Wednesday, May 30, 2012

Daddy, Ummi & Adik Baby

Last monday, before kami check in di Concorde, kami sempat buat monthly check up. Alhamdulillah, adik baby dah 19 weeks++. EDD mengikut ultrasound adalah pada 22/10/12 (Akh Aaron lahir 22/2/10). Memang nombor 0,1,2 je eh? Hehe.... Tapi kalau mengikut doc, jika ditakdirkan I ni memang tak boleh bersalin normal, biasanya by weeks 36 to 38 doc akan induce dah. tak perlu tunggu 40 weeks. (Oh I was diagnosed with CPD via MRI scan during my previous pregnancy). 

Anyway, mengikut scan, perkembangan adik baby baik. Alhamdulillah, ukuran diameter skull, abdomen, semuanya sesuai. Fetus heart pun positive. Adik baby pun sama macam abang dia, kuat menendang termasuklah time doc tengah scan. Hehe... Cume untuk memastikan further health condition seperti cleft, formation of organs macam kidney, lung, liver, etc doc suruh buat check up dekat O&G specialist. Tak pe lah, yang tu nanti dulu. Ummi pun tengah survey lagi nak bersalin kat mana kalini. Hihi...

Kalau mengikut babycentre.com, by this week sensory development adik baby sudah semakin sensitif. Ummi sepatutnya kena banyak bercakap dan mengaji kepada adik baby supaya inshaAllah dapat membantu perkembangan minda adik baby....

Memang tak dinafikan pregnant anak pertama dengan kedua ni ada perbezaan. Seperti yang I dah ceritakan pada post2 yang sebelum ni, perbezaan tu more to simptom dan penjagaan. Tapi untuk kali ni ia lebih dari sekadar simptom. Kalau si abang dulu I dah ada nama dari dia belum di alam rahim lagi, tapi untuk yang ini, nama tu memang dah ada la dalam list, tapi masih samar2. Siapa cakap bila dah pernah pregnant, the next pregnancy akan jadi mudah. Yes in some way, tapi sebenarnya walaupun baru 2 tahun yang lalu I pregnant, tapi bila pregnant lagi banyak jugak I kena belajar or recall semula. OK la tu kan. Baru la rasa seronok. Hehe...

Kalau dengan si abang dulu setiap hari dia akan dengar suara Ummi mengaji (kecuali time Ummi mengelat.hehe), dan hampir setiap malam daddy akan mengaji untuk abang, tapi untuk adik baby, Daddy minta maaf sangat sebab daddy jauh. Daddy cume boleh mengaji dari jauh. Adik baby hanya dapat dengar suara Ummi mengaji untuk adik baby. Tapi tak apa, kita mengaji sama2, inshaAllah kita khatam lagi ye. 

Daddy jugak minta maaf pada adik baby sebab Daddy tak dapat nak hari2 bercakap dengan adik baby. Sebab daddy jauh. Tapi tiap2 malam bila daddy call Ummi adik baby ni macam tau pulak time tu lah dia nak menendang2 memberi respon :)

And Daddy jugak minta maaf pada Ummi sebab tak dapat jaga Ummi sebaik Daddy jaga Ummi pada pregnancy yang sebelumni. Kasih sayang Daddy pada adik baby tetap sama. Malah kami yakin adik baby akan menjadi anak yang kuat dan soleh, inshaAllah...

Sebabtulah, seboleh2nya Daddy akan cuba balik sebulan sekali walaupun hanya 3 hari shj, sebab Daddy taknak miss monthly check up adik baby. Itu bukanlah kehendak Ummi, tapi kehendak Daddy. Biarlah sesetengah orang ingat Ummi ni manja ke apa. Tapi sebagai suami dan daddy, Daddy dah berusaha yang terbaik mungkin untuk kita. Duit bukanlah boleh membeli kebahagiaan dan kasih sayang. Lagipun ini cuma untuk sementara sahaja. Tahun depan kita boleh berkumpul sama2 hari2 :)

Walaupun Ummi tak dapat menumpukan 100% perhatian kepada adik baby sebab kena berkongsi perhatian dengan Akh Aaron, tapi adik baby kena tahu yang in some other way adik baby lebih beruntung. Walaupun Daddy jauh dan Ummi sibuk, tapi hari2 Akh Aaron akan datang kiss adik baby and main2 dengan Adik Baby. Akh Aaron suka main 'tickle tickle baby'. Sometimes memanglah Akh Aaron akan lasak sikit, tapi adik beradik kenalah sayang menyayangi dan maaf memaafi ye :)

Adik baby juga beruntung sebab walaupun Daddy jauh, tapi masih ada ramai lagi yang selalu mengikuti perkembangan adik baby. So Ummi doakan adik baby sihat, dan lahir menjadi anak yang soleh dan mukmin yang berjaya. Amiinnn....

Akh Aaron Houdd pun sama. Kecik2 dah berjauhan dengan Daddy. Walhal time macamnilah waktu yang paling sesuai untuk Daddy mendidik anak2nya macam2 pelajaran. Aaron pun dah tak banyak 'Daddy & Son time' macam dulu. Tapi Daddy tetap sayang, sama macam dulu...

And for the first time after 3 months being in long distant relationship, malam ni Ummi terasa sebak sangat. Sebak sebab memikirkan betapa anak2 Ummi memerlukan Daddy nya, sama macam Ummi memerlukan suami di sisi. Untuk diri Ummi, Ummi rasa inshaAllah OK. Cuma untuk anak2 Ummi, terasa sebak rasanya... Begitu juga bila memikirkan Daddy yang hari2 sunyi sorang2 di sana. Tak dapat nak melihat keletah anak2 melihat wajah isteri. Mesti lagi pedih rasanya.

Teringat 5 hari yang lalu betapa bahagianya kita sekeluarga dapat berkumpul bersama. Teringat setiap pagi Daddy akan suapkan Obimin pada Ummi everytime after breakfast dan Akh Aaron akan berebut dengan Daddy nak bagi Ummi medicine. Teringat pada malam terakhir Daddy bersama kita Ummi dah mula demam teruk, jarang Ummi minta ubat kecuali dah teruk macam malam tu, entah pukul berapa pagi Daddy keluar belikan Ummi paracetamol. And terngiang2 suara Daddy mengaji untuk adik baby dan Akh Aaron yang sedang tidur. Semuanya Ummi teringat masa Ummi mengaji bersama adik baby tadi... Sebaknya rasa hati...

Teringat juga detik2 perit yang terpaksa kita lalui sepanjang ketiadaan Daddy. Masa Aaron demam panas, 2 malam berturut2 Ummi berkejar ke A&E SDMC. Masa setiap kali kereta buat hal, masa Ummi mabuk dan sakit belakang malam2, masa Aaron wean from BF sebulan yang lepas, masa Aaron mengamuk malam2. Ada banyak perkara yang kita lalui bertiga (Ummi, Akh Aaron & adik baby). Ada banyak juga yang dibantu oleh family. Alhamdulillah, semuanya kenangan buat Ummi...

Sebabtulah, sekarangni Ummi tak boleh berpisah langsung dari Aaron Houdd walaupun hanya untuk satu malam.... Dan Ummi selalu berdoa agar adik baby membesar menjadi anak yang soleh. Ummi bersyukur punya anak2 yang membahagiakan hati Ummi di samping Daddy yang jauh tetapi dekat di hati...


Photobucket

Thursday, May 17, 2012

Setiap anak berbeza-beza

Selamat Hari Ibu kepada rakan2 fabulous moms sekalian alam! Moga kita semua menjadi ibu2 yang solehah di dalam mendidik anak2. Aminnnn :)

OK. harini I nak membebel pasal anak. Biasalah kan. Mak-mak ni tak lain sikit2 nak cerita pasal anak. Ye tak. OK lah tu. Daripada dok mengumpat pasal orang lain, lebih baik cerita pasal anak2 sendiri. Tapi, cerita tu biarlah berpada-pada ye tak. Anak kita pun manusia. Sungguhpun masih kecil, tapi tetap punya perasaan dan perlu dihormati maruahnya. And jangan pulak cerita sakan sampai orang lain pun dok meluat macam lah anak kita lah the best. Hehe...

Kali ni, mari kita bercerita tentang karakter anak2. Semua orang tahu setiap anak memang berbeza-beza karakter dan sikapnya. Kalau ada 10 orang anak, 10 different karakter lah yang kena kita hadapi. Perbezaan karakter ni biasanya dah boleh nampak dari masa pregnant lagi. Setiap anak pembawaanya takkan sama 100%.

Macam I, masa pregnant Aaron Houdd dulu mabuk sampai rasa macam serik dah nak pregnant. I masih ingat I pernah cakap kat hubby rasa macam ni last dah pregnant. Masa tu sebab dah terjelopok dalam toilet sebab kes mabuk yang teruk. Pernah I terlelap dalam toilet jugak. Dan simptom mabuk menyerang sampai ke hujung nak bersalin. Selain mabuk, I kena sakit belakang yang kronik sampai kalau baring, nak bangun tu sampai bertongkat2 and menggagau carik dinding ke apa utk berpaut. Sakit yang amat sampai kekadang tu terjerit-jerit manja jugak la. And time ni, perut tak buncit lagi pun dah dok gosok2 sekali sekali pastu tersengih2 sendirian. Hati pun selalu berdebar2 takut campur happy sebab akan bergelar ibu. Time ni segala raw food termasuklah salad I memang tak makan. Semuanya mesti well cooked. And en.hubby memang amat-amat concern sampai I cuci toilet pun tak boleh sebab guna chemical yang kuat utk sental toilet (Padahal kat lab hari2 buat kerja guna chemical bahaya. Hehe). Perkembangan baby jgn cakap lah. Walaupun dalam buku biasanya bg weekly development, I boleh dikatakan tiap2 malam akan baca buku nak tahu development baby.

Masa pregnant yang I miscarriage last year pulak, dok nak makan tutti frutti je hari2. Rasa heaven sungguh kalau dapat. I ingat I ada cakap dekat my hubby kalau tak makan satu hari pun takpe asalkan dapat benda alah ni (tutti frutti). Masa tu memang bulan puasa pun.

Masa pregnant kali ni pulak. Mabuk tu memang kemestian lah kot. Tapi I perasan kali ni mabuknya taklah seteruk masa Aaron Houdd dulu. Alhamdulillah, hubby pun takde, selalu I doa supaya dipermudahkan urusan terutamanya dalam pregnancy. Cuma agak sedih utk baby kalini, I start mengaji betul2 utk baby pun lambat, pastu lambat juga rasa connection dengan baby. Bab makan pun I tak berapa strict sangat macam dulu tapi I perasan I prefer Nandos berbanding makanan2 lain.hehe.. Baby development so far I update dari weekly mail from baby center je (since buku pun dah dipinjam orang and masih belum dipulang2. Tp tak pe pun. Hehe) Bukan tak sayang. Cume terlalu dibusykan dengan yang depan mata yang perlukan perhatian 24 hours (siapa lagi, si budak hero tu lah) and kerja2 and study. Sekarang dah 17 weeks++ so dah mula rasa baby bergerak, baru lah I rasa lebih kuat connection dgn baby. Kesian adik baby. Tapi takpe, Ummi yakin baby akan membesar jadi strong child sebab baby and ummi sama2 menempuh cabaran dgn ketiadaan daddy. Lagipun kita ada Akh Aaron untuk jaga kita di sini :)

Development milestone dan cabaran di dalam mendidik anak2 pun tak sama antara anak2 kita dan juga anak2 orang lain. Contohnya my son, dia memang amat terkenal dengan kepetahannya di dalam bercakap. (Nak nama after prophet Haruun yang petah berdebat, dapat anak petah bercakap. Hehe). Bagi sesetengah ibu2 di luar sana kalau terbaca about my son in my blog, bila I inform anak I banyak vocab, pandai menyanyi, tapi bila tengok anak2 sendiri yang mungkin dah sama umur dengan Aaron tapi belum bercakap lagi... Janganlah bersedih. Sebab anak2 kalian punyai karakter yang berbeza. Lambat bercakap, tapi mungkin cepat di dalam bab2 lain.

Aaron Houdd memang seorang anak yang bijak, tetapi cabaran I di dalam mendidik dan membesarkan Aaron Houdd ada di tempat lain. Kalau dah bijak tu, pening juga kepala nak handle ye tak. Dan cabaran terbesar I di dalam mendidik Aaron pada masa ni adalah untuk menjadikan dia anak yang kurang manja dan pandai berkongsi. Mungkin rakan2 lain tak mengalami apa yang I alami. Atau mungkin juga ye. Mungkin you all boleh memasak dengan aman dan anak boleh main and tidur sendiri. Tapi Aaron Houdd tidak. Aaron Houdd juga adalah seorang yang picky eater tahap gaban. Memang boleh tahan menyusu sahaja sehari suntuk. Nasi memang dia tak gemar langsung. I dok fikir benda ni sampai kadang2 termasuk dalam mimpi. And disebabkan Aaron tak suka makan, agak sukar untuk kami makan di luar sebab Aaron bosan duduk di meja makan sebab dia tak join makan sekali. Biasanya kami terpaksa bergilir2 makan. Perkara ni mungkin tak dihadapi oleh you all. Anak2 kita memang berbeza-beza sifat dan karakternya.

Di dalam mendidik anak, kita sebagai parents memang kena terer ilmu psikology kanak2, selain punyai kesabaran yang tebal. Tak boleh kita pukul rata semua anak sama. Juga kurang sesuai untuk kita selalu membanding2 kan anak kita dengan adik beradiknya yang lain, atau pun dengan anak orang lain. Kalau perbandingan tu memberi kesan positif mungkin lah boleh. Tapi apa yang biasa dilakukan oleh parents adalah terlalu sering membanding2 kan anak dengan yang lain sehingga hilang nilai positifnya. Lebih baik jika kita bandingkan pencapaiannya secara berkala, sbg contoh, daripada kita bandingkan anak kita dengan anak jiran yang selalu dapat markah tinggi dalam exam, lebih baik kita bandingkan pencapaian exam anak kita yang terkini dengan yang sebelumnya. Lebih praktikal dan realistik rasanya. Jika pencapaiannya baik, kita puji. Jika tidak, kita tegur. Bukan hanya memandang yang negatif kerana secara tak langsung kita juga akan melahirkan anak2 yang berfikiran negatif dan hanya suka menilai sesuatu dari sisi yang negatif sahaja.

Perbezaan tak semestinya membawa kekusutan. Dengan adanya perbezaan lah kadangkala sesebuah keluarga itu mencapai kebahagiaan. Jika si abang pemarah sifatnya, mungkin si adik lebih cool. Jika si kakak agak tinggi egonya, bila ibu ayah merajuk dengan anak2 kakak pun turut merajuk sama, mungkin si adik yang menjadi pendamai, memujuk hati ibu ayah dan menasihati kakak.

Jadi sebagai parents (especially para ibu), nak tak nak kita memang kena menjadi pakar psikologi anak2 kita sendiri. Kita kena tahu karakter setiap seorang dari anak2 kita. Suami pun perlu lah membantu bagi melahirkan suasana yang positif ye :)

Like daddy like son. Akh Aaron Houdd :)
Photobucket

Sunday, May 13, 2012

Our first Bali trip...

I've couple of topics drafted in my mind. Apparently those are way more parenthood-wise (in my sense. Hehe) than this one. But I don't want to let the excitment fades by times like the Brunei trip that I'd been thinking to share the whole worth experience with you but in the end I did nothing :(

My hubby had had a week with us last April. He'd one day business meeting to attend, and the rest was all family matters. Right after arrival, we'd our baby check up at our family clinic. The doctor had asked Aaron twice whether he wanted a sister or a brother, and he answered both time with the same answer.... "I want sister".... Gulp...

The second day, he settled his duty to his mom, made her a very vogue glasses (my MIL is more cun melecun now. haha), and had dinner with the family. We had quite a great time that night despite the very hectic day my hubby and I was having that day.

And the third day, he came to me with a suprise! A Bali trip for just the 4 of us! Oh how nice to spend time with each other after the long separation.

Briefly, it was just a 3D2N trip. Yes, definetly it wasn't enough to visit such a place in just 3 days. Pergi Langkawi pun kalau nak sedap 4D3N ye tak... And true, so many beautiful places we'd missed to visit. But I don't mind at all. Because I know exactly the whole purpose of the very trip was for us to spend time together... But why Bali? Why not other places in Malaysia since it was a short period vacation only? Well, that one only my hubby knows :)

OK now... About Bali.
It's an island with wonderful people and beautiful places to visit (if u love beach and art/hictorical places). Majority of the population are Hindus and we can see statues every where. There are tonnes of Pura (temples) along the roadside, in the village area, every where. We didn't quite sure which place to visit but luckily we had a very helpful tourist guide.

We had visited:
-The Batik hous
-Sri Dewi Gold & Silver collection - we got 50% discount for the silver bangle because we are 'serumpun'. How thrilled was that!
-Dewa Putu Turis art gallery
-The Paddy terrace
-Elephant Safari Park
-Alam Bali agriculture (Traditional Bali coffe, tea and spices) - also got discount for the same reason but have to say 'potongan harga' instead so that tourists from other countries didn't notice. hahaha.
-Kintamani (volcano)
-Pura Thirta Empul (hundreds of stairs... I stayed in the car with Aaron. Hehe)
-Another temple which I'd forgotten the name. Oppsss... hehe...
-Cening Ayu souvenir shops. 10% dicount for each item.

Among all the places, we'd come to agreement that The Elephant Safari Park was the best for a family visit. Aaron Houdd loved riding Nopi the elephant so much!

Unfortunately, we didn't get the chance to visit its among the world's best surf sport- the beach! My hubby had purposedly chosen the outsikrt place for our stay because it's the best place to relax- not crowded with tourists- if you want to have a privacy stay. But we didn't have time to visit the beach.

One thing so obvious about Bali is the compulsory charges tourists have to pay to most places, although it's just an eye-seeing place near the road (like the paddy terrace and the volcano). It's not worth because you have to pay certain amount (not cheap trust me) just for a few minutes watching.

And.... of all few countries I'd visited in my life, the Bali International airport is the only airport where we had to pay for "kos layanan pesawat" something like that, in the middle of the boarding process. Seriously, where's the layanan? nothing! And it cost us around rm200++ per person. Aaron Houdd was also charged with the same price.

Conclusion:
1) Bali is all about money.... Heh heh...
2) If I've to compare between Bali and Brunei (our neighbouring countries), I'd to say that I'd learnt a lot more in Brunei, in terms of the cultures, lifestyle, politics, etc... But Bali is indeed a beautiful place in some way.

Erm... personally, I'd enjoyed our stay in the hotel (The Viceroy Bali) more than any of the visited places. Hehe. We stayed at the Delux Terrace Villas. Aaron Houdd was the happeiest person among us because we had private swimming pool in the villa and he immersed himself in the water for hours! We also enjoyed the Spa treatment, except for when Aaron Houdd threw tantrum during the massage session. Urghhh! Spoilt the mood. Heheh.

OK. here's some photos as an ole-ole... Psstttt.... My hubby had bought new Nikon D5100-another suprise for me- as our Canon G11 had broken and was sent for repair. Big mouth ain't I? :))

Among the places we'd visited

The Viceroy Bali
Photobucket

Peace Be Upon You (",)

Peace Be Upon You (",)

Tribute to all mothers in the world!