Wednesday, May 30, 2012

Daddy, Ummi & Adik Baby

Last monday, before kami check in di Concorde, kami sempat buat monthly check up. Alhamdulillah, adik baby dah 19 weeks++. EDD mengikut ultrasound adalah pada 22/10/12 (Akh Aaron lahir 22/2/10). Memang nombor 0,1,2 je eh? Hehe.... Tapi kalau mengikut doc, jika ditakdirkan I ni memang tak boleh bersalin normal, biasanya by weeks 36 to 38 doc akan induce dah. tak perlu tunggu 40 weeks. (Oh I was diagnosed with CPD via MRI scan during my previous pregnancy). 

Anyway, mengikut scan, perkembangan adik baby baik. Alhamdulillah, ukuran diameter skull, abdomen, semuanya sesuai. Fetus heart pun positive. Adik baby pun sama macam abang dia, kuat menendang termasuklah time doc tengah scan. Hehe... Cume untuk memastikan further health condition seperti cleft, formation of organs macam kidney, lung, liver, etc doc suruh buat check up dekat O&G specialist. Tak pe lah, yang tu nanti dulu. Ummi pun tengah survey lagi nak bersalin kat mana kalini. Hihi...

Kalau mengikut babycentre.com, by this week sensory development adik baby sudah semakin sensitif. Ummi sepatutnya kena banyak bercakap dan mengaji kepada adik baby supaya inshaAllah dapat membantu perkembangan minda adik baby....

Memang tak dinafikan pregnant anak pertama dengan kedua ni ada perbezaan. Seperti yang I dah ceritakan pada post2 yang sebelum ni, perbezaan tu more to simptom dan penjagaan. Tapi untuk kali ni ia lebih dari sekadar simptom. Kalau si abang dulu I dah ada nama dari dia belum di alam rahim lagi, tapi untuk yang ini, nama tu memang dah ada la dalam list, tapi masih samar2. Siapa cakap bila dah pernah pregnant, the next pregnancy akan jadi mudah. Yes in some way, tapi sebenarnya walaupun baru 2 tahun yang lalu I pregnant, tapi bila pregnant lagi banyak jugak I kena belajar or recall semula. OK la tu kan. Baru la rasa seronok. Hehe...

Kalau dengan si abang dulu setiap hari dia akan dengar suara Ummi mengaji (kecuali time Ummi mengelat.hehe), dan hampir setiap malam daddy akan mengaji untuk abang, tapi untuk adik baby, Daddy minta maaf sangat sebab daddy jauh. Daddy cume boleh mengaji dari jauh. Adik baby hanya dapat dengar suara Ummi mengaji untuk adik baby. Tapi tak apa, kita mengaji sama2, inshaAllah kita khatam lagi ye. 

Daddy jugak minta maaf pada adik baby sebab Daddy tak dapat nak hari2 bercakap dengan adik baby. Sebab daddy jauh. Tapi tiap2 malam bila daddy call Ummi adik baby ni macam tau pulak time tu lah dia nak menendang2 memberi respon :)

And Daddy jugak minta maaf pada Ummi sebab tak dapat jaga Ummi sebaik Daddy jaga Ummi pada pregnancy yang sebelumni. Kasih sayang Daddy pada adik baby tetap sama. Malah kami yakin adik baby akan menjadi anak yang kuat dan soleh, inshaAllah...

Sebabtulah, seboleh2nya Daddy akan cuba balik sebulan sekali walaupun hanya 3 hari shj, sebab Daddy taknak miss monthly check up adik baby. Itu bukanlah kehendak Ummi, tapi kehendak Daddy. Biarlah sesetengah orang ingat Ummi ni manja ke apa. Tapi sebagai suami dan daddy, Daddy dah berusaha yang terbaik mungkin untuk kita. Duit bukanlah boleh membeli kebahagiaan dan kasih sayang. Lagipun ini cuma untuk sementara sahaja. Tahun depan kita boleh berkumpul sama2 hari2 :)

Walaupun Ummi tak dapat menumpukan 100% perhatian kepada adik baby sebab kena berkongsi perhatian dengan Akh Aaron, tapi adik baby kena tahu yang in some other way adik baby lebih beruntung. Walaupun Daddy jauh dan Ummi sibuk, tapi hari2 Akh Aaron akan datang kiss adik baby and main2 dengan Adik Baby. Akh Aaron suka main 'tickle tickle baby'. Sometimes memanglah Akh Aaron akan lasak sikit, tapi adik beradik kenalah sayang menyayangi dan maaf memaafi ye :)

Adik baby juga beruntung sebab walaupun Daddy jauh, tapi masih ada ramai lagi yang selalu mengikuti perkembangan adik baby. So Ummi doakan adik baby sihat, dan lahir menjadi anak yang soleh dan mukmin yang berjaya. Amiinnn....

Akh Aaron Houdd pun sama. Kecik2 dah berjauhan dengan Daddy. Walhal time macamnilah waktu yang paling sesuai untuk Daddy mendidik anak2nya macam2 pelajaran. Aaron pun dah tak banyak 'Daddy & Son time' macam dulu. Tapi Daddy tetap sayang, sama macam dulu...

And for the first time after 3 months being in long distant relationship, malam ni Ummi terasa sebak sangat. Sebak sebab memikirkan betapa anak2 Ummi memerlukan Daddy nya, sama macam Ummi memerlukan suami di sisi. Untuk diri Ummi, Ummi rasa inshaAllah OK. Cuma untuk anak2 Ummi, terasa sebak rasanya... Begitu juga bila memikirkan Daddy yang hari2 sunyi sorang2 di sana. Tak dapat nak melihat keletah anak2 melihat wajah isteri. Mesti lagi pedih rasanya.

Teringat 5 hari yang lalu betapa bahagianya kita sekeluarga dapat berkumpul bersama. Teringat setiap pagi Daddy akan suapkan Obimin pada Ummi everytime after breakfast dan Akh Aaron akan berebut dengan Daddy nak bagi Ummi medicine. Teringat pada malam terakhir Daddy bersama kita Ummi dah mula demam teruk, jarang Ummi minta ubat kecuali dah teruk macam malam tu, entah pukul berapa pagi Daddy keluar belikan Ummi paracetamol. And terngiang2 suara Daddy mengaji untuk adik baby dan Akh Aaron yang sedang tidur. Semuanya Ummi teringat masa Ummi mengaji bersama adik baby tadi... Sebaknya rasa hati...

Teringat juga detik2 perit yang terpaksa kita lalui sepanjang ketiadaan Daddy. Masa Aaron demam panas, 2 malam berturut2 Ummi berkejar ke A&E SDMC. Masa setiap kali kereta buat hal, masa Ummi mabuk dan sakit belakang malam2, masa Aaron wean from BF sebulan yang lepas, masa Aaron mengamuk malam2. Ada banyak perkara yang kita lalui bertiga (Ummi, Akh Aaron & adik baby). Ada banyak juga yang dibantu oleh family. Alhamdulillah, semuanya kenangan buat Ummi...

Sebabtulah, sekarangni Ummi tak boleh berpisah langsung dari Aaron Houdd walaupun hanya untuk satu malam.... Dan Ummi selalu berdoa agar adik baby membesar menjadi anak yang soleh. Ummi bersyukur punya anak2 yang membahagiakan hati Ummi di samping Daddy yang jauh tetapi dekat di hati...


Photobucket

4 comments:

  1. apparently our due date utk 2nd baby ni dekat2. mine is on 19th october. I've bben into LDR with hubby also, 2 times. 2st time masa baur kahwin, tgh preggy 2bulan. 2nd time bila anak umur 2 thn ++; mmg susah dan sedih sgt. tp kena kuatkan hati..insya Allah pengorbanan tu tak kan sia2

    ReplyDelete
  2. Semoga korang boleh menghadapi segalanya ngan baik... Ini kan jalan yang telah korang pilih, jadi haruslah harunginya dengan kuat dan tabah...

    ReplyDelete
  3. Hope everything will be fine. Mmg betul each pregnancy and also delivery is different. Akk pun ingat mcm dah tahu byk benda tapi bila pregnant kali ketiga ni pun masih tak tahu nak bezakan false labor & yg betulnya. NI smlm baru keluar hospital sbb ingat dah nak bersalin. Skrg akk 37+ mg.

    ReplyDelete
  4. Thanks sisters. Biasalah sometimes hati tetap akan terusik. Tp Allhamdulillah, waktu2 keterusikan hati cume datang bertandang sekali-sekala shj.

    ReplyDelete

Peace Be Upon You (",)

Peace Be Upon You (",)

Tribute to all mothers in the world!