Wednesday, March 7, 2012

Tempat seorang isteri: Di sisi suaminya

Seorang isteri solehah, 
akan sentiasa bersama dengan suaminya tatkala susah ataupun senang,
akan berada di sisi suaminya ketika diperlukan ataupun tidak,
akan menjaga kehormatan dirinya dan maruah suaminya,
akan menguruskan keluarga dan mendidik zuriat mereka dengan sedaya upaya,

Bagi seorang isteri,
bahagianya adalah ketika bersama suaminya
kerana kesempurnaan dirinya adalah apabila bersama suaminya...


*********

Last moment before en.hubby ke departure hall
Like I said earlier, I don't like long distant relationship. Tapi inilah ujian yang perlu kami tempuhi. Lain rasanya ketika bersama suami, dan ketika tidak bersama suami.

Walaupun I bukanlah seorang isteri yang hebat menguruskan rumah tangga, dan kalau nak dikira-kira, I  memang takde skills 'wanita melayu terakhir' yang selalu diidam2kan bakal mak mertua ketika memilih menantu: I tak terer memasak masakan melayu, pemalas baking cake/kuih muih, tak reti menjahit, hampeh menggubah bunga etc, pendek kata, just name it lah. Memang corot!

Tapi my hubby tak pernah melihat semua itu sebagai satu kekurangan yang menghalang I untuk menjadi isterinya. Malah semua tu tak penting bagi en.hubby. Mungkin en.hubby ada penilaian nya yang tersendiri. Dan baginya I tetap isteri yang best sungguhpun corot dalam bab2 di atas. Alhamdulillah, en.hubby menerima kelemahan dan kelebihan I sebagai seorang isterinya dengan hati yg redha.

Dan bila en.hubby tiada di sisi, terasa seolah2 diri jadi separuh. Terasa seperti kurang sesuatu di dalam hidup. Tak tipu! Sungguhpun I tidak menangis ketika mengiringi en.hubby ke airport, tapi perasaan rindu tu terus menerpa sebaik dia hilang dari pandangan... Sungguhpun I mampu meneruskan hidup dan tugas harian seperti biasa, tapi jiwa tetap rasa sepi.

Itulah penangan hebat percintaan di dalam perkahwinan. Biarlah sering usik-mengusik, tapi usikan itulah yang menambah kerinduan. Biarpun kadangkala bermasam muka, tapi itulah asam garam rumah tangga yang kita ingin lalui bersama. 

Aaron Houdd adalah peneman jiwa, penguat semangat especially di kala berhadapan dengan masalah kerja yang sering mengecewakan. Lagipun, en.hubby bukanlah pergi untuk bersuka ria. Pergi untuk meneruskan jihadnya melawan riba' dan dalam masa yang sama mencari rezeki demi menyara kami sekeluarga. Jadi, hati ini perlulah sentiasa kuat. Supaya semua urusan di sini tidak terganggu, dan suami di sana juga boleh fokus dengan kerjanya... 

Walaupun jiwa rasa sepi, namun pengalaman ini mampu mendidik jiwa kami supaya lebih kuat dan menghargai pasangan. Berjauhan, namun I tidak sesekali mengganggu waktu kerja suami dengan sms-sms dan phone call yang tidak penting. Rindu yang menebal perlu dididik supaya emosi menjadi lebih matang. 

Cumanya kesedihan yang I selalu rasa adalah bagi pihak si anak. Aaron Houdd masih terlalu kecil untuk faham. Sesekali dia akan bertanyakan Daddynya especially bila melihat kereta daddynya. Tapi Alhamdulillah, dia tak pernah menangis mencari daddynya, tidak demam-demam dan meragam tiba-tiba. 

Agak sedih juga bila mana masa I pregnantkan Aaron Houdd, Daddy sentiasa di sini, menemani Ummi dan Aaron Houdd sejak di awal kehamilan lagi. Semua kerja-kerja rumah yang sukar Daddy akan tolong uruskan. Sakit pening dan mabuk, juga mood swing especially waktu nak makan (sebab tak lalu makan) Daddy sentiasa sabar melayan. 

Tapi untuk adik Aaron ni, nampaknya Ummi kenalah kuat untuk menanggung sakit, mabuk dan pening sendirian. Ummi perlu kuat untuk menjaga diri sendiri, Aaron Houdd dan jugak baby. Ummi jugak perlu kuat untuk cepat2 menghabiskan sisa kerja supaya boleh fokus pada writing dan bolehlah kita sekeluarga berkumpul semula, ikut Daddy ke Oman sana. 


approx. 8 weeks. kena cek balik sbb last check up baby too small, so tak sure EDD :)

To Daddy Aaron,
We miss you so much! Don't worry about us sebab Alhamdulillah, ahli keluarga sering membantu. Tak terasa sukar kerja harian sebab tak pernah lepas dari bantuan family. Mama and Ibu lah yang selalu tolong Onni jaga Aaron Houdd. Cuma Daddy yang kena Take care sebab Daddy sorang2 kat tempat orang! (!_!)

P/S: Tak makan udang kat kedai dah la lepasni sebab Daddy dh takde nak kopekkan kulit udang! hehe

Photobucket

5 comments:

  1. Alhamdulillah.. congratulations G! Tak tau pon ko dah pregnant lagi! I'm so happy to hear! Rasa macam aku nak pregant sekali lagi mcm ko jer! hahahaa.

    Wey SMS nombor ko kat aku utk aku ganggu2 ko dengan SMS-SMS aku.

    hehe lastly, take care G. jumpa kat kenduri Iman, Insya Allah.

    To daddy aaron, selamat bertugas hehe.

    ReplyDelete
  2. Jie,

    Congrats! Aaron bakal jadi abang long yer....

    Tak apa Jie, rindu-rinduan itu mematangkan diri kita.....

    Take care ya...

    ReplyDelete
  3. This entry...

    Make me smile for the good news...

    Make me cry for the rest..

    May Allah be our strength..Congratulation xiet, be strong...and hanging there yeah ummi!~

    ReplyDelete
  4. tahniah kak jie..
    nk dpt bby lagi..
    :))

    ReplyDelete
  5. ces! boley pulak akak congrats kat k-fiq g buat2 lakonan muke xpaham pulak XD instinct akak kuat la ;p

    insya allah, you can overcome this period too! you have your family to back you up!

    p/s: akak ade bende nak tanye pendapat g. aaa~ otak akak dah jammed and xmampu nak fikir further. ade mase sesuai nanti akak pm fb g ye, insya allah ^_^

    ReplyDelete

Peace Be Upon You (",)

Peace Be Upon You (",)

Tribute to all mothers in the world!