Friday, December 24, 2010

10 MO baby dinosaur!

22/12/10 = Aaron Houdd's 10 MO.

Pejam celik pejam celik baby dinosaur Ummi dah 10 bulan dah! meaning, dah 10 bulan kita hidup bersama!

Is Aaron Houdd still a baby? Herm... Anak Ummi ni gems gems. (gemuk,gembeng, gembira & gem & gem yang lain2) Kalau tengok saiz badan, rasa mcam dah tak baby sangat dah haaaa... Rindu pulak rasanya dengan Aaron Houdd yang baby, yang montel dan tak tau buat pape kecuali nangis, tido, susu...

Tapi kalau tengok perangai dia... Herm! confirm baby. Sebab tu dia dapat gelaran baby dinosaur! Hehehe (Habis, Ummi ni Ummi dinosaur la ek?)

Kalau tengok baby2 kawan2 yang lebih kurang sebaya Aaron, dorang dah tak macam baby sangat dah. Muka macam dah besar sikit. Rambut dah kasar sikit (dah beberapa kali potong/cukur maybe), dah lasak merangkak ke hulu ke hilir, and maybe dah boleh makan sendiri, makan nasi lembik lagi...

Tapi Aaron Houdd Ummi ni, rambut masih halus2 lagi, macam tu jugak laaa...muka pun masih macam baby. Keje nak ngemping je (nak bergayot kat nenen ummi dia je), merangkak pun tak lagi, kalau nak bergerak dia buat aksi combat. Agak pelik jugakla creeping formation dia...

Tang manja tu takyah citer laaaa... Memang manja yang amat.... Kalau time dia buat salah, contoh dia gigit Ummi dia, nanti bila Ummi dia buat macam marah, mula lah dia buat muka gediks2 dia tu, senuym2 senget2 nak bodek Ummi dia yang tengah marah.... Haih, mana belajar ni Aaron?

Ni la senyuman Aaron kalau tengah nak bodek Ummi dia...

And kalau solat berjemaah, time orang Amin kuat, nanti ada la dia sambut 'Ngaaaaah haaaaa'. Every rakaat of prayer yang ada baca al-fatihah kuat and Amin, dia akan respon. Mula2 dengar tu nak tergelak gak time tengah solat tu... Hehehe...

Tapi, even tough Aaron tak pandai crawl lagi, sekarang anak Ummi ni dah start panjat2. Dia akan berdiri tepi2 sofa or kerusi, coffe table, or tv cabinet dan sbgnya, and dia akan melangkah sedikit demi sedikit... Benda ni dia baru belajar buat last week tapi by this week dah agak laju jugakla... Lola dia cakap, Aaron ni tak merangkak ni, terus jalan lah ni, macam Ummi dia.... Hehehe... Sesetengah orang cakap tak baik kalau baby skip certain steps dalam milestone dia. Ada orang cakap nanti besar buat keje tak pernah habis, ngaji pun tak khatam2.... Tipu je tu. Sebab each baby is individual... Mereka ada cara sendiri untuk membesar... In fact, budak macam ni lagi pandai sebab dia ada strategi yang bagus untuk capai matlamat akhir (berjalan) dengan lebih cepat.... Oopps, too soon to predict Ummi, sebab Aaron ni ikut mood dia. Suka hati dia je nak buat apa...Sebab by right memang dia dah boleh crawl dah. Sebab kadang2 nampak dia crawl sikit2 tapi dia yang tanak....

Aaron Houdd pandai turun katil/sofa ikut cara yang betul. Ini Ummi memang tak pernah ajar tapi dia buat sendiri. Alhamdulillah Aaron tak pernah jatuh katil so far. Sebab dia ni kalau dah bangun tidur,and orang takde, mula lah dia akan bising. Bila tengok, Aaron dah kat penjuru katil. Tapi dia takkan pernah jatuh kan diri ke bawah. Pandai gak budak ni. Dia tunggu je la kat tepi katil tu...Tapi lain pulak ceritanya kalau orang ada. Bila dia tau orang pegang kaki dia and watch him out, dia akan ikut suka hati je melulu. Tapi tak sangka last 3 days dia pandai turun katil/sofa sendiri (kaki dulu)...

Lagi, anak Ummi dah pandai tunjuk kat objek. Cuma lambat sikit la dia tunjuk.... And kalau kita tunjuk kat dia, dia akan pandang ke tempat/objek yang kita tunjuk. Cth, bila cakap "Aaron, look over there, beautiful bird" nanti dia akan pandang kat tempat yang kita tunjuk tuuu...

Aaron's fav:
1. Ummi! Yay, Aaron memang pantang nampak Ummi dia! cayannggggg Aaron!
2.Laptop! hah, memang pantang nampak laptop. Macam tau guna aje
3. Camera... Boleh tahan budak ni.... pandai pulak dia posing depan camera
4. Menguis - nguis objek kecil yang ada kat lantai... Especially kertas! Haih, waktu2 ni memang kena particular betul.... Kalau tak, habes semua masuk mulut Aaron. Agaknye sedap kot rasa kertas... Hehe
5. haiwan. esp cat! kalau dah boleh berjalan besok, habisla kucing2 sekalian menjadi mangsa Aaron Houdd... Dia suke tengok National Geographic, especially episode yang ada prey & predator! Perghhh..
6. Tengok tv, Sesame Street.... Especially lagu ABC
7. Theme songs kat tv. Cth lagu tv3, ntv7 and lagu2 iklan
8. Iklan yang ada budak2... Bersorak riang dia tengok macamlah boleh communicate ngan budak2 kat tv tu
9. Susu Ummi! Hah, yang ni dia tak kisah ada susu ke takde, dia nak jugak!

Aaron Houd Ummi, Baby dinosaur Ummi!


Photobucket

1 comment:

  1. bile nk dpt jumpe aaron...kerinduan sgt nih..huhu

    ReplyDelete

Peace Be Upon You (",)

Peace Be Upon You (",)

Tribute to all mothers in the world!