab memang sakitnya amat sangat.

Kata doctor, insyaAllah sakitnya akan hilang. Tapi ada beberapa rakan dan saudara terdekat cakap, lepas bersalin pun tetap ada. Kesimpulannya, ia adalah kenangan yang ditinggalkan akibat kehamilan. Hahaha...

Well, setakatni Xiet tak tahu macam mana nak kurangkan sakit. Cuma, yang paling utama adalah pilih posisi yang betul ketika nak tidur atau baring. Ikutlah keselesaan masing – masing. Dan JANGAN sesekali tidur di atas permukaan yang keras. Tidurlah atas tilam yang tebal. Sebab perbezaannya amat ketara.

:: mengidam? ::

Haaa... satu – satunye kelebihan orang mengandung yang syok adalah mengidam. Macam mana wujudnye istilah mengidam? Apa hujah saintifik tentang ini?

Mengidam ni sebenarnya ada kaitan dengan hormone. Ia juga ada kaitan dengan selera makan yang berubah – ubah disebabkan penerimaan yang berbeza terhadap makanan ketika hamil. Tak salah kalau nak mengidam. Tapi jangan terbawa – bawa sangat perasaan tu. Kesian suami kita... Apa pun, bab mengidam ni insyaAllah akan diceritakan dengan lebih lanjut pada entri akan datang.

:: mood swing ::

Orang mengandung ni memang sangat sinonim dengan perubahan mood yang tak menentu. Bagi mereka yang hamil, samada mereka sedar atau tidak, mereka mudah dipengaruhi oleh emosi yang berubah – ubah. Ia juga berkait rapat dengan perubahan hormone yang tak menentu disebabkan oleh kehamilan, serta ketidak selesaan badan (fizikal) dan emosi (mental) disebabkan kehamilan. Tambah – tambah lagi bagi mereka yang sering mabuk – mabuk dan sakit belakang. Namun, ada cara untuk mengurangkan mood swing ni. insyaAllah, perkara ni akan dibincangkan pada entri akan dating, kerana mengidam dan mood swing memang paling popular di kalangan orang mengandung ni.

Xiet Enigma
Oct 2009
Shah Alam

Thursday, August 12, 2010

Duo...getting into trio?...2nd episode



Perasaan setelah disahkan bakal menjadi seorang ibu? Memang seronok. Alhamdulillah, kegembiraan itu dirasai oleh semua ahli keluarga. Selain hubby, ayah adalah orang yang paling seronok sekali. Xiet pun seronok tengok semua orang happy. Alhamdulillah, moga – moga baby ni menjadi pengerat hubungan kekeluargaan...

Baru hamil 7 minggu, adik – adik dah sebok bertanya apakah nama yang sesuai diberi kepada baby ni. Hehe... Hubby pun begitu seronok lagi nak jadi ayah. Xiet masih ingat masa first time check up, hubby terus minta doctor buat scan. Walaupun dimaklumkan yang tak nampak apa – apa lagi, hubby insist minta doctor buat scan untuk ensure xiet betul – betul pregnant. First time kami melihat ada satu titik kecil di dalam uterus dan doctor pun dah dapat mengesan ada heart beat pada titik tersebut. Ye, itulah baby kami! Terus, hubby tanya doctor satu soalan yang Xiet tak dapat nak tahan gelak “Dr, baby ni lelaki ke perempuan?” Sambil tersenyum, Doktor menjawab “Baby ni belum terbentuk dengan sempurna. Masih terlalu awal untuk tahu jantina... Amboi, excitednye ayah”

Paling Xiet tak boleh lupa masa buat scanning tu, adalah muka hubby yang control macho tapi tetap tak boleh menyembunyikan kegembiraannya. Xiet Nampak mata hubby bergenang – genang dengan air mata...

Seronok dan gembira bukanlah satu – satunye perasaan yang wujud dalam diri Xiet. Ada banyak lagi perasaan yang bercampur – baur. Antaranya adalah perasaan terharu dan takut. Tak dinafikan, Xiet berasa gementar dengan perkhabaran baru ni. Gementar terhadap banyak perkara!

Lepasni, hidup Xiet dan hubby akan berubah. Ini adalah permulaan untuk sebuah perubahan yang akan kekal. Banyak sangat benda akan berubah. Persoalannya, adakah Xiet sudah bersedia menerima perubahan tersebut?

Jawapan: InsyaAllah. Nak taknak memang kene bersedia!

Lepasni, Xiet akan pegang satu title yang sangat mulia dan besar maknanya. Begitu juga hubby. Xiet akan bergelar Ummi dan hubby akan bergelar Daddy. Persoalannya, adakah kami mampu menjadi Ummi dan Daddy yang baik dan menjadi contoh terbaik buat anak kami?

Jawapan: Itu berkait rapat dengan persoalan pertama. Dan untuk menjadi Ummi dan Daddy yang baik bukanlah mudah. Yang penting, sedia untuk belajar dan terus belajar. Chaiyok!

Hamil bukanlah satu tugas yang mudah. Ia adalah task pertama bagi seorang wanita yang bakal bergelar ibu. In fact, sebetulnya seorang wanita yang hamil sudahpun bergelar ibu kerana tanggungjawabnya sudahpun bermula semenjak hamil. Persoalannya, adakah Xiet mampu menghadapi kesulitan dan cabaran sepanjang kehamilan, seterusnya sepanjang proses menjadi seorang ibu?

Jawapan: Herm...susah nak jawab. Baru first time hamil and belum pernah ada experience jadi ibu. Tapi, demi anak ini, demi amanah Allah yang satu ini, insyaAllah Xiet akan cuba!

Xiet_Enigma

June 2009

Duo...getting into trio?



Xiet bukanlah seorang pencinta kanak-kanak. Kalau biasanya orang kalau nampak baby akan rasa gatal tangan nak cubit pipi or dukung baby, Xiet rasa biasa aje. Maybe sebab Xiet dah ada ramai adik and anak sedara sampai takde perasaan sangat dengan baby.

Adik Xiet pernah cakap kalau Xiet ada anak nanti kesian anak Xiet sebab Xiet ni macam takde sifat keibuan.

Macam mana kalau Xiet ada anak nanti ekk?

Herm...menarik tu untuk difikirkan. Boleh ke Xiet jadi seorang ibu yang mithali?

Al-kisahnya, 2 minggu Xiet terlantar sakit. Sakit perut macam gastric je. Tapi Xiet takde sejarah gastric pun. Perut rasa tak sedap, berangin, and berbagai-bagai perasaan yang kurang menyenangkan. Selera makan pun entah ke mana menghilang.

Dalam keadaan sakit tu, sempat juga Xiet pergi marathon wedding dari JB, ke Bt.Pahat hingga ke Klang, pergi mandi manda di Sungai Congkak dengan family pada minggu pertama, dan pergi Cameron Highland pada weekend kedua. Sempat melawat perkampungan orang asli lagi... Sakit memang sakit, tapi enjoy tetap enjoy. Hehe

Sampai lah pada suatu hari ada seorang kawan melawat kami di rumah. Bila dapat tau Xiet sakit yang tak menentu macamtu, tiba – tiba dia mengesyorkan Xiet buat pregnancy test. Erm... Xiet pun buat lah, tapi negative. Xiet siap pergi DEMC cek doctor. Tapi still takde apa berlaku. Doctor Cuma bagi ubat gastric je...

Malam, mula lah tak boleh tidur. Kesian hubby jadi tukang urut. Punyalah dia kerjakan perut Xiet, tapi Xiet tetap tak puas hati. Sampai dia tak berani nak buat apa sebab takut tersalah picit kang lain pula jadinya.

Lepas 2 minggu sakit, pada satu malam jumaat after balik dari kerja, tiba – tiba Xiet terasa macam nak mengada-ngada sangat. Terasa macam nak makan burger daging yang abang tabligh kat seksyen 8 tu buat. Tak la nak makan sangat sebenarnya tapi terasa macam nak mengada-ngada sangat. Tapi disebabkan waktu tu dah lewat malam, hubby minta Xiet tunggu esok malam. Xiet pun tidur la macam biasa.

Keesokan harinya, Xiet tergerak hati sangat2 nak buat pregnancy test. Sebab Xiet terasa macam ada satu perasaan yang pelik sejak malam. Xiet pun buatlah...

Sekali, Jeng jeng jeng..... positif la pulak!

Xiet tunjuk kat hubby. Hubby tak percaya! Dia kata entah-entah Xiet saja nak buat lawak hari sabtu dengan dia. Xiet pula tak boleh langsung buat muka serius. Maybe sebab Xiet sendiri rasa macam tak percaya.

Akhirnya kitaorang decide untuk buat test kat klinik....Setelah Xiet buat urine test and scan, confirmlah yang Xiet disahkan mengandung 7 minggu....

Alhamdulillah....

Semuanya rezeki dari Allah. Selama 2 tahun kahwin, Xiet takla betul-betul berharap nak baby, and dalam masa yang sama taklah resistant. Bagi Xiet, kita manusia berusaha aje. Kalau Allah nak bagi, itu rezeki. And Allah lebih tahu bila waktu yang paling sesuai untuk kita.

Dan inilah waktu yang sesuai buat Xiet dan hubby.

Sekarang,Xiet dah kena tinggalkan banyak tabiat lama yang boleh menganggu kesihatan diri dan baby. Makan dah kena jaga. Bukan setakat waktu makan, malah quality of food uptake pun kena jaga. Allah dah bagi amanah, so kenalah jaga betul-betul...

Paling penting, perangai-perangai yang kurang senonoh tu dah kena kurangkan atau hilangkan. Hehe...InsyaaLLAH Ummi akan cuba ye sayang!

Xiet Enigma

June 2009

Peace Be Upon You (",)

Peace Be Upon You (",)

Tribute to all mothers in the world!