Selamat Hari Ibu kepada rakan2 fabulous moms sekalian alam! Moga kita semua menjadi ibu2 yang solehah di dalam mendidik anak2. Aminnnn :)
OK. harini I nak membebel pasal anak. Biasalah kan. Mak-mak ni tak lain sikit2 nak cerita pasal anak. Ye tak. OK lah tu. Daripada dok mengumpat pasal orang lain, lebih baik cerita pasal anak2 sendiri. Tapi, cerita tu biarlah berpada-pada ye tak. Anak kita pun manusia. Sungguhpun masih kecil, tapi tetap punya perasaan dan perlu dihormati maruahnya. And jangan pulak cerita sakan sampai orang lain pun dok meluat macam lah anak kita lah the best. Hehe...
OK. harini I nak membebel pasal anak. Biasalah kan. Mak-mak ni tak lain sikit2 nak cerita pasal anak. Ye tak. OK lah tu. Daripada dok mengumpat pasal orang lain, lebih baik cerita pasal anak2 sendiri. Tapi, cerita tu biarlah berpada-pada ye tak. Anak kita pun manusia. Sungguhpun masih kecil, tapi tetap punya perasaan dan perlu dihormati maruahnya. And jangan pulak cerita sakan sampai orang lain pun dok meluat macam lah anak kita lah the best. Hehe...
Kali ni, mari kita bercerita tentang karakter anak2. Semua orang tahu setiap anak memang berbeza-beza karakter dan sikapnya. Kalau ada 10 orang anak, 10 different karakter lah yang kena kita hadapi. Perbezaan karakter ni biasanya dah boleh nampak dari masa pregnant lagi. Setiap anak pembawaanya takkan sama 100%.
Macam I, masa pregnant Aaron Houdd dulu mabuk sampai rasa macam serik dah nak pregnant. I masih ingat I pernah cakap kat hubby rasa macam ni last dah pregnant. Masa tu sebab dah terjelopok dalam toilet sebab kes mabuk yang teruk. Pernah I terlelap dalam toilet jugak. Dan simptom mabuk menyerang sampai ke hujung nak bersalin. Selain mabuk, I kena sakit belakang yang kronik sampai kalau baring, nak bangun tu sampai bertongkat2 and menggagau carik dinding ke apa utk berpaut. Sakit yang amat sampai kekadang tu terjerit-jerit manja jugak la. And time ni, perut tak buncit lagi pun dah dok gosok2 sekali sekali pastu tersengih2 sendirian. Hati pun selalu berdebar2 takut campur happy sebab akan bergelar ibu. Time ni segala raw food termasuklah salad I memang tak makan. Semuanya mesti well cooked. And en.hubby memang amat-amat concern sampai I cuci toilet pun tak boleh sebab guna chemical yang kuat utk sental toilet (Padahal kat lab hari2 buat kerja guna chemical bahaya. Hehe). Perkembangan baby jgn cakap lah. Walaupun dalam buku biasanya bg weekly development, I boleh dikatakan tiap2 malam akan baca buku nak tahu development baby.
Masa pregnant yang I miscarriage last year pulak, dok nak makan tutti frutti je hari2. Rasa heaven sungguh kalau dapat. I ingat I ada cakap dekat my hubby kalau tak makan satu hari pun takpe asalkan dapat benda alah ni (tutti frutti). Masa tu memang bulan puasa pun.
Masa pregnant kali ni pulak. Mabuk tu memang kemestian lah kot. Tapi I perasan kali ni mabuknya taklah seteruk masa Aaron Houdd dulu. Alhamdulillah, hubby pun takde, selalu I doa supaya dipermudahkan urusan terutamanya dalam pregnancy. Cuma agak sedih utk baby kalini, I start mengaji betul2 utk baby pun lambat, pastu lambat juga rasa connection dengan baby. Bab makan pun I tak berapa strict sangat macam dulu tapi I perasan I prefer Nandos berbanding makanan2 lain.hehe.. Baby development so far I update dari weekly mail from baby center je (since buku pun dah dipinjam orang and masih belum dipulang2. Tp tak pe pun. Hehe) Bukan tak sayang. Cume terlalu dibusykan dengan yang depan mata yang perlukan perhatian 24 hours (siapa lagi, si budak hero tu lah) and kerja2 and study. Sekarang dah 17 weeks++ so dah mula rasa baby bergerak, baru lah I rasa lebih kuat connection dgn baby. Kesian adik baby. Tapi takpe, Ummi yakin baby akan membesar jadi strong child sebab baby and ummi sama2 menempuh cabaran dgn ketiadaan daddy. Lagipun kita ada Akh Aaron untuk jaga kita di sini :)
Development milestone dan cabaran di dalam mendidik anak2 pun tak sama antara anak2 kita dan juga anak2 orang lain. Contohnya my son, dia memang amat terkenal dengan kepetahannya di dalam bercakap. (Nak nama after prophet Haruun yang petah berdebat, dapat anak petah bercakap. Hehe). Bagi sesetengah ibu2 di luar sana kalau terbaca about my son in my blog, bila I inform anak I banyak vocab, pandai menyanyi, tapi bila tengok anak2 sendiri yang mungkin dah sama umur dengan Aaron tapi belum bercakap lagi... Janganlah bersedih. Sebab anak2 kalian punyai karakter yang berbeza. Lambat bercakap, tapi mungkin cepat di dalam bab2 lain.
Aaron Houdd memang seorang anak yang bijak, tetapi cabaran I di dalam mendidik dan membesarkan Aaron Houdd ada di tempat lain. Kalau dah bijak tu, pening juga kepala nak handle ye tak. Dan cabaran terbesar I di dalam mendidik Aaron pada masa ni adalah untuk menjadikan dia anak yang kurang manja dan pandai berkongsi. Mungkin rakan2 lain tak mengalami apa yang I alami. Atau mungkin juga ye. Mungkin you all boleh memasak dengan aman dan anak boleh main and tidur sendiri. Tapi Aaron Houdd tidak. Aaron Houdd juga adalah seorang yang picky eater tahap gaban. Memang boleh tahan menyusu sahaja sehari suntuk. Nasi memang dia tak gemar langsung. I dok fikir benda ni sampai kadang2 termasuk dalam mimpi. And disebabkan Aaron tak suka makan, agak sukar untuk kami makan di luar sebab Aaron bosan duduk di meja makan sebab dia tak join makan sekali. Biasanya kami terpaksa bergilir2 makan. Perkara ni mungkin tak dihadapi oleh you all. Anak2 kita memang berbeza-beza sifat dan karakternya.
Di dalam mendidik anak, kita sebagai parents memang kena terer ilmu psikology kanak2, selain punyai kesabaran yang tebal. Tak boleh kita pukul rata semua anak sama. Juga kurang sesuai untuk kita selalu membanding2 kan anak kita dengan adik beradiknya yang lain, atau pun dengan anak orang lain. Kalau perbandingan tu memberi kesan positif mungkin lah boleh. Tapi apa yang biasa dilakukan oleh parents adalah terlalu sering membanding2 kan anak dengan yang lain sehingga hilang nilai positifnya. Lebih baik jika kita bandingkan pencapaiannya secara berkala, sbg contoh, daripada kita bandingkan anak kita dengan anak jiran yang selalu dapat markah tinggi dalam exam, lebih baik kita bandingkan pencapaian exam anak kita yang terkini dengan yang sebelumnya. Lebih praktikal dan realistik rasanya. Jika pencapaiannya baik, kita puji. Jika tidak, kita tegur. Bukan hanya memandang yang negatif kerana secara tak langsung kita juga akan melahirkan anak2 yang berfikiran negatif dan hanya suka menilai sesuatu dari sisi yang negatif sahaja.
Perbezaan tak semestinya membawa kekusutan. Dengan adanya perbezaan lah kadangkala sesebuah keluarga itu mencapai kebahagiaan. Jika si abang pemarah sifatnya, mungkin si adik lebih cool. Jika si kakak agak tinggi egonya, bila ibu ayah merajuk dengan anak2 kakak pun turut merajuk sama, mungkin si adik yang menjadi pendamai, memujuk hati ibu ayah dan menasihati kakak.
Jadi sebagai parents (especially para ibu), nak tak nak kita memang kena menjadi pakar psikologi anak2 kita sendiri. Kita kena tahu karakter setiap seorang dari anak2 kita. Suami pun perlu lah membantu bagi melahirkan suasana yang positif ye :)
Like daddy like son. Akh Aaron Houdd :) |
Heee soo true.
ReplyDeleteRaudhah pulak cpt jln, cpt ikut perbuatan,cpt ingat bila ajar.
But lmbt start ckp,manja,picky eater,asek nk ngempeng aje.
sifat2 anak pun ada kaitan samada anak sulung.tengah.bongsu etc.
Waa bestnye da nk ada scond baby..
:))
Anak.....terkadang sy lihat amat senang anak2 mem'blame' parentsnya atas kekurangan itu ini sana sini....namun bile sendiri sudah jadi parents i think this 'job' is not an easy job....i believe it is far more difficult as compare to a CEO of a bank who is always trying all the time to manage its balance sheet, break even, manage cost-to-income ratio and maximize profitability....to balance family and to have a balance family is sort of euthopia...we can't expect a zero-defect family...sedangkan lidah lagi tergigit....setiap ana ada keistimewaanya..terkadang bakat ana itu sendiri yg kurang diserlahkan dek kerana negative comments all the time.....sebagai parents kita perlu pecaya pada anak kita dan kebolehannya...and sbg anak kita harus jujur dengan parents...jangan sesekali menghina mengherdik mereka...juga jangan sesekali meng'sabotaj' harta benda mereka....mari sama2 kita doakan agar Allah mengampunkan segala dosa silap parents kita, menerima segala amal baik mereka, dan dimuliakan Allah disisiNya di dunia sini dan di sana
ReplyDeleteHi umi Aaron Houdd!
ReplyDeleteVery agree....by having our own child, actually it leads us to study more and more.......
Rasa terus nak gi cari buku2 psikologi bayi dan kanak2..
ReplyDeletekerana anak2 berbezalah, pendekatan mendidik anak2 pun perlu ada kepelbagaiannya.
ReplyDelete