Tuesday, November 23, 2010

9 Month old babe


Makan spinach supaya kuat macam poppye!


Alhamdulillah Aaron Houdd dah 9 bulan.... Pejam celik pejam celik dah 9 bulan dah anak Ummi yang seorang ini....

So, apa yang nak di share bersama ekk? Haaaa.... Hair development? Hehehe.... rasanye tak banyak improve pun. Kata orang tue2, time pregnant jangan makan pedas banyak2, nanti anak yang lahir tu, rambut halus-halus and sikit-sikit je. Entahlah, tapi memang masa pregnant Aaron dulu, kuat makan pedas....

Tapi ramai orang kata dia comey dgn rambut gitu. Ala-ala rambut Ipin gitu (Upin & Ipin). Takpelah, ada rambut ke, takde rambut ke, Aaron tetap hero di hati Ummi and Daddy.

Gigi? Haaa... Dah sebatang, senget sikit. Mula tumbuh kat surface pada 2 November 2010. Sekarang ni gigi sebelah pulak nak tumbuh.


Nampak tak gigi saye?

Aaron Houdd dah semakin mengenali orang sekeliling. Dia dah pandai memilih orang. Anak Ummi sorang ni memang mannnjaaaaa sangat dengan Ummi Daddy dia. Tapi dia tak takut orang. Dia suke berkawan. Peramah jugak Aaron Houdd ni. Tak kira awek ke, Abang ke, semua dia suke.

Aaron dah pandai kenal barang dia. Last weekend time kat kenduri kawen cousin, Aaron bergadoh dengan sorang budak perempuan sebab budak tu kacau maknan dan sudu Aaron. Hehehe...

Separation anxiety? Aaron mengalaminye! Pening kepala bila fikir macamner nak tinggalkan dia 2 minggu nanti. Selama ni paling lama pun tak jumpa Ummi dia setakat 2 hari je. Itu pun Ummi dok call2. Ni nanti Ummi dia dah jauh, macam mana agaknye anak Ummi ni? -Entah-entah Ummi yang benrendam air mata, Aaron rilex je. Hehe...

Nak cerita ke bab merangkak? Hehe. Aaron dari 2 bulan lepas dah pandai angkat badan nak buat gaya crawling. Tapi sampai la ni tak crawl pun. Bila nak bergerak, dia turunkan badan balik and creep. Tapi memang dia creep lajuuuuu... Kalah kereta baru daddy yang Ummi beli time besdey.

Tapi badan dah semakin kuat. Duduk pun dah tak bongkok lagi. Dah boleh duduk sendiri (Daripada posisi berbaring) tapi punyalah payah nak tengok dia duduk sendiri. Sekali sekala je dia tunjuk aksi tuh...Alahai...

Apapun, anak Ummi dah kurus sikit! Ramai sangat orang tegur Aaron dah kurus. Dah lasak agaknye ('_')

Nak tahu apa yang buat Ummi Aaron paling tak boleh lupe? Haaaa... Senyuman Aaron yang manis tuuu... Tak percaya? Meh tengok ni;


Photobucket

1 comment:

  1. ya ampuuunnn...
    Aarooonn..senyuman sgt menggoda tau!!
    haha..

    comel.comel.
    perkembangan yg mberansangkan.
    good boy!

    ReplyDelete

Peace Be Upon You (",)

Peace Be Upon You (",)

Tribute to all mothers in the world!