Tuesday, January 31, 2012

23 Month old Aaron Houdd


All myVi are Lola's car,
All NazaRia are Tok Dy's car
All black W11 are Daddy's car

He knows 1-10, but confuse between 6 and 9.
He knows shapes but only yed and yeyyow for colors. Yed, is his all time fav color :))

And every morning when he wakes up, standing still with both hands at his back, I can see how big he is right now, how tall and how charming he is... And every time I see that, I keep reminding myself that he's not a baby anymore....

He's not a baby anymore..... :)



Photobucket

Tuesday, January 24, 2012

The status of a muslim woman

When she is a DAUGHTER, she opens a door of Jannah for her father,
When she is a WIFE, she completes half of the Deen of her husband,
When she is a MOTHER, Jannah lies under her feet

"If only everyone knew the status of Muslim Women in Islam, even the men would want to be women" - Sheykh Akram Nadawi

- Credit to Daughter of Ibadallah via her FB status
Photobucket

Tuesday, January 17, 2012

New beginning and Parenting tips by Nouman Ali Khan

I know I'm gonna miss Dubai life (I miss the winter breeze, the comfy place we were staying, etc) But honestly, I don't really adore Dubai life as a whole. If I were given the choice to live in one of the countries that I'd visited, I'll choose Japan, EVEN THOUGH it's not an Islamic country. The only problem is the language barrier. hehe... (I should've post review entries about those countries that I'd visited in my other blog but my bad I couldn't make it. InshaAllah one day)

And now, I'm still catching up our new life here. I have to say new because this 2012 is the year full of new big plans and deadlines! :( Daddy Aaron will be leaving very soon and I've to get prepared.

Anyway, today is the first day Aaron Houdd stays with Onni. Till 11.34am this morning, he's refused to bathe. And I've called them 3 times in 5 hours just to check on him. So far, Alhamdulillah he's doing fine. Buli mama, Ibu and Ucu la tu.

Oh, lupe nak habaq, Aaron Houdd was suffered wif fever 2 hours before we arrived Malaysia. Ramai cakap tu sebab taknak balik ke apa tu. Hehe. And now, Alhamdulillah he's getting better- no fever, just coughing. But he has problem with night sleep, maybe still adapting himself with the new environment. (Yo yo je. Macamla lama sangat tinggalkan rumah ni. huhu)

Oh, actually I want to post this one parenting video by Nouman Ali Khan. I fell in love with his speech the first time I heard him. And this one video, is superb! he gives you info, facts, and also humor, all in one!

Let's enjoy!



As I watch this video, I instantly remember one conversation between my hubby and I, where he shared with me one surprising fact; Some muslim men (from some islamic countries) totally think that raising kids is mom's job. They don't even bother to know anything about their kids. Their excuse is because they have to work hard everyday to provide good living for the family. So the mother has to stay at home, take care of everything else the father doesn't do. They even say that in marriage, love only exists in the early years of marriage. After 2-3 years, especially when you already have kids, you don't really have to love your wife. As long as you are being responsible, you are doing your part already. They said that it's a wife's responsibility to love and care about you, to respect you no matter what. But it's not your responsibility to return the love. You are a man, you are superior than the woman!

And my hubby said it's normal for them (they make it as a culture) to spend their hours in the office, and spend more time with friends past the working hours. It's more like they are actually running away from their role as a father/husband..

And I was pissed off and directly ask my hubby, how many kids they normally have?
My hubby said, average is more than one. Some even have 4-5 kids.
U see? they know how to 'make' kids but apparently so ignorant to raise them.... Huh


* If only they know that in the Quran, Allah has mentioned more about fatherhood (relationship between the father and the children) than the relationship between the mothers and the children. 

Na'uzubillah. Moga kita menjadi ibu bapa yang cemerlang. Ameen :)

Oh by the way, there is one great point Bro Nouman has emphasized on; it's about patience. By giving the story of Prophet Ya'aqub and his children as an example, he has pointed out a very good fact on what we parents always forgot, or having it very least in our parenting skill... Indeed, great patience is always necessary in parenthood :)

Photobucket

Thursday, January 5, 2012

Dilema ibu muda # 2

Najihah Azzahra & Aaron Houdd
Bergelar seorang ummi, Alhamdulillah banyak perkara I dah pelajari, samada dari pengalaman sendiri, mahupun dari sahabat2 lain yang se-title. Kalau di UM, bila para ibu2 berkumpul, mulalah macam2 cerita keluar tentang gelagat anak masing2. Lucu2 semuanya. Tak kurang jugak cerita tentang kekangan2 yang dilalui, yang sama2 boleh ambil iktibar dan sama2 saling nasihat menasihati... Alhamdulillah.

Teringat seorang kakak phD yang dah 5 orang anak (termasuk yang sedang dalam kandungan). I banyak bertanya tentang pengalaman dan macam mana dia handle situasi di rumah. Yelah, dengan anak, study, kerja, suami, etc... Katanya, mau jadi tarzan jugak kalau kat rumah tu. Maklumlah, anak membesar sama2, umur pun lebih kurang aje. Masing2 dengan keletah masing2... Akhirnya si ibu la yang menjadi tarzan. Haha. Agaknya bila Aaron Houdd ada adik nanti pun, I akan jadi tarzan jugak la kan. Hehe... 

Sebelum I pos entry ni, I ada bertanya kepada sahabat2 lain yg juga seorang ibu, tentang pengalaman mereka as young moms. Alhamdulillah, masing2 ada pengalaman tersendiri and kalau dikumpul2, semuanya bagi I refresh ilmu2 and skill parenting.

Daripada semua perkongsian yang I dapat, kesimpulan yang I boleh conclude adalah:-
1) Time management. All of the moms tekankan aspek ni. Kena ada plan and preparation so that kita tak la gelabah di saat2 akhir

2)Husband! - anak pun anak sama2, so nak menguruskan anak dan rumah tangga haruslah ada usaha sama dari kedua2 belah pihak. Alhamdulillah, bagi mereka yang dapat husband yang cukup understanding, not very demanding, and even helpful, anda patut bersyukur sebab tak ramai lelaki di luar sana yang berperangai baik begini. As of me, even my hubby selalu busy, tak banyak masa bersama kami, tapi my hubby cukup understanding. Alhamdulillah, I coudn't ask for more. And kepada suami2 di luar sana, sila lah share tanggungjawab mengurus anak dan rumah tangga dgn isteri. Isteri anda bukan orang gaji OK.

And kepada isteri2, jangan rasa segan untuk meminta tolong. Kalau kita minta tolong doesn't mean kita loser. And sometimes kalau suami bersama2 merasa kekangan yang kita rasa, barulah suami memahami situasi kita.

3) Body fitness- Badan kena sihat, supaya kita beroleh tenaga nak mengurus segalanya. Makan kena jaga, and sila exercise (I la pemalas ya amat nak exercise.hehe)

4) Mental/spiritual strength - Semuanya perlu bermula dengan keikhlasan dan keredhaan. You know, like when we redha and ikhlas buat apa yang kita buat, kita tak rasa benda tu seperti satu beban, in fact, kita rasa happy sebab dapat contribute kepada orang2 yang kita sayang.

How to gain kekuatan spiritual, kenalah banyakkan zikrullah, amalkan doa2, and rajinkan diri mendengar kuliah2 agama/parenting. inshaAllah, kita akan jumpa kekuatan.

* Sometimes kalau I penat atau mengada2 malas, I akan cakap ngn my hubby taknak buat something sebab kalau buat nanti tak ikhlas nanti tak dapat apa selain penat. Silap2 dapat dosa... Haha, terukkan excuse I. Tp my hubby tu ada je idea nak jawab. Nanti dia akan jawab "Kalau time2 macam ni awak kuatkan hati n gagahkan diri utk buat jugak, inshaAllah ganjaran nya berganda2. Takkan taknak?" I end up buat muka la apa lagi... Tapi biasanya memang dia akan tak bagi I buat sebab dia tahu I betul2 takde keinginan nak buat pd waktu tu. Hehe.

5) One of my friend Madihah, she shared one info yang orang lain tak sentuh lagi, which is kalau kena hantar anak pergi nursery, make sure kita kena pilih yang terbaik, so that tak banyak maslah timbul along the way, and hati pun tak rasa susah sentiasa, so dapatlah fokus time buat kerja. Biarlah susah macam mana pun, leceh macam mana pun nak memilih, asalkan hasilnya memuaskan.

Other than that, some of the stories membuatkan I muhasabah myself as a mom and as a person.

Like one of my friend Ummi, she's currently residing in Mesir. Melahirkan anak n berpantang juga di sana. Takde family, yang ada cuma suami dan sahabat2 lain. Sama2 masih menuntut. Cabarannya mesti hebat. Dengan kelas, exams, anak, program2 lain. So si isteri dan suami sama2 bergilir2 menjaga anak, juga membahagikan tanggungjawab dengan adil. Tapi Alhamdulillah, sekarang si kecik tu dah 2-3 tahun pun. Tinggal Ummi nya nak bagi adik je tu :D Sekarang pun katanya anaknya dah mula memahami si abi dan umminya sama2 masih pegang buku, sama seperti si anak. She must've doing great all the while. I hope to meet them one day.

One of my friend since matriculation (Shye), seorang career woman. Sometimes ada jugak kami ber YM and bertukar2 info tentang parenting, breastfeeding and child's education. Baby Ameerah pun dah besar dah sekarang dah pandai membebel2. And one precious thing yang she shared with me is that we can't do everything on our own. So jangan segan untuk minta tolong especially from suami. Also, it's good to share apa yang kita rasa kepada gang2 ibu yang lain. Selain daripada dapat release perasaan, untung2 dapat idea2 bernas :P

Baby Ameerah and her wonderful parents. 
My SIL pulak, dia ni kawen awal (Actually tak la awal mana. Sama je usia I kawen. 23). Walaupun dia adalah suri rumah sepenuh masa, tapi maybe cabaran dia is, belum pun  setahun kawen, anak dah lahir. Maksudnya kawen and terus pregnant. So she has to adapt nak jadi isteri and ibu almost the same time. And dalam family my in laws, mereka bukanlah biasa dengan surrounding yang ada anak kecik ni. Aaron Houdd was the only baby. Selama Aaron lahir pun mereka tak berkesempatan nak betul2 belajar tentang pengurusan baby. So my sister in law ni kira fresh jugak la kena belajar everything on her own. So, having a very understanding husband helps her a lot in many ways. And as many other moms, she read a lot too. So Alhamdulillah, sekarang ni baby Najihah Azzahra pun dah masuk 3 bulan, and I can't wait to see my little niece!

Another story yang a bit different is from my ex-collage mate, Hassanah, who at first, was being tested with her sick baby. Her baby had to stay in the hospital for quite long jugak la, hampir sebulan kalau tak silap. Some days, the baby's condition was critical. Baby masuk NICU. And she was so sad she couldn't breastfeed her baby macam yang orang lain buat. Tapi I love her positive aura. Of course kita tau dia mesti amat tertekan, sedih and macam2 lagi perasaan. Tapi most of her FB status were all encouraging- giving herself some kinda hope. Alhamdulillah, sekarang baby dah sihat walafiat. And she said, she see hikmah di sebalik semua dugaan ni. Ye la, disebabkan dia pun c-sect jugak, so even dia tak dapat nak direct bfeed anak, tapi dia dapat more rehat and heal herself even better. Kalau orang lain dengan sakit2 nak kena dukung anak, bangun malam2 buta susukan anak, dia tak perlu buat semua tu. And bila time baby Ihsan dah sembuh, Alhamdulillah waktu tu dia dah sembuh sepenuhnya daripada sakit bersalin. Stok susu pun dah bertimbun2.. See, she really has that positive attitude.

So, itulah contoh2 cerita2 first time moms yang mana each one has different situation, and mungkin cerita dan situasi kita ada tersangkut kat salah satu cerita di atas. But the basic is still the same. Everyone encounter stages of problems, both in marriage and parenthood, but as long as we keep our niat straight, stay focus and most importantly, REDHA dan IKHLAS, inshaAllah semuanya akan OK.

Before I end this entry, I want to share satu link yang sahabat baik I (wafa) bagi kat I as to share to us, the moms, sebagai satu muhasabah yang baik supaya kita lebih tabah dan bersemangat melaksanakan tanggungjawab kita as a wife, mom, daughter, and a human being.

p/s: Walaupun ada 1-2 points yang I kurang setuju, tapi overall it is a good reminder for us all.



Photobucket

Monday, January 2, 2012

Dilema ibu muda # 1

Houdd's first sandals
As a first time mom, I used to feel very out of control, rasa macam tak boleh nak manage kehidupan dgn baik, especially during critical time i.e baby meragam, tak sihat, etc.. Still sometimes, masih rasa macamtu. Tapi Alhamdulillah, selama almost 2 years ni, sikit2 I belajar. Lama2, hidup dah tak rasa susah sangat… Kalau susah pun still tak gelabah macam dulu.

And sedar tak sedar, selama I berada di perantauan ni, dalam masa yang singkat, sendirian dan banyak perkara perlu diselesaikan, diam tak diam sempat juga I habis baca 2 buah buku, hantar 1 chapter of my thesis, update my blogs and keep up with friends, update blog2 and video2 my xifu, educate Aaron Houdd, and do the daily chores (cooking, laundry, cleaning, etc)… Alhamdulillah, walaupun banyak hiccups along the way, tapi akhirnya I berjaya achieve most of my target (sepatutnya kena habiskan 1 lagi buah buku kalini by Tony Parsons pulak, and hantar 2 chapters of my thesis)

And looking back the prev years, Alhamdulillah I dah berjaya melalui fasa2 sukar sbg seorang new mom yg maybe sebelum ni I tak sangka I boleh hadapi. Tapi sampai sekarang pun, masih banyak lagi yg I perlu belajar dan improve.

Hakikatnya I bukan org yg hebat. Kadang2 kalau time tingtong tu, cermin mata pun boleh tertinggal. Lepastu monolog sorang2 kenapa kabur je, jerebu je pemandangan…. Kadang2 dah sampai lab, baru terperasan dalam beg ada barang2 Aaron. Pernah jugak tertinggal breast pump masa fasa mengepam dulu. Tak ke sepanjang hari stress dan sakit? 

Kalau kat Malaysia, rutin harian kalau datang lab, kalau keluar dari UM pukul 5.30pm pun, maghrib baru dapat jumpa Aaron. Tu kalau balik awal lah. Kalau naik 1 kereta tu, standard je dekat tengah malam baru sampai rumah. Selalunya Tok Daddy akan call tak payah ambil Aaron lah sebab dah malam sangat. Tu belum kira kalau kena datang UM weekends untuk setlekan kerja. Kalau I tak ke lab pun, maybe my hubby pulak dengan kerja2 dia. Kadang2 kitorang bawak je Aaron sekali. So masa kat Malaysia, weekdays I memang jarang masak, kecuali utk Aaron.  My hubby yang keluarkan titah macamtu. Dah nak masak apa kalau sampai rumah pun dekat pukul 10-11pm? And kadang2 kitorang ngelat makan kat rumah Tok Daddy dulu before gerak balik :D

Tu belum kira keadaan rumah. Kadang2 tu rumah bersepah sampai rasa menyampah nak balik. Rasa macam nak pindah rumah terus. Baju kadang2 mau sebakul dua berlonggok tak berlipat. Sampai almari lengang je. Kalau time2 mcmni, janganla ada barang hilang, memang tak jumpa kalau nak carik. Bukan sengaja nak bertangguh kerja (tipu. Memang sengaja). Tapi kalau time sampai rumah tu nak solat Isyak pun rasa dah tak larat, jangan lah cakap nak lipat baju ye tak :P

Bila dah bergelar ibu, semua sedia maklum yang time management kena sangat power! Kalau tak, memang kelam kabut la awak nak siapkan semua. Boleh jadi haru biru rumah tangga! Ada sesetengah perkara yang boleh kita tangguh, tapi ada sesetengah perkara tu kalau kita bertangguh, boleh membawa padah. Bila dah jadi ibu, otak kena fikir dengan cepat. Paling penting, kena pandai fikir priority. Strategi pun kena power jugak supaya kita boleh jimat banyak masa untuk sesuatu perkara, dan boleh buat lebih banyak kerja dalam satu masa.

Here are some strategies yang I buat untuk memudahkan kerja and jimat masa.
1.       Kalau memasak, prepare stok mana yg boleh. Supaya bila nak masak tu terus capai2 je. Kalau dalam pantang dulu sometimes I akan masak 2-3 jenis hidangan, and satu2 hidangan utk 2-3 portion, and letak dlm freezer. Bila nak makan I just thaw je and heat up the food. So utk hari tu jimat masa utk memasak. Boleh buat kerja lain. Sebenarnya I bukan jenis yang boleh makan lauk yg sama utk lunch and dinner, apatah lagi utk 2 consecutive days. So samada I akan have a simpler lunch/dinner, or selang2 hidangan tu.

2.       Bab chores, I memang lembap skit bab mengemas ni. Paling benci nak sidai baju. Dahla I ni rendah, ampaian tu tinggi. Benci! And the reason I sengaja tangguh lipat baju is sebab I tak boleh tahan hari2 lipat baju. My strategi is weekend paksa my hubby vacuum 1 rumah, kalau tak I merajuk! Haha. Bab mengemas ni I memang kurang strategi la, tu pasal rumah sepah. Yela, kemas2, nanti time Aaron main, sepah balik (Aaron jugak yg jadi mangsa.hikhik)

3.       Bab kerja, memang I akan study dulu benda apa I nak buat esok hari, supaya I tak amek masa lama untuk siapkannya. Takla dah sampai lab baru nak baca, baru nak paham. Kalau ada benda I tak tau, I akan tanya siap2 kawan I, minta tlg dorg tunjuk ajar sume, thn baru I prepare everything and buat kerja. A few of my labmates memang dah maklum dah yang I jenis yang buat beberapa labworks dalam masa yg sama (ehem, multitasking la konon). Alhamdulillah so far lab tak pernah terbakar, cuma bila I balik rumah memang rasa nak pengsan!

4.       Reading time is masa breastfeed Aaron ke, before tidur, gap in between work, masa tunggu train klu naik public transport-bila waktu senggang. Tapi Alhamdulillah masa tu memang ada je kalau kita pandai carik. Macamtu jugakla time berfacebook and berinternet… Cuma time writing thesis agak sukar nak ber multitasking dgn Aaron sebab focus dia kena lain sikit. So biasanya time tak boleh tidur, time Aaron tgh mandi/main. Tengokla, time bila yang rasa sesuai. Huhu…

5.       I tergolong dalam kalangan orang2 yang boleh menaip dengan laju tanpa melihat keyboard. Cuma my language skill problem banyak. Haha. So tak guna jugak ek kalau terer menaip tp tak tau apa nak type. Haha. But seriously, soft skills ni memang bnyk memberi kemudahan n mempercepatkan kerja. Bab writing blog ni, I jarang draft. Biasanya I tulis2, syok sendiri, lepas tu publish. Tu yang bila dah publish baru perasan banyak grammer error. Haha. Tp kadang2 mmg klu either tgh menggatal nak menulis banyak, or tgh tulis2 tiba2 Aaron minta perhatian, I akan draft my entry… Ada masa baru publish. Still, I tak ambil masa lama sgt utk update blog sebab biasanya apa yg I nk tulis tu dah drafted dalam otak (kadang dah basi pun). I masukkan update my blogs as one of my responsibility sbb I dah ada blog, so I kena jugak la isi. It’s a commitment… part org baca or x tu belakang kira.

6.       Any voluntary work, kalau within UM area biasanya I akan buat time lunch, atau after opis hour. Luar dari area UM, biasanya weekends lah…  but I prefer buat weekdays supaya weekend I boleh spend more time with family. Otherwise, apa lagi bawak je la Aaron.

However, I korbankan banyak masa utk diri sendiri sebenarnya. Dan inilah sebenarnya dilemma yang dialami oleh para ibu2 sekalian alam: masa utk diri sendiri. I makan, mandi dan memasak sangat cepat and ringkas. Nak sikat rambut pun kadang2 tak teringat. So nak berlosyen2 badan dan muka apatah lagi lah kan. I tidur average 4-5 jam sehari.  Dan itupun bukanlah tidur yang berkualiti. Aaron akan terjaga atleast 2x utk bangun breastfeed. Macam sekarang ni kat Dubai, nama aje housewife tapi tak de makna nak nap time nya. Memangla sejak anak dara lagi I ada sleeping problem. Ala2 minor insomnia la gitu. Tp problemnya sekarang, kalau Aaron tidur awal, atau Daddy Aaron tolong jaga Aaron and suruh I rest and tidur pun, mata dok terkebil2 tak tau nak tidur. Banyak sangat benda I fikir. Entah apa2. Really stressful tau. Ditambah dengan continuous severe backpain yg I alami, sampai my hubby pun takes it seriously and ingat nak refer to doctor.  

Sometimes, I demand time utk diri sendiri, sibuk tak puas hati ngan hasben sebab everyday I jadi orang pertama yang bangun and orang terakhir yang tidur… Tapi bila fikir2 balik, takla teruk sangat pun. Maybe time utk diri sendiri dalam kamus seorang ibu bukanlah ertinya boleh pergi spa hari2, tengok wayang, lepak2 dgn kawan. U know, benda yang sometimes kita rindu nak buat. Tp time utk diri sendiri dalam erti kata seorg ibu tu ialah bila mana kita happy and ikhlas buat apa yg kita buat setiap hari, especially bila melihat gelagat anak/suami yg lucu. And bila suami ajak jalan, even hanya 2-3 jam seminggu, itulah masa terbaik yg kita boleh dilayan seperti seorang permaisuri. Bila anak takde, reti pulak nak rasa rindu…

Apart from that, it’s teamwork between us as a life partner. I may be considered as the lousiest wife in the world sebab jarang masak untuk hubby, kadang2 breakfast hubby pulak yang tolong buatkan air milo untuk I and bakarkan roti. Baju pun sometimes dia tolong basuh n sidai. Tu belum cerita kalau I stress bernanah la telinga hubby untuk dengar luahan emosi terlampau I. Tapi my hubby memang cool je. I rasa, semua wife kat dunia ni akan rasa dirinya dihargai sekiranya suami sentiasa di sisi dan memahami tanggungjawab yang kita pikul sebagai seorang isteri, ibu dan whatever label yang kita pegang.

And last but not least, I am so thankful to have such a very understanding families, from both sides. Especially my family, diaorang tak pernah berkira nak tolong I tengokkan Aaron Houdd. Sometimes lagi diorang suruh tinggal je Aaron kat situ kalau we have a tight schedule. My sisters, even they are still school age, tapi dah biasa cebokkan poo-poo Aaron, mandikan and tidurkan Aaron. That’s why Aaron tak menyombong dengan diorang. Not just hanya nak main dengan Aaron time si kecik tu comel and bersih je, tapi my sisters tak kisah pun time Aaron comot. I guess that’s how the genuine bond appears.

Houdd (10mths old) & Lola... comot no anak Ummi! :)
Before I end my entry, ada satu lagi perkara yang tak kurang pentingnya selain dari pengurusan masa- kekuatan emosi. Pergh! Yang ni I rasa memang super important la. Kena sentiasa hebat di dalam mengendalikan emosi terutamanya bila dalam keadaan genting (contoh: anak meragam, kerja banyak, perut lapar, penat, dan suami takde – dalam masa yg sama) Terutamanya bagi ibu2 yang bekerjaya, atau yg suami selalu takde, atau yang ada anak kecik2 berderet. Tapi selagi kita cool, banyakkan zikrullah, inshaAllah everything will be fine. And I believe setiap dari kita punyai pengalaman berbeza2 and approach tersendiri in adapting ourselves in this parenting world. That’s why a mother is the strongest person in the world J InshaAllah, kalau kita ikhlas, banyak ganjaran yang Allah janjikan (Termasuklah bila si anak menyayangi kita melebihi segala yang lain).

Untuk meringankan hati dan mententeramkan jiwa agar kita ikhlas melakukan segala tanggungjawab yang diamanhkan oleh Allah, jom kita baca hadith di bawah:-

Kemuliaan seorang ibu:-
Seorang sahabat bernama Jahimah R.A datang menemui Rasulullah S.A.W, meminta pandangan baginda untuk ikut serta di dalam sebuah ekspidisi jihad.

Rasulullah bertanya: "Adakah kamu masih mempunyai ibu?"
Jahimah menjawab: "Ya"
Sabda Rasulullah: " Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya" - Hasan Sahih: Dikeluarkan oleh an-Nasai dah dinilai hasan sahih oleh Al-Albani dalam Sahih Sunan an-Nasa'i. Hadith no: 3104 (Kitab al-Jihad, bab kelonggaran daripada berperang bagi orang yang memiliki ibu)

Kemuliaan seorang wanita solehah terhadap syurga Allah:-
Rasulullah bersabda: "Jika seorang wanita itu mengerjakan solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya dan taat kepada suaminya maka akan dikatakan kepadanya masuklah ke dalam syuga dari pintu mana sahaja yang engkau suka"- H. R Ahmad & Tabrani. 

Rasulullah bersabda lagi di dalam hadith yang lain: "Sebaik-baik wanita adalah yang menyenangkan (suami)-nya jika ia melihatnya, mentaati (suami)-nya jika ia memerintahnya dan ia tidak menyelisihi (suami)-nya dalam hal yang dibenci suami pada dirinya dan harta suaminya.’” (HR. Ahmad, al Hakim, an Nasa’i dan ath Thobrani dan di Shohihkan oleh al Albani).


 * inshaAllah, next entry pasal dilemma adalah sharing from the other fabulous moms.
Photobucket

Peace Be Upon You (",)

Peace Be Upon You (",)

Tribute to all mothers in the world!