Tuesday, December 20, 2011

Merancang kehamilan, cara mana?


Tajuk kali ini adalah tentang MERANCANG KEHAMILAN...
Tajuk ni dah berkurun lama I draft dalam otak. Konon nak mencari mood sesuai tapi biasalah mood selalu tak datang and I bukanlah seorang yang sangat kuat daya ingatan so akhirnya I buat la mood sendiri untuk discuss topik ni...

So, pasal apa dengan MERANCANG KEHAMILAN ni?
Nak dijadikan cerita, during my last check up with my gynea almost 2 years ago, Dr. just check my incision site, my uterus condition and my general health condition je. And I ingat 2 perkara yang Dr cakap 1) My incision site cantik and dah boleh pakai bikini pun 2) My uterus and health condition pun dah ok and kalau nak preggy lagi right away pun dah takde masalah... (What? right away?!)

And di dalam meeting tu sebenarnya Dr discuss pasal family planning. Dr terangkan tentang cara2 untuk merancang kehamilan. Ada a few cara termasuklah IUD, diaphragm, vasectomy, implant, condoms and withdrawal.

Basically, ramai pasangan menggunakan cara withdrawal untuk mencegah kehamilan. Withdrawal ni cara mudahnya is melakukan ejaculation di luar vagina. Cara ni paling zero cost. Tapi dalam masa yang sama it is very risky and less effective. Accodring to my gynea, pre-ejaculation juga mengandungi sperma yang cukup banyak untuk menyebabkan kehamilan. Kalau biasa dengar kes orang cakap dia buat 'family planning' but tiba2 si isteri pregnant and mereka cakap 'accident', mostly sebab mereka menggunakan cara ini.... So kesimpulannya, kalau rasa memang tak nak pregnant lagi and perlu menjarakkan kandungan, janganlah guna cara ini.... 

Kalau kondom pulak, lebih kurang 78% sahaja effectiveness of using condom as birth control. Sebab, kita tak boleh sure 100% yang each and every condom yang digunakan adalah tidak rosak. And kebanyakan pasangan juga tidak berapa menyukai penggunaan kondom. 

Mengikut suggestion Dr, kalau muda lagi, better tak payah ber IUD and Diaphragm bagai. Yela, kan ada plan nak baby lagi kan. Benda alah tu semua mahal dan sakit dan biasanya untuk orang yang memang takmo baby dah. Kalau macam implant tu pula boleh mengundang problem kepada produksi susu. Siapa2 yang masih menyusukan baby tak digalakkan buat implant, takut susu tak keluar. Tapi ia bergantung juga kepada individu.. So cara paling effective dan senang untuk orang muda yang nak TEMPORARY planning sahaja adalah dengan mengambil BIRTH CONTROL PILL.

Cara ni mudah sebab bila kita nak planning ambil je pil tu, and bila rasa dah sesuai untuk pregnant lagi just stop taking the pill. Cumanya yang susah adalah untuk orang yang tak reti disiplin macam I sebab pil ni kena diambil hari2 pada waktu yang konsisten! 

And birth control pills ada berjenis2. But for a breastfeeding mom, pill yang selamat digunakan dan tidak mengganggu production susu dan nutrisi baby is  NORIDAY. And ia boleh didapat di pharmasi2 berdekatan rumah anda....

Bila orang tanya I, I akan jawab dengan jujur yang yes, I was taking the pill. Kebanyakan muka yang respon memang agak mengerikan as in taking pill is not safe and cause many side effects. Antara side effect yang famous adalah nanti jadi gemuks and lepas stop pill takut terus mandol (ayat mudah paham la tu ekk). In fact, sometimes seriously cara dorang respon as in I buat salah besar.

Actually pill zaman sekarang ni kebanyakannya safe from those side effects. Biasalah setiap benda yang artificial mengundang side effects. So does this pill. Antara side effectnya adalah peod yang tak teratur (untuk Noriday but for some other pills like Jasmine, the menstrual cycle is fine), sometimes boleh dizzy, and it is stated that some pills can increase the risk of breast cancer. But the risk is only there during the time we consume the pill. Bila kita stop ambil ubat tu, there's no more risk of getting breast cancer. And juga boleh mempercepatkan kadar stress... Yela, pill2 ni semua berkaitan hormon kan. Maka ianya bergantung kepada individu juga on how our body tolerate with the medication.

Tapi ada juga beneficial effects from the pill. Antaranya adalah mengurangkan risiko vaginal infection (sebab mucus akan jadi agak pekat kalau ambil pill so kurang infection), kurang risiko cervical cancer and kurang risiko pregnant la apa lagi. Hehehe...

Apa2 pun, before taking any medicine, kita kena tau adakah kita mempunyai penyakit lain atau alahan atau makan ubat lain yang boleh contra indicate dengan pill ni. Tu yang penting sebenarnya. Sebab I think kalau kita normal sihat, inshaAllah takde apa... So silalah mendapatkan konsultasi daripada doktor2 bertauliah untuk menentukan cara mana yang sesuai dan pill apa yg terbaik utk kita (sekiranya mengambil pil).

As for me, pengalaman mengambil pil ni selama dekat setahun jugak la, I takde apa2 masalah kegemukan (OK, klu I gemuk pn sebab I yang suka teman hasben makan malam2 pastu terus tidur and malas excersice, so jangan nak salahkan pill). I jugak tak mengalamai stress yang melampau sampai kena jumpa psikatrist. I jugak masih menyusukan budak kecik-besar tu sampai sekarang. Cuma yes, my menstrual cycle agak problem...

Kesimpulannya, semuanya masih di dalam kawalan... Alhamdulillah.

Tujuan I cerita tentang benda alah ni semua bukanlah nak promote family planing or any birth control pill. I cuma rasa yang masyarakat sekarang masih skeptik terhadap pengambilan pil atau alatan lain bagi merancang kehamilan. Kebanyakan orang masih rasa benda ni is like cerita dalam kain yang very personal and hanya hasben and wife je boleh share. Sebab survey mengatakan bahawa masyarakat kita masih segan silu untuk bertanya tentang hal2 begini, dan masih takut untuk mencuba cara yang lebih advance daripada natural way (withdrawal). Tapi dalam masa yang sama, perkara ni sepatutnya bukanlah perkara asing di dalam zaman modern sekarang ni sebab masalah rumah tangga, masalah sosial dan banyak masalah lain berhubung kait dengan isu2 macamni... Apatah lagi, jika anak yang kita pregnant kan tu dikatakan sebagai 'anak accident'.... Kan tak molek tu.

Wallahua'lam...

Photobucket

5 comments:

  1. noriday tu mmg selamat ke? as in selamat - confirm takkan pregnant? ada tak org yg amik noriday, pregnant gak?

    ReplyDelete
  2. klu amek pil ni yg pnting is consistency. kene amik hari2 without fail, and within 3 hours the same time everyday. klu kita ikut, inshaAllah 90% selamat (ikut dorg pny marketing rate la.haha) mana2 birth control pil pn mcmtu... klu terskip sehari, better 'puasa' for the next 7 days klu takut terrrrconceive.hehe

    ReplyDelete
  3. HAHA.
    ayat 'anak accident' tu mcm sedih je dgr.hehe

    ReplyDelete
  4. gie, time period kena makan ke pil?

    ReplyDelete
  5. Haah shye. kene mkan jgk. tp once dh amek pil tu biasany xdtg peod for few mths tu kira normal utk noriday.

    ReplyDelete

Peace Be Upon You (",)

Peace Be Upon You (",)

Tribute to all mothers in the world!