Friday, December 16, 2011

Doa seorang ibu

Sebelum I buka lembaran thesis yang memeningkan kepala, I'd like to spend approx. 5 min to share one thing yang sebenarnya dah amat femes di kalangan kita: Kata-kata seorang ibu adalah sebuah doa.

Dari kecil, kita orang Islam memang sinonim dengan adab terhadap orang tua. Kita dah biasa dengar yang anak kena respect parents, no matter how. Satu ayat yang popular kita dengar adalah ayat dari surah Al-Isra' ayat 23 yang bermaksud:

"Dan tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Uf", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan-santun)"

Itu adalah tuntutan dan tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapanya.

Tapi perlu kita ingat, pendidikan awal datang dari rumah, di bentuk oleh ibu bapa itu sendiri. Sebagai ibu bapa, kita pasti berharap yang anak-anak akan sayang dan hormat pada kita. Tapi semua itu harus dimulakan oleh ibu bapa itu sendiri. Ibu bapa yang perlu mengajar anak bagaimana caranya untuk berkomunikasi dengan baik dan saling hormat menghormati.

Sebagai contoh, kalau kita tak mahu anak menengking kita, maka janganlah amalkan tabiat tengking menengking di dalam rumah. Apatah lagi menggunakan kata-kata kasar dan tak sesuai di dengar. Amat malu sekiranya seorang ibu/bapa itu sendiri yang mendedahkan kepada anak perkataan2 yang tak sedap di dengar dek telinga.

Apatah lagi, kata-kata seorang ibu/bapa itu adalah satu doa.

Dari Abu Hurairah beliau berkata, bersabda Nabi Muhammad Shalallahu `alaihi wassalam, “Ada tiga doa yang tidak diragukan lagi akan dikabulkan, yaitu doa orang yang terzalimi, doa orang yang sedang safar (bepergian), dan doa orang tua terhadap anaknya.” (Ash Shahihah 596, hasan)

Ibu bapa hendaklah bijak memilih kata-kata yang baik, sekalipun dalam keadaan marah atau gurauan. Selain daripada doa, kata-kata yang datang dari ibu bapa memberi kesan yang besar di dalam hidup anak2. Cuba bandingkan jika kawan kita cakap "Kau ni bodoh" dengan jika ibu sendiri yang cakap. Mana yang lebih memberi kesan psikologi?

Menjadi trend sesetengah orang muda, suka menggunakan bahasa yang so-called cool, yang kadang2 mendatangkan maksud yang tak baik. Begitu juga tabiat mencarut yang dirasakan tak apa. Kebanyakannya akan beranggapan mampu berubah bila dah punya anak. Tapi kita sendiri tahu yang sesebuah perkara, jika sudah menjadi tabiat, amat sukar untuk diubah....

Kebanyakan ibu bapa suka membuat kesimpulan tanpa perhitungan. Mana yang dilihat depan mata, itulah yang diambil kira. Sedangkan tak semestinya apa yang dilihat tu sama seperti yang kita sangka. Menghukum anak berdasarkan kesimpulan mudah adalah satu tabiat yang negatif di dalam parenting. Sedangkan masa kita kecil dulu pun, kita tak suka kalau kena hukum tanpa usul periksa, apatah lagi jika kita tak salah. Tapi bila dah jadi ibu/bapa, kita buat perkara yang sama kepada anak2 kita.... Ini juga boleh memberi kesan negatif terhadap anak.

Jika kita datang dari latar belakang keluarga yang saling bertukar2 kata2 kasar, maka kitalah yang kena mulakan langkah baru, supaya anak kita dan generasi seterusnya tidak meneruskan tradisi keluarga yang negatif begitu. Daripada menuding jari kepada nasib dan keadaan, lebih baik menggunakan anugerah Allah, akal, untuk menilai buruk baik sesuatu perkara....

Sebuah perkara yang amat biasa kita dengar, yang kita sudah sedia maklum, tapi kadangkala perlu ada peringatan supaya tidak dilupakan :-)

Wallahua'lam

One undeniable thing I'd learnt in parenthood is, to always improve myself in order to educate my child. 

Photobucket

5 comments:

  1. ummi aaron houdd ni selalu je senyum and suka betul senyum..(plus got nice smile!) tapi aaron houdd ni asyik muka serious je :P

    ReplyDelete
  2. Nak buat cane shye, part tu dia ikut Daddy dia :)

    ReplyDelete
  3. G..baru duk usha2 blog G ni.bnyk post tak baca, hehe.punya la kan?? Ku cinta post ni..best;)

    Tak tahan nengok gambar tu..suh la Aaron say cheese..confirm sengih. geram nengok Aaron. Umi dia senyum comey dia wat dek je..

    ReplyDelete
  4. Slalu ada mslh tido. so kt sini la gi lepak wafa, nk borak ngn sape lg :(

    Gamba aaron semua mcmtu. muka sepesen je.hehehe...ikut daddy dia.

    ReplyDelete

Peace Be Upon You (",)

Peace Be Upon You (",)

Tribute to all mothers in the world!