Wednesday, January 26, 2011

11 MO. Another a month to reach 1. InsyaAllah


22/1/2011 Aaron Houdd dah 11 bulan hidup di bumi Allah ni... Alhamdulillah, Allah kurniakan kesihatan buat Aaron dan kecerdasan minda...

Apa yang Ummi & Daddy Aaron perati, Aaron ni dari segi physical progress macam lambat sikit la... Dia masih tak berjalan lagi, masih tak bercakap betul2 (suke mengajuk macam2 bunyi orang buat, Kalau orang menjerit pn nnt dia menjerit, kalau kat tv tu orang gelak2 nnt dia pun bantai gelak... tp bila ajar perkataan, takmo ajuk), and gigi pun baru tumbuh 3 batang (nak masuk ke 4 la).

Tapi dari segi kecerdasan minda tu, kami notis dia agak cepat. Lola dia selalu cakap Aaron ni malas sungguh nak pegang botol, nak masuk doodie dalam mulut, nak berjalan, semua la malas....Tp sebenarnya dia cerdik. Dia tau mcmner nak skip guna tenaga and dapat semua yang dia ingini... Haih anak ummi!

Dia memang anak yang 'bertuah'. Aaron tak layan benda yang tak menarik perhatian dia. Dia taknak kisah hal sekeliling kalau dia tengah in the middle of doing something. Memang semua budak macam tu kan? Tapi yang tak boleh tahan ni, kalau dia tengah buat something cth tengok elmo kat laptop, kalau kita panggil dia berjuta kali pun, dia buat dekkk je...dia hanya pandang dengan pandangan kerek yang mcm nak cakap "Apahal panggil2, org busy ni tau tak?" Pastu get back to what he is enjoying. Seriyes! Ni rasanya ikut perangai Daddy ni....Hehehe

Herm....macamnilah perangai depa anak branak...copycat!

Ramai kazens and relatives cakap susah nak tengok Aaron ketawa. Senyum yes, memang banyak, tapi ketawa tak! Tapi Aaron ada X-Factor yang buat orang suke kepoyoan dia tu. bak kata Daddy Aaron, karisma seorang leader! Born to be a leader. Aminnnn....

Anyway, next month Aaron akan mencecah umur setahun. Ummi doakan Aaron dipanjangkan umur & dimrahkan rezeki... Aminnnn

Photobucket

Tuesday, January 25, 2011

Tahniah buat bespren ku!


Sepatutnya sekarang ni Xiet sedang baca jurnal and writing utk thesis... Sepatutnya lah, tapi yang tak sepatutnya berlaku adalah.... Ughhh... End up kat sini pulak. Hehehe...

OK OK ni sekejap je. Janji! (*0^)

Sebenarnya nak wish TAHNIAH kepada sahabat Xiet yang bernama Noor Fathihah Hamzah dan pasangannya Aminuddin... Kerana cubaanya kalini berjaya. Hihihi... Alhamdulillah, dah 13 weeks pregnant ekk!

Alhamdulillah, syukur pd Ilahi sebab kawan Xiet sorang ni dah pn preggy setelah hampir mencecah tahun ke -2 bergelar isteri... Kalau tak, dia asyik dengki je kat Xiet sebab Xiet dah ada baby. Adake patut, Xiet ni kawen dah masuk tahun ke 4. Dapat baby pn lambat jugak la... Pegi banding dgn Xiet buat apa? Ye tak... Hehehe...

Anyway, to Te'a,
ko jagalah amanah yang Allah bg kat ko tu elok2 ekk... Buang2la perangai tak senonoh ko tu. Dah nak jadik ibu dah ko... Hahahaha...

Jaga makan OK. jgn miss folic acid. Pasni bila masuk 2nd trimester dah bolh makan obimin... byk minum air K...

Apa lg nak cakap ek?
Kesimpulannya tahniah la ekk, welkam to the new world, a world of motherhood....selamat join the club...

P/S: Beb, nnt jumpa kita diskas pjg lebar ek...

Oh, i'm so excited for you dear...

Masa ni Aaron Houdd dah lbbh kurg 7 bulan dlm kandungan...

Bersedialah te'a, jap gi perut ko kembung mcm perut orang sebelah ko tu. Hehe

Photobucket

Sunday, January 23, 2011

Kenapa hanya susu ibu? *Exclusive breastfeeding*


Exclusive breastfeeding = Memberi baby susu ibu semata-mata. Tiada makanan/minuman tambahan lain diperlukan, termasuklah air putih/masak/jarang, air kundur/glucose, nestum, susu formula dan lain-lain. Exclusive breastfeeding biasanya bermula dari seawal kelahiran sehinggalah baby berusia lebih kurang 6 bulan.
KEBAIKAN EXCLUSIVE BREASTFEEDING:-
IBU
1. * Hormon yang terlibat di dalam penyusuan bayi adalah hormone yang sama terlibat di dalam pengecutan uterus selepas kelahiran. Jadi, dengan breastfeeding, pengecutan uterus dapat berlaku dengan lebih cepat dan ibu akan pulih dengan cepat berbanding ibu yang tidak menyusukan bayi. Lebih banyak menyusu, lebih cepat pengecutan berlaku
2. * Menghalang kenaikan berat badan mendadak terutamanya selepas kelahiran dan sepanjang berpantang. Bukan bermakna ibu yg menyusukan baby secara ekslusif takkan gemuk. Semua itu bergantung kepada cara pemakanan dan gaya hidup. Namun, penyusuan ekslusif menghalang kenaikan berat badan ibu secara mendadak.
3. * Mengurangkan risiko breast cancer. Kajian mendapati bahawa ibu2 yang menyusukan baby mempunyai risiko lebih rendah menghidapi breast cancer dan beberapa cancer lain yang sering menyerang kaum wanita
4. * Mewujudkan perasaan tenang. Dalam satu artikel berkenaan penyusuan menyatakan bahawa ketika menyusukan anak, terdapat sejenis hormone yang dihasilkan yang menyebabkan rasa rileks.
5. *Mengeratkan hubungan ibu dan anak
ANAK
1. * Perut baby yang baru lahir hanyalah sebesar guli sahaja! Ia akan membesar sebesar bola pingpong pada hari ke 10. Jadi sudah tentu perut sebesar ini tidak memerlukan makanan dalam kuantiti yang banyak. Bayi yang baru lahir TIDAK memerlukan susu yang banyak. Bersesuaian dengan jadual penghasilan susu ibu, ianya tidak akan terus banyak ketika awal kelahiran baby.MasyaAllah, sungguh sempurna ciptaan Allah!
2. * Colostrums. Ia adalah makanan terbaik bagi baby. Mengandungi kesemua nutrient yang diperlukan oleh baby, dan mengandungi antibody untuk baby menentang jangkitan kuman dsbnya – sebabtu baby yang menyusu ibu secara ekslusif lebih kuat dan tidak mudah demam!
3. * Pada usia 6 bulan pertama kelahiran, system pencernaan baby belum lagi terbentuk sempurna. Baby hanya mampu memproses dan mencerna makanan/nutrient ringkas sahaja. Susu ibu mempunyai nutrient ringkas yang mudah dicernakan oleh perut bayi. Makanan pejal & bijirin mempunyai banyak nutrient kompleks dan molekul2 yang tidak dapat dicerna oleh bayi.
4. * Kajian menunjukkan orang dewasa yang mempunyai masalah perut (sering sakit perut, gastric dan sebagainya), salah satu punca nya adalah pemberian makanan selain susu ibu dalam masa 6 bulan pertama kelahiran bayi.
5. * Makanan otak! Susu ibu mempunyai kandungan DHA yang tinggi, selain makanan otak yang lain seperti Immunoglobin (A,G,M & D), lipid, tyrosine dan lain2. Nak anak lebih cerdik? Susukanlah anak dengan susu ibu!
6. * Kurang risiko cirit birit/sembelit. Ini kerana susu ibu mengandungi agen pelawas yang dipanggil laxative. Nutrient nya juga mudah dicerna maka prosesnya berlaku dengan cepat. Kerana itu, bayi yang menyusu ibu akan kerap & mudah poo-poo.
7. * Susu ibu mempunyai pelbagai rasa! Ia mengikut apa yang dimakan oleh si ibu. Oleh kerana itu, kebarangkalian untuk anak memilih makanan ketika toddler adalah kurang. Namun, ia juga turut bergantung kepada usaha ibu bapa untuk memperkenalkan pelbagai jenis makanan kepada anak (Esp sayur!) ketika anak membesar
8. * Kandungan susu ibu adalah berubah2 mengikut keperluan anak. Kandungan susu ibu ketika hari pertama berpantang tidak sama dengan kandungannya pada ketika anak berusia 3 bulan. Kandungan nutrisinya berubah mengikut usia bayi, bersesuaian dengan keperluannya. Begitu juga, perasan tak susu ibu kadangkala cair, kadangkala pekat? Haaa... itu juga salah satu keajaiban susu ibu! Pada waktu panas, badan akan merangsang pembentukan susu ibu lebih cair (panas, anak dahaga). Pada waktu malam contohnya, susu ibu lebih pekat. So anak boleh kenyang dalam jangkamasa yang lebih lama.
Logic ke semua tu? Ada bukti saintifik ke?
Ye! Kajian terhadap kebaikan susu ibu telah lama dijalankan. Dan kelebihan2nya tidak dinafikan oleh para doctor dan pakar2 laktasi.
And semestinya logic, kerana susu ibu adalah ciptaan Allah! Allah tahu apa yang terbaik buat hamba2Nya!
Anda mempunyai kebaikan2 lain tentang susu ibu yang mahu dikongsi bersama? Silakan! J

Photobucket

Thursday, January 20, 2011

Mandi sungai....


Aaron suke naik Daddy mcmni...
Aaron banyak ikut muka sape, Ummi or Daddy?









Salad yang sedappppp!


Potatoes...



Venue: Lembah Pangsun , Selangor
Date: 31/12/2010 - 1/1/2011

Aaron Houdd like mandi Sungai! Next time nak pergi lagi, Nak nak nak!

Photobucket

Peace Be Upon You (",)

Peace Be Upon You (",)

Tribute to all mothers in the world!