Saturday, July 7, 2012

07.07.07 - 07.07.12 : Our marriage journey (pre-marriage)

Entry ni mungkin bagi sesetengah orang dirasakan tidak perlu, atau entry menggedik yang hanya sepatutnya menjadi rahsia suami/isteri dan anak2 sahaja...

Apa yg bakal dicoretkan di sini tiada satu pun kisah dalam kain, juga tiada kisah melampau yang perlu ditutup. InshaAllah.... Sekadar perkongsian, juga apa yg tercoret adalah semata2 untuk dikenang dikemudian hari, mungkin satu hari nanti bila kami membuka semula blog ini, membacanya bersama dan mungkin akan tersenyum atau menangis bersama :)

Our first anniversary, 07.07.08.... Eh, awak nampak muda lah dlm gambar ni, tapi Jie nampak sama je dulu dengan sekarang :)
********

Mohamad Noranuar Bin Sajari,
Suamiku, sahabatku, Imamku, bapa kepada zuriat2 ku, kekasih hatiku...

Alhamdulillah, usia pernikahan kita memasuki usianya yang ke 5. Terasa cepat benar masa berlalu. Terasa seolah-olah baru semalam diri ini menjadi isterimu yang sah. Sungguh cepat rasanya masa berlalu. Di usia ini, kita telah diamanahkan zuriat2 yang soleh, penyejuk mata dan penyeri rumah tangga. Syukur Alhamdulillah... 

Mengimbas kenangan ketika di Uni dulu, pertama kali kita berjumpa ketika meeting program persatuan. Malam itu, semua AJK yang hadir memang tidak asing lagi bagi saya. Kecuali awak. Kebetulan awak ketua Unit san saya timbalan awak. Malam itulah detik pengenalan kita bermula. Dan tidak pernah sy sangka pengenalan kita akan menjadi seakrab hari ini :)

Mungkin inilah yang dinamakan takdir. Selepas malam itu, kita banyak bertemu di program2 yang lain. Tak teringat berapa banyak NGO luar kampus yang kita sertai bersama, TANPA DIRANCANG. Tapi yang paling banyak mendekatkan kita adalah program2 di IIS. Sungguh banyak saya belajar di situ. Satu pengalaman yang takkan pernah saya lupakan. 

Dulu, Ferari Merah kesayangan awak WFY 768 (baca:kancil merah OK) sering dilihat di mana2 di sekitar kawasan kampus. Pemandunya sering bertukar2. Kereta tersebut memberi banyak jasa kepada pergerakan islam di dalam dan luar kampus. Kereta tersebut jugalah yang banyak kami tumpang ke mana2. Teringat setiap kali ke mana2, awak sering ditemani oleh 4 orang anak gadis. Sering menjadi bahan usikan "Hai, Anuar, belum2 dah cukup kuota?" Hahaha.... Usikan itu berlarutan hatta sehingga kita sudah bertunang. Tapi tak sedikit pun hati ini terasa berkecil hati. Malah geli hati dgn gurauan2 sahabat2 tersayang...

Malam bersejarah adalah pada 5 Ramadhan 1427. Tahun 2006, tahun akhir kita di Uni. Malam ketika awak datang 'menziarah' di kolej. Malam ketika awak bertanya soalan cepu emas yang amat berani, tanpa perlu menggunakan mana2 orang tengah...
"Oh, jadi awak masih 'kosong'?"
Angguk
"Kalau macam tu, sudikah kalau saya nak mengisi kekosongan tu?"
Membuatkan saya amat malu dengan Kak Shikin yang menemani pada waktu itu. Hahaha...

Setiap orang punya kisah cinta mereka. Begitu juga dengan kita. Ujian bermula seawal perancangan untuk bernikah. Bukan sukar untuk menikah di usia muda. Pada waktu itu keinginan awak ditentang hebat oleh keluarga awak sendiri. Banyak alasan yang diberi: Terlalu muda, macam mana nak bagi anak orang makan, blah blah blah... Tapi concern terbesar mereka adalah kenapa perlu menikah muda? Kenapa tidak membalas jasa ibu dahulu? Bkerja, beri duit pada ibu, etc....

Walaupun pada waktu itu awak sudah beberapa bulan bekerja, dan saya tahu awak tidak pernah gagal membantu ibu dari segala segi, sedari dulu lagi. Namun bukan mudah untuk mengubah persepsi. Apatah lagi persepsi orang2 lama yang telah banyak 'makan garam'. Alhamdulillah, kita berjaya memiliki rumah sendiri beberapa bulan sebelum menikah. Dengan membeli rumah, diharapkan dapat meyakinkan mereka tentang keseriyusan awak dan kita untuk mencorak masa depan sendiri. Namun bukan semudah yang disangka... 

Tentangan hebat dirasakan amat menguji kesabaran dan keutuhan cinta. Lebih2 lagi bila objektif utama adalah untuk menjalin cinta yang suci selepas pernikahan. Namun bukanlah bermaksud keluarga mertua ku (keluarga awak) tidak merestui hubungan kita. Ibu sangat baik. Alhamdulillah bagaimana berbeza pendapat dan pemikiran, tidak pernah sekalipun saya dan ibu berselisih faham. Malah sehingga kini ibu sangat banyak memberi ruang kepada kita untuk mencorak rumah tangga kita sendiri.

Alhamdulillah, akhirnya doa kita dimakbulkan. Setelah banyak ikhtiar, akhirnya pernikahan kita berjaya juga dilangsungkan. Keluarga pihak saya memang dari hari pertama awak datang, soalan pertama ayah adalah sejauh mana seriusnya hubungan ini, dan ayah amat suka bila awak mahu menjadikan saya isteri awak yang sah :)

Masih ingatkah awak ketika hari pertunangan kita pada 1 Muharram 1428, awak dengan tidak malu nya berada di depan barisan pihak lelaki dan duduk di sebelah ayah dan Wak Jani, wakil sebelah awak... Awak pula yang mahu becakap pada majlis itu. Memang lah reason awak sebab hanya awak sorang saja yang tahu segala perancangan kita, tapi kalau ikut adat memang fail lah. Semua orang gelakkan awak masa tu... Eee... tak maluuuuu! :)

Majlis pernikahan amat sederhana. Memadai dengan wang simpanan awak yang setahun bekerja, dan wang simpanan saya yang baru setengah tahun bekerja. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.... Kesederhanaan itu disambut dengan doa2 yang ikhlas datangnya dari sahabat2 handai. Allah mudahkan urusan kita. Rezeki melimpah ruah. Ramai yang datang membantu tanpa diduga. Semuanya nampak dengan jelas ketika di majlis di rumah pihak perempuan. Walaupun penat, masing2 berpuas hati dan Alhamdulillah, paling penting tiada hati yang terluka. Begitulah matlamat walimatul urus: Menyatukan hati2 dan merapatkan silaturrahim, bukannya menjadi punca pergadohan hanya kerana soal2 warna tema, hantaran, dan souvenir.

Dan di malam persandingan, masih teringat pengantin lelaki yang memakaikan inai di jari2 pengantin perempuan pada pukul 3 pagi, kerana yang lain sibuk dengan tugasan masing2. Waktu yang singkat itu sempat membuahkan gelak tawa kita berdua. Mana tidaknya, bila dibasuh, ada banyak lubang2 kosong di kuku yang tak kena inai. Haiyyaaa :)

Pernahkah kalian melihat baju pengantin terkena air tumpah? Haaa... itulah yang berlaku kepada saya! Pada hari makan beradap, tidak semena2 bapa mertua saya telah tertumpahkan air bandungnya dan entah macam mana, terkena pada kain baju saya yang berwarna putih! Oh betapa tensyennya waktu itu, tapi pengantin mesti kena sentiasa senyum... Bila diimbas kembali, geli hati pula rasanya...

Dan ketika sedang menjadi raja sehari itu, saya juga dalam masa yang sama telah menjadi rujukan adik2 dan saudara mara terdekat tentang banyak perkara kerana saya dan suami lah mastermind di sebalik majlis pernikahan dan persandingan kami. Hampir kesemuanya kami uruskan sendiri. Bukan keluarga tidak membantu. Cuma memang tak menang tangan ketika itu. Akibatnya, tengah dok makan beradap, ada je yang datang bertanya itu ini, tengah sesi fotografi pun sempat juga pause sekejap menguruskan urusan2 domestik. Tapi kemeriahan suasana begitu terasa bahagianya, terutamanya matlamat kami untuk turun bertemu para tetamu yang datang mendoakan, menjadi kenyataan. Memang kami lebih gemar jika pengantin tidak hanya duduk di pelamin. Kerana para tetamu yang datang itu adalah tetamu majlis kita, maka lebih baik jika dapat bersua muka dengan seramai mungkin. 

Walaupun pengantin sendiri yang drive untuk outdoor photography session, tp itu tidak menjadi masalah langsung. Sama juga situasinya ketika menikah, awak dengan siap bersongkok bersamping menjadi driver untuk majlis pernikahan awak sendiri. Sungguh tidak ekslusif bukan? Tapi itu juga tidaklah mencacatkan hari2 bahagia kami, kerana bahagianya sesebuah pasangan bukanlah pada 1 hari persandingan/pernikahan itu, tapi pada setiap hari selepas pernikahan... 

Kesimpulan terhadap majlis pernikahan dan persandingan kita, memang amat berterabur sebenarnya! kedua2 pihak adalah anak sulung dan baru pertama kali mengadakan majlis besar begini, maka banyak perkara yang dibuat ala2 'belasah aje lah'. Di pihak awak, lagi lah sangat berterabur kerana tak ramai yang boleh membantu, adik2 kecil2 dan saudara mara pun tak ramai. Awaklah yang buat hampir semua perkara ketika majlis di Johor. Namun Alhamdulillah, semuanya telah berakhir dengan baik, cukup makanan, cukup souvenir, tetamu datang dengan doa2 mereka buat kita. Alhamdulillah...

Saya tak pernah lupa satu perkara yang awak pernah ungkapkan kepada saya ketika kita baru bernikah. Kata awak, "Saya bersyukur masuk di dalam keluarga awak, di mana saya merasakan sebuah kasih sayang yang baru, yang begitu kuat rasanya. Paling penting, saya tidak pernah menyangka punya family mertua yang amat sporting dan tidak sedikitpun menyukarkan saya untuk menikahi awak.  Tiada majlis risik, tidak perlu banyak2 cincin, tidak meletakkan syarat minima untuk hantaran dan mahar, hanya ayah cakap 'ikut kemampuan lah, tapi janganlah sampai rasa harga itu tidak releven'...Cuma ayah banyak kali berpesan, jaga awak dengan sebaik mungkin. Dan saya takkan mungkir janji saya pada ayah, juga itulah janji saya pada diri saya sendiri sejak hari pertama awak menjadi isteri saya"

Pernah suatu hari saya bertanya jenis soalan yang isteri2 suka bertanya dan suami2 tak suka mendengar :)
"Tak menyesal kahwin dengan saya? Muda2 dah jadi suami orang, pegang tanggungjawab besar. Kalau kawhin lewat sikit macam yang diorang sarankan mungkin sekarang awak lebih enjoy"

Awak menjawab:
"Tidak pernah sedetik pun dalam hari saya menjadi suami awak saya rasa kesal. Mereka mungkin beranggapan kalau berkahwin tidak boleh membalas jasa ibu. Tapi awak sendiri tengok, saya belum pernah culas. Malahan sebagai abang yang sulong, sampai sekarang saya akan membantu. Itu memang tanggungjawab saya tak kisah lah saya berstatus apa pun...

Mereka mungkin merasakan yang saya mungkin akan mengabaikan tanggungjawab saya. Saya perlu berkhidmat untuk keluarga... Hakikatnya saya juga manusia biasa yang memerlukan sokongan, motivasi dan bila diri rasa down, saya perlukan seorang teman yang boleh memujuk dan mendamaikan hati. Saya bukan robot. Dan saya tidak pernah salah membuat keputusan dengan menikahi awak, dan bernikah awal. Kerana tanggungjawab saya yang besar sebagai penanggung keluarga lah yang menyebabkan saya lebih2 memerlukan awak. Di kala orang lain susah, saya menjadi tempat meluahkan perasaan dan sebagainya... Tapi di kala saya susah, hanya awak seorang yang faham. Saya tidak perlu cakap yang saya ada masalah, tapi awak boleh tahu. Saya tidak perlu cerita dari A-Z, tapi awak tahu apa yang saya perlukan. Seumur hidup saya, tidak pernah saya rasa ada orang benar2 ambil berat terhadap saya dan mahu mengambil pusing tentang kesusahan saya, melainkan awak. So yes, saya tidak pernah menyesal, sebaliknya saya bersyukur"...............

Jika awak baca entry ni (dan entry yang selepas ini), saya harap awak boleh tersenyum sambil mengimbas hari2 kita bersama.... 5 tahun adalah fasa perkenalan dan adaptasi di dalam sesebuah rumah tangga. Banyak benda yang kita belajar, terutamanya untuk belajar menerima dan berlapang dada. Terima kasih kerana semangat dan dorongan awak selama ni, terutamanya di dalam mendidik saya menjadi isteri solehah...

Cube tengok pengapit lelaki. Syapid Sajari pengapit bidang terjun... mcm nak pergi berkelah aje baju dia. Tp family perempuan tak kisah pun... layan aje.... :)



Photobucket

No comments:

Post a Comment

Peace Be Upon You (",)

Peace Be Upon You (",)

Tribute to all mothers in the world!