Sunday, July 15, 2012

07.07.07-07.07.12: Our Marrriage journey...(d real journey)

Masa zaman anak dara dulu, kadang2 ada jugak berangan nak kawen sebab nak jadi isteri solehah and nak masuk syurga melalui tiket isteri solehah. Ada banyak hadith2 sahih menceritakan tentang kelebihan mjadi isteri solehah, yang paling femes is "isteri yg solehah boleh masuk syurga melalui pintu2 mana yg disukainya" (translation ringkas of the hadeeth)...

Hakikatnya, ia bukanlah semudah yang dibayangkan. Untuk menjadi seorang isteri yang solehah, cabaran nya bukan calang2. Bila sudah bergelar isteri, barulah diri ini memahami kenapa begitu besarnya ganjaran yang Allah sediakan buat seorang isteri solehah "Kerana ianya satu tugas dan cabaran yang amat berat"...

Biasalah manusia, iman tinggi rendah ye tak. Kadang2 kalau tak kena timing, sikit salah saja darah pun menggelegak sampai kepala. Tambah lagi hidup sbg suami isteri, pasti ada pasang surutnya, baik gadohnya, manis pahitnya....

Syukur Alhamdulillah, selama 5 tahun perkahwinan ni, belum pernah sekalipun kita berperang sehingga ketahuan orang luar. Usik mengusik yang menjengkelkan tu perkara biasalah kalau dapat suami yang annoying. Tahan ajelah ye tak. Hihi... Dan doa saya sbg seorang isteri pastilah ingin melalui kehidupan berumah tangga yang harmoni sehingga akhir hayat...

Berkahwin di usia muda, antara cabaran yang biasa dilalui adalah masalah kewangan dan pengurusan emosi. Kedua2 ini boleh menjadi punca pergadohan sekiranya tidak ditangani dgn baik. Patutlah orang tua2 selalu berpesan, suami isteri perlu banyak bertoleransi....

Tak sampai 8 bulan usia pernikahan kita, Allah telah menguji kita dengan 1 ujian yang tak tertanggung beratnya. Hati sama2 merasai kepedihan dan keperitannya. Terlalu berat ujian tersebut sehingga benar2 menguji keutuhan cinta dan kesabaran kita. Peristiwa itu memberi kesan di hati sehingga kini, dan mungkin sampai bila2. Namun sy amat bersyukur mempunyai suami yang penyabar seperti awak, yang banyak mengajar sy erti perkongsian hidup, terutamanya di dalam berkongsi rasa. Alhamdulillah, setelah 5 tahun berdoa dan berharap, akhirnya Allah kabulkan juga doa kita. InshaAllah tiada perkara seperti itu akan berlaku lagi selepas ini... Jika ada sekalipun, kita tetap akan laluinya bersama...

Kemanisan sesebuah rumahtangga sering terbina di atas landasan kepayahan hidup bersama, dengan syarat kita sama2 redha dan tabah. Kita pernah melalui banyak kepayahan bersama. Wang scholar pernah berjasa membayar bil2 elektrik dan talipon, pernah dihulur kepada family, dan membayar monthly installment satu2nya kenderaan kita pada waktu itu... Alhamdulillah, sy pernah merasai itu semua. Siapa tahu, seorang isteri yang belum berkerja pun masih boleh menyumbang kepada financial keluarga.... 

Dan takkan pernah saya lupa sampai bila2 betapa berjasanya ferrari merah kesayangan awak, kepada kita sekeluarga. Kereta itulah yang membawa kita setiap hari utk mencari rezeki dan menuntut ilmu, kereta itulah yang membawa saya yg sarat mengandung ingin bersalinkan Aaron Houdd, dan kereta itulah yang membawa ibu (my MIL) berbelanja hampir setiap bulan sekali. Yes, walaupun ketika hujan bumbungnya bocor sehingga banjir di dalam and awak terpaksa melipat seluar sehingga ke tulang keting, dan ketika panas teriknya meresap sampai ke kulit, walaupun kereta itu kecil sahaja dan buruk pula, walaupun kereta itu seringkali uzur di bawa ke bengkel. 3 tahun perkahwinan kita menggunakan kereta itu sahaja, dan Alhamdulillah, mungkin kerana awak yang mendidik hati sy, tidak sekalipun sy merungut dan merasa malu dgn menaiki kereta itu. Sebaliknya, paling sy suka adalah kerana kereta itu kecil, jadi setiap kali kita naik bersama tiada masalah langsung untuk berpegangan tangan dan bersentuhan bahu. Itulah kenikmatan terbesar menaiki kereta yang dilihat kecil dan buruk itu... Sehinggalah kita mampu untuk memiliki sebuah kereta lain, namun kita takkan pernah melupai jasa kereta itu, walaupun bg sesetengah org mungkin tidak selesa apabila memandu atau menaiki kereta tu...

Mengandung, melahirkan, menyusukan dan membesarkan anak, bukanlah satu proses yang mudah. Seorang isteri akan menjadi kuat bila suaminya sentiasa di sisi memberi sokongan dan membantu sedaya mampu. Pregnant pertama, tak pernah sekalipun sy check up seorang diri. Ketika bersalin, hampir semua perkara awak lakukan untuk kami anak beranak. Teringat ketika tempoh seminggu bersalin, luka czer masih terlalu menyengat, nak menukar posisi menyusukan anak pun susah, apatah lagi untuk membersihkan diri di bilik air. Awaklah yang datang, membasuh kotoran saya, yang mana seumur hidup saya tak pernah seorang pun melihatnya, apatah lagi menguruskannya. Masih teringat air mata laju berderaian dek kerana emosi yang bercampur baur. Malu, terharu, syukur, dan macam2 lagi... Jasa itu terlalu besar untuk saya balas.

Awak bukanlah jenis suami yang berkira. Tidak pernah berat tulang untuk membantu. Tidak pernah high demand itu ini. Sebaliknya sentiasa memudahkan tugas isteri. Sejak sebelum menikah, sy tahu awak seorang yang sangat aktif. Bila bekerjaya menjadi seorang yang workaholic. Agak menakjubkan bila awak boleh pulang sebelum matahari terbenam. Menjadi perkara biasa bila saya terpaksa menunggu sehingga lewat malam atau awal pagi. Outstation pula seperti rutin kerja yang biasa. Semua itu sy terima dengan baik. Alhamdulillah tidak pernah pula kita bertegang urat kerana ini, kecualilah sesekali sy ada mengingatkan awak, supaya tidak terlalu sibuk bekerja sehingga tidak perasan anak membesar. Namun, sungguh pun sibuk, awak masih tetap ada ketika sy memerlukan. Sentiasa memberi sokongan dan dorongan ketika diri ini lemah. Walaupun sibuk, awak tetap meluangkan masa bersama kami, bercuti, berjalan, atau bermalas2an di rumah :)

Namun bila kita diuji dengan PJJ, lain benar rasanya. Berat benar terasa ujian ini. Sungguh, mungkin kesibukan awak dan kebiasaan saya menerima situasi berjauhan dengan suami adalah latihan yang Allah berikan, namun tetap payah rasanya bila awak tiada di sini. Hanya mereka2 yang melalui sahaja akan memahami... Tapi Alhamdulillah, belum pernah lagi semangat ini rebah ke bumi, sy tetap masih teguh berdiri bersama zuriat2 kita. Setiap hari sy berdoa agar diberi kekuatan dan kesabaran sementara kita berjauhan. 

Saya berharap, perkahwinan kita berkekalan hingga ke syurga. Saya harap kita boleh tua bersama, melihat anak2 membesar bersama2, dan melalui hidup juga bersama2.....

Maafkan saya yang selalu melawan kata, merajuk tak tentu hala, atau merapu bila berbicara. 
Doakan sy menjadi isteri, ibu dan anak yang solehah.
Semoga kita tabah melalui hidup bersama :)
Terima kasih atas segalanya



Photobucket

4 comments:

  1. Hi Aaron,
    Lame aunty x tengok Aaron;)~Ummu Aaron pon sama

    ReplyDelete
  2. Hehehe.. Merajuk tak tentu hala, melawan kata, aku pun buat semua ni.. wakakaka...

    Nama pun manusia biasa... kalau darah tak pernah menggelegak tu, malaikat namanya. :)

    Tahniah n happy anniversary to u both!

    P/s; Lama tak borak ngan ko g.

    p/s : I think i know what was that 8 months after ur marriage thingy. Kehkehkeh. Anyway, past is past. Let bygones, be bygones.

    ReplyDelete
  3. hmm sedih....
    sangat menjiwai coretan ni somehow...

    Keep on sharing sis..really appreciate this..

    ReplyDelete
  4. Shye: Haah. aku pn rasa ko tau. aku rs ko lah antr sahabat aku yg tau psl hal ni dr mula2 kita habis matrx dulu... tp Alhamdulillah. semuanya dah berakhir. :)

    Ummu Amir Hamzah: Thanks for reading sis. Biasalah kalau namanya isteri, lebih kurang je pengalaman kita. hehe

    ReplyDelete

Peace Be Upon You (",)

Peace Be Upon You (",)

Tribute to all mothers in the world!