Thursday, March 24, 2011

Aaron Houdd 13 Month Old!


Pejam celik pejam celik Aaron Houdd dah 13 bulan dah... Perkembangan? For sure badan mengecut. Nak wat cane, dah memang genetik dia mak bapak kecik2 je ;p Tapi pipi dia tetap maintain macam kuih paw. Takmo surut. Hehehe...

Aaron Houdd masih belum memulakan langkah pertamanya. Takpe, cool je. Kita tunggu sampai 18 bulan. (Kasut dah beli untuk kali ke 2, tapi masih belum berjalan ekk)

Gigi? Dah nak masuk 6. Kalau ikut precise calculation, gigi dia ada 4 batang penuh, 2 batang separuh penuh. Hehe... Tapi, jangan sesekali underestimate gigi Aaron OK, cubalah rasa gigitan dia kalau mau menangis dan menjerit kesakitan....

Motor skill OK. Excellent... Champion dalam memunggah dan menyepahkan barang. Bab nak menyepahkan baju2 yang Ummi dia lipat tu memang dia punya favorite.

Aaron memang still macam dulu. Ajar perkataan dia takmo ajuk, tapi kalau kita gelak, jerit, nangis, nanti pandai la dia mengajuk kita... Kinda annoying jugakla... Ikut sapa? Haaaa... Daddy lah!

Tapi Aaron takde masalah komunikasi even though dia tak pandai cakap, sebab dia kalau nak pape, dia akan  point finger.. And kalau dia taknak, dia akan geleng kepala.

Aaron suka azan. Suka sangat. Time azan dia akan buat muka macam excited/tak pernah jumpa sesuatu/happy/berlagak... And akan tengok / dengar azan tu sampai habis. Dah habis nanti kadang2 dia tepuk tangan, kadang2 dia nangis sebab nak dengar lagi...

Adalah tu benda yang dia nak...Main tunjuk2 je...
A few words have actually come out from Aaron's mouth.
1. Atti @ Attity = Daddy. Tapi dia akan cakap bila dia nak je. Especially waktu pagi bangun tido kalau nampak daddy tengah bersiap nk ke opis. Nak ikut la tu

2. Hho = Hot! Aaron kalau kita cakap Hot dia taknak pegang benda tu. Kalau kita nak pegang, dia yang bagitau kita 'Hhoo!' Cuma dia akan sua jari telunjuk comel dia tu untuk rasa sikit surface yang dikatakan Hot. Kalau tak hot dia tak takut. So jgn tipu dia kalau bebnda tu tak hot tapi kita cakap hot...Kalau makan pulak, kalau kita cakap hot nanti dia blow la makanan tu.Hehe

3.'EUuuu (dengan intonasi yang hanya Aaron yang tau) = Cat. Kalau nampak cat, memang dia lah yang paling happy. So far Aaron memang animal lover. Cat, bird, lizard, doggy, monkey, rabbit.... Semua lah dia suka.

4. Tyutyu = Susu Ummi

5. Aaron's vocab (yang kalau kita sebut dia tau mana nak carik, dia akan point finger)
- Moon
-Star
-Sky (tapi ni dia selalu ingat2 lupa)
-Aeroplane
-Lamp
-Fan
- Cat/bird
- Family members = Dari Tok daddy sampaila ke aunties & uncles
-car
-Susu Ummi - Part ni dangerous, sebab dia main selamber je akan nak carik susu ummi dia.. Haiyya...

Ada lagi a few tp tak ingat. Hehe

Oppsss. aksi terlampau!
1 cerita kelakar tentang Aaron. few weeks ago dia pernah takut dengan litlle birdnya sendiri! Satu petang tu after mandi dia ternampak little bird dia, lepas tu dia menangis2 nak lari...

Mula2 kita tak faham sangat, tapi dia dok tengok2 bawah tu, lepastu dia sebok nak pegi kat kita dengan gelabah sekali. Lepastu bila pakai pampers dia diam terus. The next day tu, dia tengok, tapi tak nangis, cuma dia dok menggelitik nak lari. Kitorang buat hipotesis, selama ni dia tak perasan kot dia ada little bird. Petang tu baru perasan so terkejut. Hahaha

Photobucket

Tuesday, March 22, 2011

Hospital terbaik...

Oppss.. takde alliance dgn tag pd baju Aaron tu ye ;)

Menjadi lumrah untuk kita merancang di mana untuk bersalin. Jangan kata nak bersalin, nak buat monthly check up pn ada dikalangan mom & dad to be yang sangat selektif... Semua tu semata-mata untuk memastikan ibu dan baby di dalam kandungan selamat dan proses kehamilan dan kelahiran berjalan lancar.

As for myself, I memang tergolong di kalangan mommy-to-be (and now mommy) yang suka nak bergoogling dan menyebok mencari info, even sekadar nak memilih hospital bersalin. Biasalah, first time, takde pengalaman, so banyak nak kena belajar and bertanya. So penting utk dapat doktor yg baik hati nak melayan soklan banyak2 and bolh jawab dengan baik... tak dinafikan perasaan takut pun ada jugak...Ingat lagi I pernah letak criteria taknak doktor yang garang as syarat utk memilih doktor and hospital bersalin. Ntah pape kan. Heheh...

So, apa kriteria untuk kita pilih hospital untuk bersalin ye?

1. Hospital kerajaan/swasta?
I think tak kisah sangat whether kerajaan or swasta. Bergantung kepada bajet anda dan suami, and juga keinginan masing2...Some people memang suka bersalin hosp kerajaan sebab lebih 'selamat' dan 'terjamin' sekiranya berlaku komplikasi di saat akhir. Kebanyakan orang berpendapat tak berani nak bersalin hosp swasta sebab takut kalau ada komplikasi serius di saat akhir akan kena hantar govment hosp and takut gvermnt hospt tak nak terima sbb before this all the check ups buat kat hospital/klinik swasta. Sebenarnya it's not 100% true. Zaman skarang dah boleh buat check up kat mana2 klinik kerajaan/swasta, asalkan ada kad pink (yang utk monthly check up). Logik lah tak semua orang ada masa nak tunggu lama2 kat hosp/klinik kerajaan, so they opt for private clinic je... 

Cuma utk pilih private clinic tu, make sure the doc is expert in pregnancy la. Kalau dia punya ultrasound machine macam old school sangat and penerangan dia bagi tak berapa convincing, carik la klinik lain...(But thru my friends' experiences, klu nak dapat penerangan lebih bagus mmg pegi klinik swasta. Wallahua'lam I takde pengalaman check up kat klinik kerajaan)

Just my humble advice, if you wish to deliver in a private hospital, cariklah private hospital yang establish (Have O&G specialists, apparatus yang lengkap, ada makmal & blood bank sendiri, etc). Biasanya big private hosp like SDMC, Pantai, PUSRAWI, etc. Kalau boleh don't go to private clinic untuk DELIVER sebab ini yg jadi kes kalau ada apa2 komplikasi saat akhir, they don't have the equipment to settle your problem. 

P/S 1: Memang big private hosp mahal. But you can survey and compare the price. Like myself, I did the monthly check up in a nearby clinic to my house (sebab senang). The clinic even provide 4D Scan. When my pregnancy turned 34 weeks @ bila ada masalah mcm ada glucose kat urine etc, baru I check up dengan O&G specialist yang I chose untuk jadi my doc time bersalin. So that she knows about my condition earlier, and I sempat kenal and selesakan diri dgn dia. Tak tahan la kalau jumpa dia dari 1st trimester, satu kali jumpa dah dekat 2-3 ratus. Kalau ada laboratory check up (urine, darah, etc) adalah dekat RM 3-500 bergantung kpd servis.. Pehhh... 
Saat akhir sebelum ke operation theatre... Hubby bolh teman smp sini je...

2. Dekat dengan rumah @ tempat di mana kita banyak spend masa
Some people prefer tempat yang dekat dgn opis, takut terbersalin masa kat opis... Tapi most mothers akan amik cuti bersalin lebih awal sedikit daripada due... Betul tak? And what about night time? Dibuatnya nak bersalin malam hari? So I think the best hospital should be the one yang lebih dekat dengan tempat kita reside ketika menjelang hari bersejarah tersebut...

Another issue is kalau boleh, biarlah jalan nak ke hospital tu taklah jamm sangat... Takut kalau emergency, terbersalin dalam kereta pulak. Nauzubillah...

P/S 2: Hospital bagus dan canggih sekalipun, tapi kalau jauh sangat dari rumah, maybe kena reconsider, just in case emergency?!

3. Hospital rakan bayi
Apa itu hospital rakan bayi? Hospital rakan bayi basically is hospital yang menekankan keperluan bayi secara natural. Hospital ni menekankan exclusive breastfeeding. They'll provide nurses to help you and teach you how to breastfeed your baby. They won't introduce formula feeding to your baby. Biasa dengar pengalaman kawan yang bersalin, 1st day baby dia diberi formula milk dgn alasan susu ibu tak keluar lagi... Herm... So this is definitely not a hospital rakan bayi...

Oppsss, it's not a name of a hospital. Hospital rakan bayi ni kira macam label/badge yang diberi kepada hospital2 yang menyokong exclusive b.feeding. All government hosp are hospital rakan bayi, plus some private hospitals... But don't worry if the hospital nearby your house takde label hospital rakan bayi. You can inform the doc and nurse yang you nak exclusive b.feed your baby. They'll respect your decision.


4. The doctor
Some people may not really mind about this... But I think most of us do care about this... A female doctor pleaseeee...

Kalau government hosp I tak sure, but for private, you can always choose your gynea. So pilihlah hospital yang ada gynea wanita... Kalau I, even masa check up pun I dah kisah pasal ni. And Alhamdulillah I berpeluang untuk pilih doc yang solehah, baik, tenang... Before injection, dia akn recite bismillah, dalam nasihat2 dia, tak lupa untuk ingatkan kita untuk banyak mengaji, bersalawat, makan ubat, tawakkal dsbnya... Tak lokek utk share pengalaman dia bersalin (sebab I tak bajet c-sect so I ada tny better amek ubat tahan sakit or natural je, and she answer it by using her own exprience :p)

My O&G specialist plak memang rock habes... western style...Tp she's very kind. She answer all the questions very well and even boleh cerita pengalaman2 dia as doc, and I learnt a lot from her!

P/S 3: Your gynea is diff with your baby's paed. So you'll gonna have 2-3 doctors IN your labour room 1. Your Gynea, 2. Your baby's paed, 3. Your anesthetist specialist (for a c-sect mom, normal I xsure). So kalau you berpeluang pilih female paed kira bertuah la sebab dia akn bersama2 dekat labor room... U know what i mean rite? =P

P/S 4: It's good to maintain the same doctor for every check up.

P/S 5: Whatever it is, most importantly is you are confident and comfortable with the doctor. Choose for the best doctor you can afford to have. 

5. Budget
Nak pilih hospital mana mmg ada kaitan kuat dengan bajet. Just imagine average utk bersalin hospital swasta, Normal delivery = RM 2-7K, c-sect = RM 7-15K... Itu bergantung jugak kepada room charges, nursery, ntah mcm2 lagi lah... And like I said in my prev post, nak ada anak, nak pakai duit pn banyak jugak... Kalau ada rezeki lebih sikit tak pe lah nak bersalin kat private hosp. Kot la boleh claim kat company ke apa... Tp kena buang pemikiran 'the more expensive, the better' atau senang citer kalau hospital bayar of coz la lebih bagus... Tak semestinya... Kalau takde pape masalah dan bersalin normal, you would take 1-2 days je in the hospital. Kalau bersalin kat gomen hospital pun apa salahnye. Duit yang beribu riban tu allocate kat tempat lain...

Like I said, it depends on your preferential.

So?
Best hospital = Established hosp + nearby + Good doctor + Rakan bayi + suitable with budget 

Tolong Ummi kemas ye Aaron Houdd!
Photobucket

Thursday, March 17, 2011

Go away, fever!

Gambar hiasan... Pipi Aaron dan pau sama comel :)

This has been the 2nd time Aaron Houdd demam pada waktu malam. Temperature raise suddenly at around 8-9 pm. And if refer to the previous one, demam akan kebah after aaron having it for 12 hours or so (lebih kurang keesokan petang), but will come back with lesser heat the other night... then barulah demam betul2 pulih.

Like the first time, Aaron muntah. But this time not as much as the previous one. And akan meragam sikit2... Alhamdulillah even though this time the temperature is slightly higher than before, but Aaron looks more comfortable, maybe because he doesn't have flu for this time... if not, ngamuk je susah nak nafas...Ni pun kejap tido kejap bangun...Maklumlah tak sedap badan....

Now at 1.45 am, I'm still wide awake, monitoring his condition and his fever has not reduced just yet. Last temperature check was 38.6 degree. Have given him 1.5ml/120mg Acetaminophen and really hope the temperature will reduce within this one hour... If not, terpaksalah bawak dia pergi klinik... 

And sempat lagi update blog? Oh my, emak2 zaman sekarang! No la, actually before I give him the ubat, I wanna check the appropriate dosage for him. Takut tersalah dos. Tu yang tetiba online, and since Aaron is now sleeping after struggling with his Ummi yang nak bagi ubat tadi, I pun hapdate la blog before meng off my laptop... Hehehe...

Dear Aaron,
Be strong my dear, I know you are now fighting with the infections or whatever things that have intruded your body... I am always here, by your side, so don't be afraid dear.... I love you

Photobucket

Thursday, March 10, 2011

Tahniah... Alhamdulillah rezeki Allah buat kalian...

1. Buat my sis in law.... Sungguhpun I kata U gelojoh, tapi gelojoh2 pn, yang penting happy ye tak. Hehehe...So tak lama lagi Aaron ada sparing cousin, Hehe

2. Buat my dearest friend... For your 2nd one. Kuatkan semangat. I nk ngaku I mmg surrender la U menang la. I masih belum bersedia nak bg adik kat Aaron. And mmg belum rezeki I la kan. So U menang la untuk menambah bilangan beranak (buat masa ni. Masa depan tatau la kalu I asyik keje beranak je. Haha)... Sis, I know you can face all the obstacles to having your 2nd one in a situation whereby you are still continuing your study. but I have believe in you. You are a good mother!.. Ada pape problem, jgn segan silu utk share... OK!

3.Buat my musuh ketat... Tahniah hang dah jadi ayah dah... Take care of your wife and lovely daughter OK. Pasni hang mesti lebih bahagia...So kurangkanlah kegilaan perangai hang tu supaya tak menurun kat anak hang OK. Ahaks...

Oh I am so happy for you guys...
To All of you... Welcome to the parenting world!- XOXO-
Photobucket

Friday, March 4, 2011

What to buy first?



Perasaan bila dapat tahu anda hamil? Wah, mesti happy kan? Lepastu mula lah tengok je barang baby, kalau boleh nak borong semua....

Oppsss... Ingat, macam mana kaya sekali pun, berkepuk duit kat wallet pun, ISLAM kata JANGAN MEMBAZIR! :) 

Apatah lagi kalau bukan dikalangan yang kaya raya, yang biasa2 je. Lagi2 yang type2 bunting pelamin kan, banyak benda nak setle lepas kawin, nak kukuh ekonomi lepas sengal2 buat kenduri kawen. Hehehe...

Tak apa, ada benda boleh beli dulu, ada benda boleh tangguh dulu.... Berdasarkan my experience yang tak banyak mana, I nak share dgn para wanita and bakal ibu apa yang patut kita dahulukan dulu and vice versa.

WHAT TO BUY FIRST? :)
1. Lampin & set of baju baby, baby wet tissue, etc
Kalau ikut my grandma pun dia tak bagi beli awal2. Bukan apa, takut apa2 jadi on the way, kang dah beli macam2, susah sikit nak get over... Well, ada kebenarannya jugak kan. Tapi kalau dah start 7-8bulan tu, better la start beli sikit2. Takut juga kalau2 preterm labour kan? 

Tapi tak perlu banyak sangat. zaman skarang lagi la dah main pkai pampers je. So lampin tu biasa beli untuk buat wrap baby and buat lapik2 je... Baju beli la beberapa set, kalau tak tau jantina beli la warna yang unisex.Hehe... Barut, booty and mittens, towel, pun boleh beli. towel jgn beli 1 je. sebab klu baby ter pee pee kan atleast ada back up... Ala, tapi guna lampin je buat towel pn OK...Wet tissue sangat conveniet tau :)

I suggest beli baju jgn kecik sgt. takpe baby mula2 pkai baju besa tapi kan baby cepat membesar. Baju baby kan mahal, atleast kalau dia boleh guna lama sikit kan lebih bagus...Lagi kalau yang lahir besar macam Aaron. Haaaaa...

P/S 1: Biasa tak beli baju banyak kalau ada sedara mara yang masih ada anak kecik sebab biasa la akan ada 'upacara' baju turun temurun. Hehe...

2. Barang2 untuk si ibu
Ini selalu orang terlepas pandang. Semua untuk baby, bila dah bersalin mula lah suami garu kepala nak mencari barang sorang2 kat kedai. Dah tu balik isteri bebel sebab tak berkenan :)

-Maternity pad. Sila lah prepare awal. Yang ni penting OK. Guna pad biasa pun dah OK
-Nursing bra. Kalau beli sejak pregnant pun dah boleh start pakai...
-Nursing pad. Ini penting especially dalam masa seminggu dua lepas bersalin, Kadang2 susu tiba2 banyak sampai bocor2 basah baju.... So kalau dah prepare awal tak lah suami pening nak pegi kedai mencari pebdendanya la tu.
-Set bersalin. Ini kalau yang nak amek jamu ke, minyak apa2 ke, atau set dgn bidan ke, bila perut dah memboyot boleh la servey2.... Tapi nak nasihat sikit, my gynea pesan, jamu2 ni secondary je. yang penting jaga kesihatan especially thru pemakanan. Amik too much ubat/jamu pun tak elok... 

3. Breast pump/storage bottle
Haaa... yang ni better kalau kita set as one of our top priority. Bukan apa, selalu orang beli baju la, toys, baby crib etc sampai beribu2, lepastu nak beli breast pump yang elok sikit dah lari bajet... Padahal, yang ni lah penting... Kalau kita save duit untuk beli breast pump yang elok sikit pun takpe... Boleh guna lama... And boleh simpan utk anak2 akan datang. Ehemm...Yang penting ianya memudahkan kita di masa akan datang... 

Nak beli yang mana, itu terpulang. So far I ada guna 3 jenis:-
- Medela harmony (dual) - Yang ni very convenient for working moms. Boleh buat kerja sambil mengepam
-Medela mini electric - OK. cuma bunyi dia very annoying. I beli pun sebab kat Jepun punya kisah.. Hehe
-Avent manual b.pump- OK ni I beli and masih pakai. Memang manual ni leceh sket dpd yg electric... Tapi I sgt suka sebab kita boleh pump sampai rasa mmg kosong and takde susu... And tak sakit...Sesuai utk pam time mlm / baby tido kat sblah

p/s 2: Ada a few brands yg elok... pi la sevey kat internet/kedai

Ini la keje I. Restock susu...Hehehe


4. Hospitality
Erm... ni tak la termasuk dlm perkara yg nk beli. Tapi amat penting utk kita tentukan hospital mana nk bersalin nanti. Option bersadarkan apa? Haaa...insyaAllah nxt time I share. Anyway, my point is, better save sikit duit utk billings and all. Yela, kalau dah nak bersalin kat tempat best, sayang bini, and bajet pun  ada lebih sikit, tak salah kan opt for the best hospital. Kot2 la ada complication ke emergency ke, so better simpan duit awal2... Nanti takla pening kepala.( I ada experience warded one night sbb Braxton hicks contraction yg mmg nak preterm labour... Kena cucuk steroid lagi. Bill satu malam dah dekat RM3K klu tak silap. Ni adalah contoh yg kena batang hidung sndr)

5. Diaper rash cream, crack nipple cream, etc
Ni kira mini first aid la... Tapi kalau tak beli dulu pun takpe. Bila ada kes baru beli. Sebab tak semestinya ur baby kena diaper rash... Tapi ni takpe, tak la mahal sangat... ok je kot..

WHAT CAN WAIT?
1. Baby crib/playpen
Sebenarnya ini bergantung pada plan anda2 semua. Tp thru my experience, kalau nak exclusive b.feed mmg better kalau tido satu katil je dgn anak. Sebab lebih senang kan. Baby crib can waits sampai bile kita nak anak kita tido sendiri. Atau as early as 4 month old ke... Tapi mmg baby crib selamat... takla ada masalah baby jatuh ke, kena hempap ke...Well like I said, it depends...Cuma atleast tak la urgent sampai nak beli before deliver...


2. Baby safety set for travel
Ini termasuk car seat, stroller, etc. Actually yg ni pun depends.. bergantung kepada ur lifestyle. Kalau dah dari awal hantar anak kat tempat orang/travel a lot, u better make it as ur priority la. Remember, it's safer to put ur child on his car seat while driving!

Tapi I think stroller paling awal pun nak beli bila dah lepas pantang... So tak la sesak sangat semua nak beli before bersalin. 

3. Toys
Alaaa... Baby tak reti main lagi... biasa pun toys punya guide is 3 month ++. So beli nanti2 la. Auntie2 and uncle2 pun insyaAllah akan belikan... More creative? Buat la toys sendiri. Save bajet.Haha


4. Baby lotion, powder, minyak Yu yi etc
Herm... Do you know that baby's skin is sensitive? Yes, sensitive until even baby powder is not actually suitable for newborn baby... Apa yg I blaja dari hospital dulu, mandikan baby tak perlu sabun, syampoo and all. Baby kan bersih. Bukan main kotor pun. Paling2 pun pee pee, poo poo, muntah... Alaa...semua tu takla kotor mana pun. Lagi2 yg ada antiseptic mcm detol ke apa, haaa, lg tak payah. Sebab the chemical is stronger... Cuma kalau nak massage baby bila kulit kita kering tak berapa best kan, apply la small amount of losyen/baby oil. Dah memadai dah...

Ish, wangi apa bau baby original... Kejap je nak nikmati bau tu, kang dah besa sikit dah tak de tau bau2 tu...Kalau nak start bedak,syampo,sabun pun, maybe biarla baby dah lasak. dah main kotor, dah peluh busyuk. Itupun kalau ikut my experience 6 month ++... 

P/S 3: Lagipun kan hadiah femes untuk newborn is set2 mandian ni... I masih ada stock lagi. Agak2 I masih boleh tahan sampai Aaron 2 tahun... Jimat tau. Hehe...

P/S 4: Minyak Yu Yi dan yg seangkatan dgnnya tak berapa baik utk baby. Just apply kalau ada kes je la ekk. Tak payah la tiap2 lepas mandi je bau minyak je baby kita. I jarang letak minyak kat perut Aaron. Kalau dia kembung perut je. And dont worry, kalau breast feed, insyaAllah jarang kembung perut...

5. Feeding set
Herm... I dapat hadiah. And buka hadiah tu pun bila Aaron dah 6 bulan sbb baru dia boleh makan... So tak la kena beli awal. Cuma lepas tu I mula la beli macam2 sebab nak mudah buat prepare mknn and buat stock mknan utk aaron.

TIPS NAK BELI BARANG BABY
1. Plan dulu. tengok mana perlu and tak berapa perlu. Setiap orang mungkin agak berbeza tapi biasa basic sama je
2. Kalau dah nak masuk baby ke 2 tu, tak perlu la beli banyak... Kan yang kakak/abang dah ada... So mula lah semak semula barang2 yg perlu beli sahaja
3. Kalau I, I prefer beli barang yang berkualiti and mahal sket pun takpe kalau barang tu boleh digunakan sampai anak2 yg sterusnya... Jugak barang2 yg memerlukan kita pentingkan safety cthnya stroller, car seat, playpen... Ada yg murah, tp tak sure in term of safety mcmner...Tp kalau stkat barang yg boleh pkai sekejap, beli yg biasa2 pn OK dah kot...
4. SALE! Seriyes baby sale is a great time to buy... Hehe... Tapi jangan rambang mata sangat sampai beli benda yang tak penting sangat...

Erm... So far ini sahaja lah yang ada dalam minda utk dikongsi. Diharap dapat mejadi panduan bersama para2 ibu lain especially yg baru 1st time... 

Anyone have something else to share? :)

~~~~@~~~`~~~~`@~~~~`~~~`

Sebenarnya duit banyak nak guna sejak time pregnant lagi... Bill monthly check up, brang and makanan nak berhkhasiat, ubat-ubatan dan lain2... Nak menmyimpan utk kos bersalin pun mestilah start daripada pregnant kan? And lepas baby lahir pun banyak juga guna duit. Diapers, ubat (kalau perlu), and cost untuk injection... Kalau macam ktorang, Aaron masih kekal dgn paed yg sambut dia lahir dulu, and hospital swasta. So one injection & check up paling murah pun RM100++. So, kalau boleh jimat tu, jimat la..

Lagipun ada benda lebih penting dari sekadar nak beli baju baby mahal2 and all... Investment untuk pendidikan dia nanti. Maklumlah, education sekarang pun cost us a lot of money.... So, fikir2kan lah!




Ni masa sale kat mana ntah... Haiyyaaa... Tapi semua Alhamdulillah guna sampai skarang. Aaron pun dah besar time ni... :)

Photobucket

Tuesday, March 1, 2011

Gathering ring ring...birthday celeb for the februarians...

Salam alaikum,


 Alhamdulillah, last saturday 26/2/2011 Xiet berpeluang berjumpa dengan 2 sahabat terbaik masa di UM, Cik Iman and Puan Wafa. Wafa datang bersama En.Adi (suami) dan si kecil Aminurrasyid yang bukan main keletah budaknya...

Seronok memang la seronok sebab dah lama sangat tak jumpa. Lagi2 Cik Iman yang jauh di Hulu nun... And sebenarnya 26hb tu bersempena dengan birthday Cik Iman yang ke tuttttt.....(yang pasti dah tua la hang Iman. Hehe)... sekali juga dengan birthday cik wafa pada 16 hb and si kecil Aaron Houdd pada 22hb yang lepas....

Cuma yang kurang best sebab Aaron Houdd meragam hari tu. Tak tau la apa pasal yang dia tak berkenan sangat sampai meragam saje....Tapi kami suspect sebab a night before tu dia bermalam di rumah Tok Daddy nya. Dari time kami amek dia pagi tu dia dah tunjuk muka kerek dah ngn Ummi Daddy dia... Mula2 siap buat ta layan lagi bila Ummi datang. Tapi biasalah, mana tahan rajuk lama2... Dia pun terus la menangis keharuan bila Ummi panggil2...Akibatnya, memang mood dia tak baik sangat...sebab kalau keluar weekends selalu dia OK je takla smapai menangis satu Kenny Rogers dengar...

Aaron Houdd memang bukanlah seorang budak yang boleh tahan duduk lama2. Kejap je dia bosan. Ummi nya pula, maklum sajalah lama tak jumpa kawan, bantai borak lama2...Last2 bertambah marahla Aaron Houdd... Mujur Pn. Wafa bawak biskut Amin, diberinya kepada Aaron. Tapi kejap je. Pastu habis biskutnya disepah2kan... Meragam lagi... cuma satu je ubatnya. Nenen Ummi... oh puhleaseeee Aaron.... Not in public OK! 

Tapi lepas solat zuhur, Aaron Houdd dah OK sikit. Dia mula nak main2 skit2... tapi sikit je. (Dapat present dari Auntie Iman, hepi la dia. Hehe) Tau tak bila Aaron betul2 OK dan tak merajuk? Keesokan harinya! Alahai anak Ummi.... kecik2 lagi dah pandai... Alih2 tok daddy Aaron cakap 'cucu tok daddy ni memang.... kalau dia tak dapat apa yg hati dia nak, boleh tahan dia merajuk panjang2. macam siapa tu? Umminya lah'.. Ayoyo...

OK la, jom kita cuci mata tengok gamba2 yg telah di hapload...

Memperagakan baju yg Auntie Iman bg... tq auntie Iman!








Photobucket

Peace Be Upon You (",)

Peace Be Upon You (",)

Tribute to all mothers in the world!