Thursday, March 29, 2012

Mummy has to be strong

A mom is nobody but just an ordinary human being.


But what makes a mom extraordinary is when she has to be strong no matter what... It's  indeed the hardest thing to maintain but very fundamental in the motherhood world....


l respect those who whine less and do more. l truly admire those who always find for improvement in their role regardless of what the huddles n obstacles they may endure. I've met a lot of amazing moms who possess great motherhood quality. I've met the opposite type either... And I'm learning from what I've seen...


P/s to new moms: sometimes dilemma ibu muda adlh mudah melatah n terbawa dgn emosi. Malah selalu merasa dirinya ckup terbeban dgn masalah rumahtangga dan juga mslah sendiri.... Tak mengapa. Pengalaman akn mematangkan kite selagi kite mahu belajar. Bila kekuatan makin menebal, inshaAllah kite akn sedar yg sbenarnya masalah2 itu adalah asam garam kehidupan berkeluarga yg mana ibu2 lain juga melaluinya.... Tinggal lagi terpulang pada kite samada mahu menanganinya dgn hikmah atau emosi semata2.....


I am not a perfect mom. I am infact far from perfection. Anak nk masuk 2 dah tp masih byk yg perlu dipelajari. Huhu... Tp I suke untuk mencontohi ibu2 yg hebat especially my moms on how to improve myself. My hubby selalu pesan " kene selalu hisab diri dan paling penting jangan sampai emosi menguasai diri. Sebab selagi akal waras yg mendahului, inshaAllah macam mana sukar pn, kite mampu atasi dgn baik"... Lagi satu, kena biasa didik diri supaya jangan mudah memberi alasan..... Tu nasihat my hubby.... Sesuai sgt lah dgn diri ini yg nak taknak memang kena be strong jugak... :D


So xboleh bagi alasan byk sgt bila hubby takde, mabuk teruk2 tp kene jgk drive ke KL yg xpenah xjamm... Sbb mesti kene pandai schedule kerja n carik timing yg sesuai.


Tak boleh nak stop buat labwork yg hazardous instead kene take extra precaution.


Tak boleh malas kemas rumah but perlu disiplin supya xtangguh2 keje so that xla bertimbun baju kotor...


And tak boleh kurangkan perhatian pada Aaron even though Mama selalu tolong jaga Aaron sebab Aaron tetap tanggungjawab Ummi tak kiralah macam mana kondisi Ummi..


Moga2 I terus tabah...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, March 11, 2012

Merancang kehamilan BUKAN mengehadkan jumlah anak!


Assalamu'alaikum dear readers,
How are you?
Me? Honestly I'm not really in a good condition. Pregnancy symptom....Mabuk, mabuk, mabuk.... But Alhamdulillah, masih boleh driving utk kerja, even though on the way tu selalu je mabuk dalam kereta menahan muntah, and biasanya balik tu sampai2 je rumah berlari ke bilik air....huhu...

Oh today I'm gonna share about family planning, again....Hehe. Erm, as you know, my previous topics tu (here and here) more to my own perception and pendapat kan. And I ni bukanlah orang yang selayaknya untuk bercakap tentang such topic.

So here, I'd like to share with you one article about the concept of family planning and its true purpose. This article is actually an article by Dr. Harlina Siraj, our well known O&G specialist and one of the best woman speaker in Malaysia. 

22/2/2010, 12:57PM, 2 years ago

Bukan had jumlah anak
Oleh Norlaila Hamima Jamaluddin 
“BANYAK pasangan muda tergamam seketika apabila saya tanya mahu berapa orang anak atau berapa tahun jarak antara kehamilan yang menunjukkan aspek perancangan keluarga tidak termasuk dalam agenda hidup mereka,” kata Perunding Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj.

Berdasarkan pemerhatiannya, isu perancangan keluarga masih menjadi topik janggal dalam masyarakat kerana ramai tidak pernah terfikir mengenainya apabila mendirikan rumah tangga.

Biasanya perbincangan sebelum kahwin lebih berkisar pada persiapan pengantin dan majlis perkahwinan tetapi jarang yang mengambil kira soal saiz keluarga atau bila mahu mempunyai anak.

Sedihnya ada pasangan yang bukan saja tidak pernah terfikir malah tidak mempunyai pengetahuan mengenai kepentingan untuk merancang keluarga.
Kebanyakannya berpendapat anak adalah rezeki dari Allah dan menerima berapa saja yang dikurniakan kepada mereka.


“Merancang keluarga bukan untuk mengehadkan jumlah anak. Tidak. Kita masih boleh mempunyai anak ramai sehingga lima orang, asalkan setiap kehamilan itu dirancang, direncana dan dikehendaki. 

“Dirancang maknanya kehamilan itu dirancang jaraknya dengan kehamilan terdahulu atau seterusnya supaya anak tidak terlalu rapat. Ini kerana jika anak terlalu rapat, kemungkinan ada anak kurang mendapat perhatian sangat tinggi.

“Kehamilan direncana bermakna kita ada perancangan untuk anak yang bakal lahir khususnya jika ibu bekerja. Ini termasuklah persediaan si ibu sendiri sepanjang tempoh kehamilan kerana dia perlu menjalani pemeriksaan selepas lapan minggu hamil, siapa yang akan menjaganya ketika pantang dan mencari penjaga anak apabila si ibu kembali bekerja. Itu belum masuk soal kewangan bagi membiayai persekolahan anak.

“Setiap kehamilan mestilah dikehendaki. Memang ramai yang saya temui mengakui mempunyai anak ‘accident’ - maksudnya kehamilan yang tidak dirancang dalam keadaan pasangan tidak bersedia yang biasanya membabitkan anak kedua. 

“Bayangkan apa perasaan anak jika mereka tahu mereka adalah ‘anak accident’,” katanya sempena Hari Kontraseptif Sedunia yang disambut pada 26 September setiap tahun.

Kesan daripada kehamilan yang tidak dirancang ini sangat besar terutama pada perkembangan emosi dan sosial anak berkenaan. 

Lebih teruk jika ada ibu bapa yang bersikap pilih kasih kerana ia boleh memberi kesan negatif terhadap anak. Walaupun masih kecil tetapi anak-anak boleh tahu sama ada ibu bapa bersikap acuh tidak acuh, mereka disayangi atau tidak. 

“Kesannya hanya akan nampak apabila anak-anak ini meningkat remaja. Pada masa inilah ramai yang terbabit dalam pelbagai perbuatan berisiko tinggi seperti aktiviti tidak bermoral, merempit atau melakukan jenayah. 

“Soal selidik dilakukan ke atas ibu pelajar pesalah juvana mendapati anak-anak yang terbabit dalam jenayah adalah kurang mendapat perhatian ibu bapa.

“Ibu bapa menyifatkan mereka anak yang degil tetapi sebenarnya sikap ibu bapa yang kurang mengendahkan anak membuatkan si anak ‘memberontak’ dengan caranya sendiri. 

“Itu insiden yang berlaku jika kehamilan itu dalam ikatan perkahwinan. Jika kehamilan luar nikah, maka bersedialah mendengar berita pembuangan bayi atau remaja melahirkan anak di asrama atau dalam tandas,” katanya.

Menurutnya, sikap acuh tidak acuh ibu dan ayah mengenai perkara ini perlu diperbaiki.

Katanya, orang dulu-dulu memang mahu mempunyai anak yang ramai apabila berkahwin tetapi keadaan kini berubah kerana wanita mempunyai kerjaya. Jadi ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum atau sejurus memasuki gerbang perkahwinan.

Mengapa isu perancangan keluarga penting?

Mungkin ramai pasangan tidak sedar perancangan keluarga perkara asas dalam hidup berumah tangga. Sekali lagi ditegaskan ia bukan bertujuan mengehadkan jumlah anak atau menolak anugerah dari Allah tetapi apa yang dikehendaki ialah kehadiran setiap anak itu memang sangat dinanti dan diharapkan. 

Hanya dengan cara ini barulah anak itu akan mendapat kasih sayang dan perhatian sewajarnya daripada ibu bapa.

Bagaimanapun kata Dr Harlina, isu ini tidak terhenti di situ kerana walaupun anak menjadi penyeri hidup dan pengikat kasih sayang ibu dan bapa tetapi kehadirannya juga boleh menyebabkan berlakunya pergolakan rumah tangga. 

Kehidupan wanita moden sangat sibuk. Tidak cukup dengan kesibukan di tempat kerja dan rumah, mereka masih mahu menyumbang kepada masyarakat. 

Kehamilan yang tidak dirancang memberi tekanan kepada emosi, fizikal dan kewangan. 

“Untuk mendapat hidup yang bahagia kita perlukan lima elemen iaitu ketenangan emosi, kesihatan fizikal, keupayaan ekonomi, kelapangan masa (untuk anak-anak, suami dan diri sendiri) serta sokongan sosial (daripada segi penjagaan anak khususnya). 

Jika aspek ini terganggu, maka kita akan mudah terhumban dalam konflik rumah tangga yang akhirnya membawa kepada perceraian. 

“Kebanyakan perceraian berlaku dalam tempoh 10 tahun pertama perkahwinan, namun kadar lebih tinggi dicatatkan bagi lima tahun pertama kerana pada masa pasangan mula mendapat anak. 

Jika tanpa perancangan, dalam tempoh lima tahun anda boleh memperoleh tiga orang anak.

“Namun jika aspek perancangan keluarga sudah dimasukkan atau dibincangkan dari awal, konflik rumah tangga membabitkan anak boleh ditangani dengan baik dan dapat menyelamatkan rumah tangga. 

“Sebab itulah pentingnya kesedaran untuk menyusun atur keluarga supaya bukan anak-anak saja yang dapat manfaat tetapi ibu bapa juga boleh membentuk kehidupan berumah tangga yang bahagia,” katanya.

Malah melalui strategi menyusun atur keluarga, ibu dan bapa akan lebih bertanggungjawab dan prihatin pada anak-anak. 

Mungkin ada yang tidak bersetuju dan mempertikaikan bahawa anak adalah anugerah Allah untuk ‘disusun atur’ tetapi kata Dr Harlina, Allah juga memberi kita akal untuk berfikir membuat perencanaan hidup demi kebaikan semua pihak.

Bahkan tidak keterlaluan juga jika dikatakan perancangan keluarga dapat mengelakkan berlakunya sikap pilih kasih.

Bila pasangan sepatutnya berbincang mengenai perancangan keluarga? 



Menurut Dr Harlina, isu ini boleh dibincangkan pada bila-bila masa apabila mereka sudah bersedia untuk berumah tangga.

Antara persoalan perlu dimasukkan dalam perbincangan itu ialah bila mereka mahukan anak, berapa anak yang diingini dan berapa tahun jarak antara dua anak.

Jarak kehamilan yang paling ideal antara 2.5 hingga tiga tahun iaitu anak pertama berusia 2.5 tahun atau tiga tahun ketika kelahiran anak kedua. Pada jarak ini, ibu bapa dapat memberikan perhatian sewajarnya kepada setiap anak.

Islam tidak menghalang penggunaan kaedah perancangan keluarga bagi memastikan setiap kehamilan dan kelahiran adalah dikehendaki, disayangi dan dialu-alukan. 

Malah, ia bukan saja membolehkan ibu bapa bersedia mental, fizikal dan kewangan, tetapi perancangan kehamilan penting untuk kesihatan wanita sendiri.

“Jika wanita berkahwin pada usia 23 hingga 25 tahun, dia boleh menetapkan had umur 35 tahun sebagai tahun terakhir mengandung tetapi dinasihatkan supaya tidak mengandung selepas umur 40 tahun kerana ada banyak risiko. 

“Dalam tempoh 10 tahun, dia boleh mempunyai tiga atau empat orang anak jumlah yang sudah dikira mencukupi bagi sesebuah keluarga moden. Jadi dia bolehlah ‘bersara’ awal daripada mengandung. 

“Bagaimanapun bagi yang berkahwin lewat contohnya pertengahan 30-an, perlu ada sasaran realistik, jumlah anak mungkin terhad kepada dua orang saja,” katanya.

Di negara kita ada banyak jenis kaedah perancangan keluarga dan antara yang popular ialah:
·  Kaedah semula jadi (contohnya penyusuan bayi atau ejakulasi di luar). Kaedah ini bagaimanapun kurang berkesan.
·  Kaedah halangan seperti kondom. Ia adalah cara pencegahan kehamilan yang baik, murah, mudah dan dapat mengelak jangkitan penyakit seksual.
·  Pemandulan iaitu mengikat peranakan bagi wanita atau lelaki.
·  Pil perancang (wanita).
·  Alat intrauterin (IUD).
·  Sistem intrauterin (IUS).
·  Implan.
·  Suntikan.
·  Tampalan (ditampal di atas kulit badan).
·  Cincin hormon (dimasukkan ke dalam vagina).




Walaupun kaedah disenarai di atas sudah lama ada di negara kita, masih ramai wanita bimbang menggunakannya. 

Kebimbangan timbul akibat salah faham mengenai kaedah perancangan keluarga, malah sesetengahnya percaya kepada pendapat tidak berasas.

Kajian ke atas wanita barat berumur 20 hingga 45 tahun mendapati rata-rata mahukan dua anak saja. Hampir 86 peratus tempoh perkahwinan digunakan untuk mencegah kehamilan (menggunakan pelbagai kaedah perancangan keluarga ketika bersama suami). 

Ini bererti wanita di seluruh dunia mahu perlindungan atau pencegahan kehamilan jangka panjang yang selamat dan tidak menjejaskan kesuburan, bagi mengelak kehamilan tidak dikehendaki.

Inilah juga sebabnya semua doktor sakit puan termasuk di PPUKM digalakkan bertanya kepada pesakit tiga soalan penting iaitu:
·  Bila mahu mengandung?
·  Berapa besar saiz keluarga yang dirancang (atau jumlah anak yang diinginkan)?
·  Berapa tahun jarak antara dua kehamilan?


Jadi, jika anda ditanya soalan sebegini, janganlah ada yang terasa hati kerana ia bertujuan baik untuk mendidik kita kepentingan perancangan keluarga.

Perlukah persetujuan suami? 

Oleh kerana ia membabitkan saiz keluarga, sebaiknya perkara itu dibincangkan, bukan untuk mendapatkan persetujuan suami tetapi bagi mendapat maklum balas di samping menyalurkan ilmu.

Biasanya kebanyakan suami tidak membantah jika isteri mahu menggunakan kaedah perancangan keluarga bagi kebaikan bersama. 

Namun jika suami anda adalah jenis lelaki yang tidak boleh dibawa berbincang, maka tidak salah jika isteri mengambil keputusan sendiri kerana ia dilakukan untuk kebaikan keluarga dan anak-anak.

Jika maklumat perancangan keluarga disebarkan, tidakkah akan timbul isu penyalahgunaan terutama di kalangan golongan muda beragama Islam?

Jika dilihat daripada perspektif agama, memang semua orang tahu bahawa seks sebelum berkahwin adalah zina dan haram. 

Bagaimanapun kata Dr Harlina, kita perlu menerima hakikat golongan muda termasuk ramai remaja Islam di negara kita terbabit dengan atau seks luar nikah.

Pada pandangannya sebagai seorang doktor, semua orang perlu dibekalkan dengan ilmu mengenai pencegahan kehamilan baik bagi yang sudah berkahwin atau masih bujang.

Sekiranya mereka memilih untuk berzina (walaupun tahu ia adalah haram dan berdosa besar), maka si perempuan perlu tahu dua perkara iaitu risiko daripada hubungan seks dan cara mengelakkan kehamilan. Bahkan mereka juga perlu ada akses atau laluan untuk mendapatkannya.

“Dalam hal ini, lebih baik jika mereka tahu mengenai kaedah pencegahan kehamilan supaya tidak berlaku jenayah pengguguran kandungan atau pembuangan anak. 

“Namun marilah kita sama-sama berdoa moga ramai anak gadis kita yang tahu menjaga kehormatan diri dan tidak menyalahgunakan ilmu yang mereka ada.

“Ketika bercinta tidak rugi lebih menyayangi diri sendiri daripada menyesal di kemudian hari,” katanya.


*********************************

P/S: Seriously, fasa pregnant I yang baru lebih kurang 9 weeks ni telah membuatkan I tak boleh nak tumpukan perhatian 100% kepada Aaron kerana kondisi kesihatan I yang kurang stabil, dan jugak tanpa I sengaja, I juga perasan yang penjagaan terhadap kandungan pada second pregnancy ni agak berbeza dgn ketika 1st pregnancy dulu. 

BUKAN kerana rasa diri dah hebat and tak sehappy dulu sebab dah kali ke 2, tapi sebab I pun tak boleh nak focus 100% to the baby in my womb sbb dalam masa yang sama I kena layan si Abang Aaron yang masih tak faham lagi, yang masih manja and selalu minta perhatian termasukla nak dukung, nak breastfeeding and sometimes main dgn dia kadang2 terlasak sedikit... Juga kerana faktor mabuk yang teruk, I rasa di tambah dengan ketiadaan suami, memang agak tough jugak nak jaga 3 individu serentak...

So kalau kita tak merancang kehamilan sedangkan kita rasa diri kita tak setabah yang lain2, adakah kita yakin kita mampu memberi yang terbaik buat kandungan kita dan juga anak2 yang sedia ada? Wallahua'lam.....
Photobucket

Wednesday, March 7, 2012

Tempat seorang isteri: Di sisi suaminya

Seorang isteri solehah, 
akan sentiasa bersama dengan suaminya tatkala susah ataupun senang,
akan berada di sisi suaminya ketika diperlukan ataupun tidak,
akan menjaga kehormatan dirinya dan maruah suaminya,
akan menguruskan keluarga dan mendidik zuriat mereka dengan sedaya upaya,

Bagi seorang isteri,
bahagianya adalah ketika bersama suaminya
kerana kesempurnaan dirinya adalah apabila bersama suaminya...


*********

Last moment before en.hubby ke departure hall
Like I said earlier, I don't like long distant relationship. Tapi inilah ujian yang perlu kami tempuhi. Lain rasanya ketika bersama suami, dan ketika tidak bersama suami.

Walaupun I bukanlah seorang isteri yang hebat menguruskan rumah tangga, dan kalau nak dikira-kira, I  memang takde skills 'wanita melayu terakhir' yang selalu diidam2kan bakal mak mertua ketika memilih menantu: I tak terer memasak masakan melayu, pemalas baking cake/kuih muih, tak reti menjahit, hampeh menggubah bunga etc, pendek kata, just name it lah. Memang corot!

Tapi my hubby tak pernah melihat semua itu sebagai satu kekurangan yang menghalang I untuk menjadi isterinya. Malah semua tu tak penting bagi en.hubby. Mungkin en.hubby ada penilaian nya yang tersendiri. Dan baginya I tetap isteri yang best sungguhpun corot dalam bab2 di atas. Alhamdulillah, en.hubby menerima kelemahan dan kelebihan I sebagai seorang isterinya dengan hati yg redha.

Dan bila en.hubby tiada di sisi, terasa seolah2 diri jadi separuh. Terasa seperti kurang sesuatu di dalam hidup. Tak tipu! Sungguhpun I tidak menangis ketika mengiringi en.hubby ke airport, tapi perasaan rindu tu terus menerpa sebaik dia hilang dari pandangan... Sungguhpun I mampu meneruskan hidup dan tugas harian seperti biasa, tapi jiwa tetap rasa sepi.

Itulah penangan hebat percintaan di dalam perkahwinan. Biarlah sering usik-mengusik, tapi usikan itulah yang menambah kerinduan. Biarpun kadangkala bermasam muka, tapi itulah asam garam rumah tangga yang kita ingin lalui bersama. 

Aaron Houdd adalah peneman jiwa, penguat semangat especially di kala berhadapan dengan masalah kerja yang sering mengecewakan. Lagipun, en.hubby bukanlah pergi untuk bersuka ria. Pergi untuk meneruskan jihadnya melawan riba' dan dalam masa yang sama mencari rezeki demi menyara kami sekeluarga. Jadi, hati ini perlulah sentiasa kuat. Supaya semua urusan di sini tidak terganggu, dan suami di sana juga boleh fokus dengan kerjanya... 

Walaupun jiwa rasa sepi, namun pengalaman ini mampu mendidik jiwa kami supaya lebih kuat dan menghargai pasangan. Berjauhan, namun I tidak sesekali mengganggu waktu kerja suami dengan sms-sms dan phone call yang tidak penting. Rindu yang menebal perlu dididik supaya emosi menjadi lebih matang. 

Cumanya kesedihan yang I selalu rasa adalah bagi pihak si anak. Aaron Houdd masih terlalu kecil untuk faham. Sesekali dia akan bertanyakan Daddynya especially bila melihat kereta daddynya. Tapi Alhamdulillah, dia tak pernah menangis mencari daddynya, tidak demam-demam dan meragam tiba-tiba. 

Agak sedih juga bila mana masa I pregnantkan Aaron Houdd, Daddy sentiasa di sini, menemani Ummi dan Aaron Houdd sejak di awal kehamilan lagi. Semua kerja-kerja rumah yang sukar Daddy akan tolong uruskan. Sakit pening dan mabuk, juga mood swing especially waktu nak makan (sebab tak lalu makan) Daddy sentiasa sabar melayan. 

Tapi untuk adik Aaron ni, nampaknya Ummi kenalah kuat untuk menanggung sakit, mabuk dan pening sendirian. Ummi perlu kuat untuk menjaga diri sendiri, Aaron Houdd dan jugak baby. Ummi jugak perlu kuat untuk cepat2 menghabiskan sisa kerja supaya boleh fokus pada writing dan bolehlah kita sekeluarga berkumpul semula, ikut Daddy ke Oman sana. 


approx. 8 weeks. kena cek balik sbb last check up baby too small, so tak sure EDD :)

To Daddy Aaron,
We miss you so much! Don't worry about us sebab Alhamdulillah, ahli keluarga sering membantu. Tak terasa sukar kerja harian sebab tak pernah lepas dari bantuan family. Mama and Ibu lah yang selalu tolong Onni jaga Aaron Houdd. Cuma Daddy yang kena Take care sebab Daddy sorang2 kat tempat orang! (!_!)

P/S: Tak makan udang kat kedai dah la lepasni sebab Daddy dh takde nak kopekkan kulit udang! hehe

Photobucket

Peace Be Upon You (",)

Peace Be Upon You (",)

Tribute to all mothers in the world!