Exclusive breastfeeding = Memberi baby susu ibu semata-mata. Tiada makanan/minuman tambahan lain diperlukan, termasuklah air putih/masak/jarang, air kundur/glucose, nestum, susu formula dan lain-lain. Exclusive breastfeeding biasanya bermula dari seawal kelahiran sehinggalah baby berusia lebih kurang 6 bulan.
KEBAIKAN EXCLUSIVE BREASTFEEDING:-
1. * Hormon yang terlibat di dalam penyusuan bayi adalah hormone yang sama terlibat di dalam pengecutan uterus selepas kelahiran. Jadi, dengan breastfeeding, pengecutan uterus dapat berlaku dengan lebih cepat dan ibu akan pulih dengan cepat berbanding ibu yang tidak menyusukan bayi. Lebih banyak menyusu, lebih cepat pengecutan berlaku
2. * Menghalang kenaikan berat badan mendadak terutamanya selepas kelahiran dan sepanjang berpantang. Bukan bermakna ibu yg menyusukan baby secara ekslusif takkan gemuk. Semua itu bergantung kepada cara pemakanan dan gaya hidup. Namun, penyusuan ekslusif menghalang kenaikan berat badan ibu secara mendadak.
3. * Mengurangkan risiko breast cancer. Kajian mendapati bahawa ibu2 yang menyusukan baby mempunyai risiko lebih rendah menghidapi breast cancer dan beberapa cancer lain yang sering menyerang kaum wanita
4. * Mewujudkan perasaan tenang. Dalam satu artikel berkenaan penyusuan menyatakan bahawa ketika menyusukan anak, terdapat sejenis hormone yang dihasilkan yang menyebabkan rasa rileks.
5. *Mengeratkan hubungan ibu dan anak
ANAK
1. * Perut baby yang baru lahir hanyalah sebesar guli sahaja! Ia akan membesar sebesar bola pingpong pada hari ke 10. Jadi sudah tentu perut sebesar ini tidak memerlukan makanan dalam kuantiti yang banyak. Bayi yang baru lahir TIDAK memerlukan susu yang banyak. Bersesuaian dengan jadual penghasilan susu ibu, ianya tidak akan terus banyak ketika awal kelahiran baby.MasyaAllah, sungguh sempurna ciptaan Allah!
2. * Colostrums. Ia adalah makanan terbaik bagi baby. Mengandungi kesemua nutrient yang diperlukan oleh baby, dan mengandungi antibody untuk baby menentang jangkitan kuman dsbnya – sebabtu baby yang menyusu ibu secara ekslusif lebih kuat dan tidak mudah demam!
3. * Pada usia 6 bulan pertama kelahiran, system pencernaan baby belum lagi terbentuk sempurna. Baby hanya mampu memproses dan mencerna makanan/nutrient ringkas sahaja. Susu ibu mempunyai nutrient ringkas yang mudah dicernakan oleh perut bayi. Makanan pejal & bijirin mempunyai banyak nutrient kompleks dan molekul2 yang tidak dapat dicerna oleh bayi.
4. * Kajian menunjukkan orang dewasa yang mempunyai masalah perut (sering sakit perut, gastric dan sebagainya), salah satu punca nya adalah pemberian makanan selain susu ibu dalam masa 6 bulan pertama kelahiran bayi.
5. * Makanan otak! Susu ibu mempunyai kandungan DHA yang tinggi, selain makanan otak yang lain seperti Immunoglobin (A,G,M & D), lipid, tyrosine dan lain2. Nak anak lebih cerdik? Susukanlah anak dengan susu ibu!
6. * Kurang risiko cirit birit/sembelit. Ini kerana susu ibu mengandungi agen pelawas yang dipanggil laxative. Nutrient nya juga mudah dicerna maka prosesnya berlaku dengan cepat. Kerana itu, bayi yang menyusu ibu akan kerap & mudah poo-poo.
7. * Susu ibu mempunyai pelbagai rasa! Ia mengikut apa yang dimakan oleh si ibu. Oleh kerana itu, kebarangkalian untuk anak memilih makanan ketika toddler adalah kurang. Namun, ia juga turut bergantung kepada usaha ibu bapa untuk memperkenalkan pelbagai jenis makanan kepada anak (Esp sayur!) ketika anak membesar
8. * Kandungan susu ibu adalah berubah2 mengikut keperluan anak. Kandungan susu ibu ketika hari pertama berpantang tidak sama dengan kandungannya pada ketika anak berusia 3 bulan. Kandungan nutrisinya berubah mengikut usia bayi, bersesuaian dengan keperluannya. Begitu juga, perasan tak susu ibu kadangkala cair, kadangkala pekat? Haaa... itu juga salah satu keajaiban susu ibu! Pada waktu panas, badan akan merangsang pembentukan susu ibu lebih cair (panas, anak dahaga). Pada waktu malam contohnya, susu ibu lebih pekat. So anak boleh kenyang dalam jangkamasa yang lebih lama.
Logic ke semua tu? Ada bukti saintifik ke?
Ye! Kajian terhadap kebaikan susu ibu telah lama dijalankan. Dan kelebihan2nya tidak dinafikan oleh para doctor dan pakar2 laktasi.
And semestinya logic, kerana susu ibu adalah ciptaan Allah! Allah tahu apa yang terbaik buat hamba2Nya!
Anda mempunyai kebaikan2 lain tentang susu ibu yang mahu dikongsi bersama? Silakan! J
mintak izin share on fB yer.. tq..
ReplyDelete