Sunday, April 22, 2012

Zaman memang sudah berubah.

Baru-baru ni I secara tak sengajanya terbaca satu forum tentang marriage life ni. Banyak info yg I dapat and belajar daripada forum tersebut. Disebabkan forum tu bersifat umum, jadi topik2 perbincangannya juga agak general - daripada isu pra perkahwinan (persiapan wedding etc), pengantin baru, family in general, baby dan lain-lain....
Dalam banyak2 topik, I berkanan dengan topik family planning. I perasan tajuk tu menjadi hangat bila ada dua pendapat tentang perlunya merancang keluarga ni. Ada yang bersetuju, ada jugak yang tidak. Kedua2nya mempunyai hujah2 yang baik. Dan mungkin juga apa sahaja pendapat yang kita pegang tu ada sangkut pautnya juga dengan latar belakang kita.

Secara kesimpulannya I lihat mana2 pihak yang bersetuju perlunya family planning ni majoritynya adalah dari kalangan mereka2 yang sudah berumah tangga, and kebanyakannya ibu muda. Mungkin lah kerana faktor2 seperti kekangan masa, keperluan mengurus rumah tangga dan lain2, di mana kebanyakan ibu2 muda zaman sekarang memang mempunyai banyak tanggungjawab samada di rumah ataupun di luar rumah.

Pada pendapat peribadi I, samada merancang ataupun tidak, semuanya terserah kepada pasangan itu sendiri. Cuma yang penting, bak kata Dr. Harlina, SETIAP ANAK MESTILAH DIKEHENDAKI.

Mari kita lihat istilah 'merancang keluarga' dan 'persiapan sebelum mempunyai anak' sebagai suatu yang positif.

Merancang keluarga BUKAN bermaksud kita perlu menyekat kehamilan untuk sekian-sekian lama, atau mengehadkan jumlah anak. Ia mungkin lebih baik jika difahami sebagai mempersiapkan diri dan persekitaran demi kelahiran SETIAP cahaya mata. Itu boleh jadi jika kita belum betul2 bersedia dari sisi2 tertentu, kita boleh 'menangguhkan' kehamilan mengikut cara2 yg telah disyorkan oleh doktor.

Tetapi ia juga boleh jadi sebaliknya, di mana jika kita sudah bersedia, maka kita perlu mempersiapkan diri dan persekitaran agar dapat menjaga diri dan kandungan dengan baik. Itu termasuklah mengambil asid folik sejak sebelum kehamilan, dan mula menjaga kesihatan diri secara serius, seiring dengan doa dan tawakal kepada Allah yang memberi rezeki. Ini juga termasuk para suami kerana benih yang baik datangnya dari suami itu sendiri. Jadi sekiranya anda sudah merancang untuk memiliki anak, suami itu dahulu yang perlu memastikan dirinya sihat dan benih yang bakal disumbangkan kepada isteri adalah yang terbaik!

Biasa terdengar (juga di dalam forum tersebut) hujah paling kukuh untuk tidak berapa menyukai family planning adalah kerana setiap anak adalah rezeki dari Allah. Maka jika kita merancang kehamilan, maka kita menolak rezeki Allah. Siapa kita untuk menolak rezeki Allah?

Satu lagi hujah adalah mengapa pasangan zaman sekarang terlalu suka dengan family planning sedangkan para ibu2 pada zaman dahulu mampu melahirkan dan mengasuh anak yang ramai tanpa gagal? Apatah lagi jika zaman dahulu, ramai di kalangan para ibu tidak bekerja dan si ayah hanya petani, nelayan atau peniaga kecil-kecilan yang bergaji rendah. Mampu juga membesarkan anak sehingga dewasa?

Kedua2 hujah I setuju 100%. Benar, anak adalah rezeki Allah. Anak juga adalah amanah dan tanggungjawab kepada ibu bapa. Jadi, biarlah kita menyediakan yang terbaik buat anak kita mengikut kemampuan, dan mendidik mereka dengan baik. Rezeki yang datangnya dari Allah perlulah disyukuri dan dipelihara. Kerana rezeki adalah nikmat. Tetapi jika rezeki itu tidak dilihat sebagai nikmat, sebaliknya menjadi bebanan, maka adakah kita bersyukur dengan rezeki tersebut?

Sejak di universiti I bergiat aktif di dalam NGO. Banyak isu remaja bermasalah lahir daripada keluarga yang tidak sakinah. Secara logiknya, mungkin tiada ibu bapa yang sanggup mengaku merasa terbeban dengan bilangan anak yang ramai dan kesempitan hidup di tambah dengan masalah suami isteri yang tidak pernah berkesudahan. Tapi I juga mendengar luahan pelajar2 yang sering diherdik, dipukul oleh ibu/bapa dengan kata-kata kesat sambil menyatakan bahawa mereka hanyalah menyusahkan keluarga sahaja. Pernah juga I terdengar ibu bapa yang setiap kali mempunyai masalah akan melepaskan kemarahannya kepada anak2 dan merungut2 di hadapan anak2, sehinggakan si anak tidak ubah seperti bebanan mereka semata-mata. Agak menyedihkan apabila keadaan ibu bapa yang suka marah anak2 di khalayak ramai sambil menunjal kepala dan mencarut di hadapan anak2, walaupun si anak baru berumur sekitar 5 ke 7 tahun. Dan ayat yang saya sudah beberapa kali dengar selain 'bodoh' adalah 'menyusahkan aku saja'. Astaghfirullah...

Mungkin ini adalah masalah sikap. Tiada kaitan dengan perlunya merancang keluarga. Tapi kes-kes yang komplikated mempunyai banyak faktor. Jika kita berharta, mempunyai banyak kemudahan, mungkin anak seramai 5-7 orang tidaklah menjadi masalah. Tetapi bagaimana dengan yang tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan sebagainya? Jadi isu di sini bukanlah semata-mata berapa jumlah anak dan jaraknya tetapi perancangan tersebut bergantung kepada setiap keluarga mengikut kapasiti dan kemampuan masing2. Dan kemampuan itu, hanya kita yang mampu mengukurnya. Ia termasuklah dari segi ketahanan mental, kewangan, masa dan sikap.

Zaman memang telah banyak berubah. Jika dahulu para ibu tidak bekerja dan hanya menguruskan hal rumah tangga, kini para ibu majoritynya terdiri daripada para graduan university dan ramai juga yang berkerjaya. Jangan hanya melihat faktor kewangan sebagai penyebab perlunya perancangan keluarga. Benar, anak itu rezeki. Kita tidak perlu bergaji besar untuk mempunyai anak! Sebaliknya ia bergantung kepada bagaimana kita menguruskan kewangan dan pandai menyelenggara kewangan apabila berlakunya pertambahan ahli keluarga.

Tetapi ada banyak faktor lain yang perlu dipertimbangkan. Zaman sekarang, jika bergaji tinggi sekalipun, kita akan dikenakan income tax. Menaiki kenderaan perlu membayar tol dan mengisi minyak. Mahu makan pun bukan seperti zaman dahulu yang jika tiada apa-apa boleh lihat sekeliling rumah dan petik-petik sahaja ulam yang ada. Rata-rata kos nursery atau pembantu rumah sahaja boleh memeningkan kepala. Itu belum lagi kos pendidikan, rumah sakit dan sebagainya.

Bagi ibu bapa yang bekerja, cubalah kira berapa banyak masa yang kita luangkan di jalan raya, pejabat dan lain2 jika ingin dibandingkan dengan masa yang ada di rumah. Itu belum lagi bagi pasangan yang jarak jauh. Bagi I isu masa amat penting. Lebih2 lagi I sendiri dibesarkan di tangan ramai pengasuh dan amat sukar bertemu dengan ibu bapa sendiri kerana masing2 sibuk bekerja. Suami pula dari baby telah dijaga oleh neneknya. Semasa remaja, teman baik dan penyimpan rahsia2 I bukanlah ibu atau ayah, tetapi adalah rakan-rakan.

Faktor-faktor begini yang sebenarnya menyumbang kepada masalah stress dan menyebabkan kesediaan kita untuk memiliki sebuah keluarga yang besar kadangkala terganggu. Jangankan soal anak, suami isteri juga boleh bergaduh kerana isu-isu kewangan, tugas, tanggungjawab, sikap dan lain-lain lagi, walaupun masih belum mempunyai anak.

Lagipun, zaman sekarang majority kita sudahpun terdedah kepada ilmu-ilmu merancang keluarga, tidak seperti zaman dahulu. Lagipun, tidak semua kita mahu anak-anak kita membesar sebagaimana susahnya kita dibesarkan dahulu, kerana kita tidak mahu anak2 kita merasai kesusahan dan keperitan yang pernah kita alami. Jadi adalah agak kurang adil jika kita ingin menyamakan zaman dahulu dan sekarang sedangkan ternyata sudah berubah.

Itu belum lagi jika dilihat faktor anak2 itu sendiri. Dulu, anak2 sangat menghormati ibu bapa. Jika ibu menjegil mata saja kita sudah tahu kita melakukan kesalahan dan cepat2 membetulkan diri. Kalau nakal lagi pasti akan kena rotan. Sekarang, jika kita jegil mata silap2 anak akan tanya "Kenapa mak, pandang2 macam tu?". Kalau anak remaja sikit, kena tegur sikit silap haribulan tak tegur kita seminggu. Bayangkan kalau memiliki keluarga yang tidak dirancang?

Kemahuan dan keperluan anak juga sudah berubah. Dulu kita seronok bermain tarik upih, galah panjang, atau baling selipar. Sekarang, nak beli mainan baby pun harganya boleh mencecah puluhan ringgit. Itu belum lagi yang mahukan handphone. Internet sudah menjadi kemestian. Kalau kita mahu terlalu menyekat anak, nanti psikologinya pula akan terjejas. Manakan tidak, di sekolah kawan2 yang lain semua bercerita tentang apa yang dia tiada. Janganlah katakan anak, ibu bapa zaman sekarang pun dah sibuk berfacebook dan lain2 kan? :)

Jadi sebagai kesimpulan, merancang keluarga ni perlulah dilihat dari sisi positif. Jika nak memulakan bisnes online pun kita punyai bermacam2 strategi, takkan ingin menjaga amanah Allah yang satu ini kita boleh bersikap sambil lewa? Dan perlulah difahami bahawa merancang keluarga bukanlah semestinya kita mengehadkan anak kepada jumlah yang sedikit. Kita masih boleh memiliki 4-6 orang anak, asalkan biarlah setiap satunya DIKEHENDAKI.

Wallahua'lam...

* Teringat kisah seorang kakak di lab yang sudah mempunyai 5 orang anak, setiap satu jaraknya dekat2. Selepas kelahiran anak ke 5 doktor suruh si kakak ni melakukan IUD atau ikat terus. Paling tidak buatlah implan. Agak marah juga doktor tersebut. Tapi kakak ni rileks je dan cakap, "taknak lah sebab saya nak anak lagi". Walaupun anaknya rapat2, tapi setiap satunya memang dikehendaki :)
Photobucket

5 comments:

  1. setuju sgt psl merancang kehamilan ni. skrg byk faktor2 yg perlu difikirkan. Rasanya mmg kalau anak2 itu dikehendaki, anak2 pun akan terasa disayangi dan ibubapa pun tak merasa bebanan membersarkan anak2.

    ReplyDelete
  2. Hehe.. Cool article. Aku sangat bersetuju ngan family planning~~

    Tu gambar adik Aaron ke?? :D

    ReplyDelete
  3. Hai Puan Badjie,

    Lama x mengomen kat sini, huhu
    bg saya, penting juga untuk planning, tapi tak semestinya kita menghadkan jumlah anak.
    Memandangkan sy dah beranak dua kan, ape yang sy rasa perlu sgt2 selain dr memberi kasih sayang ialah 'perhatian' yes its true.itu yg sy rs sekarang. 'Perhatian' dalam erti kata yg sebenar bukan tengok2 kan supaya jangan bagi jatuh or cedera, @ jangan main suka2 hati,tapi lebih dari itu..betul tak(ni kena citer lebih ni..)


    *kesimpulannya: kita as parent perlu senantiasa improvekan diri dalam mendidik sebab zaman dah berubah;)

    *eh, gambar baby tu kan, wafa pun duk ingat itu gambar adik Aaron;) If gee dapat hero lagi ok gak, extra safety utk Uminya memandangkan Main Heronya keje jauh.. if gegirl ok gak, kene shopping lagi sekali, merasa la sepasang mcm sy;)..Setakat ni rs dua2 anak sy sm aktif, adik tengok abangnya loncat, dia pun nak loncat gak;P

    ReplyDelete
  4. Wafa: wafa komen gitu rasa tak sabar dah nk shoping brang baby... hehe. tp biasalah, masih terlalu awal utk shopping...hehe...

    betol Wafa. nak anak 7 org pn takpe. asalkn semuanya dikehendaki :)

    ReplyDelete

Peace Be Upon You (",)

Peace Be Upon You (",)

Tribute to all mothers in the world!