Tuesday, March 22, 2011

Hospital terbaik...

Oppss.. takde alliance dgn tag pd baju Aaron tu ye ;)

Menjadi lumrah untuk kita merancang di mana untuk bersalin. Jangan kata nak bersalin, nak buat monthly check up pn ada dikalangan mom & dad to be yang sangat selektif... Semua tu semata-mata untuk memastikan ibu dan baby di dalam kandungan selamat dan proses kehamilan dan kelahiran berjalan lancar.

As for myself, I memang tergolong di kalangan mommy-to-be (and now mommy) yang suka nak bergoogling dan menyebok mencari info, even sekadar nak memilih hospital bersalin. Biasalah, first time, takde pengalaman, so banyak nak kena belajar and bertanya. So penting utk dapat doktor yg baik hati nak melayan soklan banyak2 and bolh jawab dengan baik... tak dinafikan perasaan takut pun ada jugak...Ingat lagi I pernah letak criteria taknak doktor yang garang as syarat utk memilih doktor and hospital bersalin. Ntah pape kan. Heheh...

So, apa kriteria untuk kita pilih hospital untuk bersalin ye?

1. Hospital kerajaan/swasta?
I think tak kisah sangat whether kerajaan or swasta. Bergantung kepada bajet anda dan suami, and juga keinginan masing2...Some people memang suka bersalin hosp kerajaan sebab lebih 'selamat' dan 'terjamin' sekiranya berlaku komplikasi di saat akhir. Kebanyakan orang berpendapat tak berani nak bersalin hosp swasta sebab takut kalau ada komplikasi serius di saat akhir akan kena hantar govment hosp and takut gvermnt hospt tak nak terima sbb before this all the check ups buat kat hospital/klinik swasta. Sebenarnya it's not 100% true. Zaman skarang dah boleh buat check up kat mana2 klinik kerajaan/swasta, asalkan ada kad pink (yang utk monthly check up). Logik lah tak semua orang ada masa nak tunggu lama2 kat hosp/klinik kerajaan, so they opt for private clinic je... 

Cuma utk pilih private clinic tu, make sure the doc is expert in pregnancy la. Kalau dia punya ultrasound machine macam old school sangat and penerangan dia bagi tak berapa convincing, carik la klinik lain...(But thru my friends' experiences, klu nak dapat penerangan lebih bagus mmg pegi klinik swasta. Wallahua'lam I takde pengalaman check up kat klinik kerajaan)

Just my humble advice, if you wish to deliver in a private hospital, cariklah private hospital yang establish (Have O&G specialists, apparatus yang lengkap, ada makmal & blood bank sendiri, etc). Biasanya big private hosp like SDMC, Pantai, PUSRAWI, etc. Kalau boleh don't go to private clinic untuk DELIVER sebab ini yg jadi kes kalau ada apa2 komplikasi saat akhir, they don't have the equipment to settle your problem. 

P/S 1: Memang big private hosp mahal. But you can survey and compare the price. Like myself, I did the monthly check up in a nearby clinic to my house (sebab senang). The clinic even provide 4D Scan. When my pregnancy turned 34 weeks @ bila ada masalah mcm ada glucose kat urine etc, baru I check up dengan O&G specialist yang I chose untuk jadi my doc time bersalin. So that she knows about my condition earlier, and I sempat kenal and selesakan diri dgn dia. Tak tahan la kalau jumpa dia dari 1st trimester, satu kali jumpa dah dekat 2-3 ratus. Kalau ada laboratory check up (urine, darah, etc) adalah dekat RM 3-500 bergantung kpd servis.. Pehhh... 
Saat akhir sebelum ke operation theatre... Hubby bolh teman smp sini je...

2. Dekat dengan rumah @ tempat di mana kita banyak spend masa
Some people prefer tempat yang dekat dgn opis, takut terbersalin masa kat opis... Tapi most mothers akan amik cuti bersalin lebih awal sedikit daripada due... Betul tak? And what about night time? Dibuatnya nak bersalin malam hari? So I think the best hospital should be the one yang lebih dekat dengan tempat kita reside ketika menjelang hari bersejarah tersebut...

Another issue is kalau boleh, biarlah jalan nak ke hospital tu taklah jamm sangat... Takut kalau emergency, terbersalin dalam kereta pulak. Nauzubillah...

P/S 2: Hospital bagus dan canggih sekalipun, tapi kalau jauh sangat dari rumah, maybe kena reconsider, just in case emergency?!

3. Hospital rakan bayi
Apa itu hospital rakan bayi? Hospital rakan bayi basically is hospital yang menekankan keperluan bayi secara natural. Hospital ni menekankan exclusive breastfeeding. They'll provide nurses to help you and teach you how to breastfeed your baby. They won't introduce formula feeding to your baby. Biasa dengar pengalaman kawan yang bersalin, 1st day baby dia diberi formula milk dgn alasan susu ibu tak keluar lagi... Herm... So this is definitely not a hospital rakan bayi...

Oppsss, it's not a name of a hospital. Hospital rakan bayi ni kira macam label/badge yang diberi kepada hospital2 yang menyokong exclusive b.feeding. All government hosp are hospital rakan bayi, plus some private hospitals... But don't worry if the hospital nearby your house takde label hospital rakan bayi. You can inform the doc and nurse yang you nak exclusive b.feed your baby. They'll respect your decision.


4. The doctor
Some people may not really mind about this... But I think most of us do care about this... A female doctor pleaseeee...

Kalau government hosp I tak sure, but for private, you can always choose your gynea. So pilihlah hospital yang ada gynea wanita... Kalau I, even masa check up pun I dah kisah pasal ni. And Alhamdulillah I berpeluang untuk pilih doc yang solehah, baik, tenang... Before injection, dia akn recite bismillah, dalam nasihat2 dia, tak lupa untuk ingatkan kita untuk banyak mengaji, bersalawat, makan ubat, tawakkal dsbnya... Tak lokek utk share pengalaman dia bersalin (sebab I tak bajet c-sect so I ada tny better amek ubat tahan sakit or natural je, and she answer it by using her own exprience :p)

My O&G specialist plak memang rock habes... western style...Tp she's very kind. She answer all the questions very well and even boleh cerita pengalaman2 dia as doc, and I learnt a lot from her!

P/S 3: Your gynea is diff with your baby's paed. So you'll gonna have 2-3 doctors IN your labour room 1. Your Gynea, 2. Your baby's paed, 3. Your anesthetist specialist (for a c-sect mom, normal I xsure). So kalau you berpeluang pilih female paed kira bertuah la sebab dia akn bersama2 dekat labor room... U know what i mean rite? =P

P/S 4: It's good to maintain the same doctor for every check up.

P/S 5: Whatever it is, most importantly is you are confident and comfortable with the doctor. Choose for the best doctor you can afford to have. 

5. Budget
Nak pilih hospital mana mmg ada kaitan kuat dengan bajet. Just imagine average utk bersalin hospital swasta, Normal delivery = RM 2-7K, c-sect = RM 7-15K... Itu bergantung jugak kepada room charges, nursery, ntah mcm2 lagi lah... And like I said in my prev post, nak ada anak, nak pakai duit pn banyak jugak... Kalau ada rezeki lebih sikit tak pe lah nak bersalin kat private hosp. Kot la boleh claim kat company ke apa... Tp kena buang pemikiran 'the more expensive, the better' atau senang citer kalau hospital bayar of coz la lebih bagus... Tak semestinya... Kalau takde pape masalah dan bersalin normal, you would take 1-2 days je in the hospital. Kalau bersalin kat gomen hospital pun apa salahnye. Duit yang beribu riban tu allocate kat tempat lain...

Like I said, it depends on your preferential.

So?
Best hospital = Established hosp + nearby + Good doctor + Rakan bayi + suitable with budget 

Tolong Ummi kemas ye Aaron Houdd!
Photobucket

6 comments:

  1. i dulu xde survey sgt psl hospital. mmg nak hospital kerajaan je psl xde bajet. company hubby ada cover maternity tp utk czer tak cover byk. kebetulan i pun czer, nasib baik i keje gomen so gomenlah cover.

    next baby ada gak rasa nak try private tp kt sini yg paling dekat pun hospital gomen. so far belum ada bad experience. so kalau boleh save up apa salahnye kan. ;)

    ReplyDelete
  2. great post gie!
    Teringat saat besalin dulu. Alhamdulillah, sume selamat dan menepati pilihan. InsyaAllah akan bersalin di hospital yang sama utk 2nd baby^_^

    ReplyDelete
  3. Fad: True. duit nk pkai byk kn bile dh ada anak... lagi2 czer mmg mahal. ura2 kt s.alam akn buat hosptal kerajaan. Lega la sket. Just terpikir xkn smua org s.alam bersalin kt private hosp? sbb gomen hospt jauh2 smua... botak la kpala. Hehe

    Wafa: Dah official wafa preggy for 2nd bby:p

    ReplyDelete
  4. alahai kak gie...siap bole smile b4 operation hehe..sy ms nk msuk tu, dah xnmpk muka mcmana dah. meraung tak hbis.perghh..dah sakit amat kan mase tu :(:(

    k.wafa: tahniah:):)

    ReplyDelete
  5. As'salam..umur berapa? tu 1st question. sbb nk mudah membahasakan diri selepas ini.

    ~saya dah kawen 2thn. dan masih blum berpeluang utk hamil. mmg skrg dlm rawatan dgn Gov (O&G). sebelum2 ni dpt pilih doktor perempuan. Last time masa nk buat x-ray rahim, dpt doktor lelaki. srsly tak rasa sakit spjg proses sbb saya rs sgt sedih. kecewa sbb selama ni mcm dh jaga kesucian tu, cuba pertahan (request doc) lastly, arghhh....sedih sgt.

    Apapun, entry ini sgt berguna.

    ReplyDelete
  6. salam Tini... i'm 27. tp u can just call me Xiet... i'm ok with it...xpyh kakak2 pn xpe :P

    btw, tak apa la, dlm perubatan kite bolh kate ada excuse jugk kan. bukannya u suke2 nak doc lelaki... i dulu 2 tahun kawen jgk baru dikurniakan anak. insyaAllah ur time will come. Allah knows best for us. wat masa ni u dating la dgn hubby banyak2, sbb nanti dh ada anak, time nk tdo pn kekadang ada kepala tiba2 masuk kt tgh2.hehe

    ReplyDelete

Peace Be Upon You (",)

Peace Be Upon You (",)

Tribute to all mothers in the world!