Saturday, December 4, 2010

Perkhabaran dari Kyoto!


Alhamdulillah, dua hari sudah berada di Kyoto. Hari ini, bangun dengan semangat baru iaitu ingin menguatkan diri, menerima dugaan Allah dengan hati yang tenang.

Suhu di pagi hari lebih kurang 10 - 14 degree, tetapi menurun kepada 7-9 degree pada waktu malam. Sepanjang hari ni, daddy aaron call lebih kurang 3 kali, sebab risaukan isterinya yang jauh di tempat orang. Jangan risau sayang, saya akan jaga diri baik-baik =p

Alhamdulillah, setelah berusaha mencari dan puas bertanya,akhirnya ada sorang kakak yang ada breast pump. So pagi2 Nesh (tuan rumah yang kami tumpang) dah keluar untuk ambil breast pump tu. Tapi by 4pm dah kena pulangkan sebab kakak tu nak pakai. Tak kisahlah, ini pun dah cukup bagus sangat. Kurangla tekanan. Last night, 2jam lebih dalam toilet untuk perah susu keluar secara manual (a bit paksa jugakla sebab dah tersumbat) but nothing much happened. But this morning, dah kurang sikit sebab dapat pump. Thanks banyak2 Kak Mas sebab baik hati bagi pinjam. Padahal kita tak pernah kenal pun kan. Apatah lagi berjumpa. Hanya Allah yang mampu balas jasa akak.

Pagi-pagi lagi kami keluar ke sanjo-dori untuk ke street market. Jumpa Prof dan wawa di sana. Kawan-kawan shopping boleh tahan, tapi disebabkan nak bajet duit takut2 kena beli breastpump baru, so tak berani nak shopping banyak sangat. Tapi sempatlah belikan beberapa barang untuk suami dan adik2. Disebabkan Daddy Aaron akan datang ke sini minggu depan, so malas nak shopping lebih2 dulu. Simpan dulu. Hehe...(Aaron, Ummi dah belikan something untuk Aaron kat Universal Studio semalam. You must gonna likey)

Shopping sambil posing. Peace!

Tengahari, kami dah mula lapar. Me and huda berhenti kat tengah2 capulo sanjo, duduk dekat bangku dan keluarkan bekal masing2. Roti sapu nutella choclate, air kotak dan biskut. OK la buat alas perut. Nak dijadikan cerita, I ada minta tolong one Mat Salleh untuk ambilkan gambar kami. Lepas tolong tu, sempatlah borak2 sikit. Dia bercuti dengan wife rupanya. Tapi dah dapat borak lama sebab dorang nak pi makan. Suddenly, tak sampai 5 minit, Mat salleh tu keluar semula and ajak kami makan sama. Pehhhh.... Kami tak pernah kenal pun! and mereka insist untuk ajak kami makan bersama. Kami pun OK je la. Bukan apa, peluang nak berkenalan dengan lebih ramai manusia...

Rupa-rupanya mereka suami isteri adalah doktor. sorang physiologist, yang wife pulak bahagian orthodontic. Memang menarik. Dalam masa yang terlalu singkat, kami dapat berbual pelbagai perkara. Dapat bertukar2 fikiran dan buat lawak sekali. Dr. John dan wifenya Dr. Julie sangat sporting dan lawak....Habis makan, mereka bayar dan kami berpisah. Just like that. Walaupun perkara ni cuma berlaku sekejap saje, tapi pengalaman ni sangat berharga. Betapa open minded dan baik hati mereka. I think they just cant see us having our lunch like that so they offered to pay for our lunch.

Dr. John & his wife, Dr. Julie

Petang, I browsed thru banyak kedai and carik breast pump. Setelah puas berjalan berbatu-batu (tak tipu, memang jalan tak henti dari pagi sampai petang), akhirnya Alhamdulillah dapat jumpa satu breast pump jenama Medela. Harga Y 9,700. Husband cakap, jangan berkira pasal duit. Sekarang ni yang penting keselamatan dan kesihatan I. So I pun beli. Masa nak beli tu, banyak benda nak tanya ye la sebab memang dah ada breast pump sebelum ni, so kalau boleh alang2 nak kena beli lagi satu ni, biarlah yang jenis lain sikit. Yang upgraded sket ke...Tapi disebabkan mungkin di Jepun ni pump susu tak famous sebab tu susah carik breast pump. Tanya2 orang majority tak tau. so even penjual tu pun tak tau. Disebabkan I sorang nak beli breast pump, 4 pekerja sekali gus melayan I. termasuklah manager. And mereka ambil masa lebih kurang 1 jam just to answer my few questions. Yang jadi lama tu sebab mereka tak tahu apa2 pun pasal breast pump.

Tapi yang I respect pasal orang2 Jepun ni, sebab their willing to help. Dari hari pertama jejak kaki kat sini lagi dah nampak attitude mereka yang positif tu. Kalau tak tahu, sanggup tanya orang2 sekeliling supaya boleh jugak beri jawapan yang kepada soalan kita. Disebabkan masalah komunikasi, so memang payah la mereka nak explain apa2. Tapi mereka sporting betul untuk mencuba menjawab. Mereka sangat baik! Macam kes malam semalam, hujan2 dan tak tahu macam mana nak pergi tempat yang kami nak stay, main selamber tahan teksi. Pakcik teksi tu pulak tak tahu nak carik alamat yang kami nak tuju. Terpaksa call kawan yang memang dok sini, and minta tolong kawan tu cakap ngan pakcik teksi tu untuk tunjuk jalan. Dahla pakcik tu berusaha nak bagi kami sampai destinasi kami, dah sampai tu pulak, dia siap tunggu sampai kawan kami datang jemput. Maybe nak confirm samada betul ke tak tempat tu. Apa pun, kami sangat terharu! Kat Malaysia ada ke macam ni? hehehe
Dalam paper bag biru tu la breast pump baru. huhuhu

Malam, me and huda jalan lebih kurang 2-3 jam untuk ke sebuah temple (tetiba tak ingat nama) yang telah dinobatkan sebagai salah satu daripada world heritage japan. So memang cantik sangat tempat tu and even kepenatan dan kesejukan, tapi kami memang enjoy habis!

Sampai rumah lebih kurang pukul 11 mlm (10 malam waktu malaysia).


Pelajaran penting yang paling memberi kesan kepada I adalah;

Betapa mulianya manusia yang hendak menolong orang lain, apatah lagi orang yang tak pernah dikenali. Harap this will be a turning point for myself untuk lebih menjadi sensible dan murah hati =)

Photobucket

2 comments:

  1. owh..dah settle urusan tu..alhamdulillah..
    hehe..lambat la pulak tau, sbb bc post sebelum dulu..

    bestnye experience hg..
    btw, korang pg berapa org?
    conference nye kt mane?

    ReplyDelete
  2. seronok bace pengalaman ko.. oh anuar pun nak gi sana? ko duk sana berapa lama gie?

    ReplyDelete

Peace Be Upon You (",)

Peace Be Upon You (",)

Tribute to all mothers in the world!