16/8/2011
Sekitar pukul 10 am:-
T: Aku cuak ni
Me: Awat?
T: Aku dah selesai kencing. Tapi ada air keluar lagi. Takkan kencing kot?
Me: Ye la tu kot. Org preggy kan terasa nk kencing jek. Kekadang rasa mcm tak lawas
T: Tapi aku rasa dah habis kencing dah
Me: Ko boleh control tak rasa air keluar tu? Kalau boleh rasa, maybe kencing la kot. Tapi kalau tak boleh rasa erm.... takut benda lain.
T: Dah la tadi aku rasa perot aku ni kejap2 mengeras
(Beberapa perbualan personal yang I tanya my friend konon nak investigate sebab musabab masalah dia, yang tak berapa elok dibualkan di sini. Hehe)
Me: Ko dah berapa bulan ni?
T: 35 weeks. Lagi 9 hari nak 36.
Me: Tu kira premature la kan. Ko jaga2 la sikit wei. Kalau boleh tahan la. Baby premature susah sikit. Lung devlopment tak complete lagi. Baby pun very weak and prone to infections.
T: Tula, aku dah risau giler dah ni. Takkan la dah nak beranak. Aku patut beranak 22/9
Me: Takkan air ketuban kot? ko rasa sakit tak?
T: Tak sakit pun. Tapi kawan aku cakap air ketuban boleh tumpah sikit2
Me: Ish, ko ni bia benar. Macam ni la. Ko amek je EL or MC harini
T: Malas la aku. Dah aku sorang je kat rumah...
Me: Ko pakai penti dulu, tengok beberapa ketika. Kalau masih keluar, then better ko pegi cek.
Sekitar pukul 4pm:-
T: Wei, aku dah on the way ke HTAR dah ni.
Me: Apsal ko dah nak bersalin ke?
T: Tadi aku sampai2 sekolah je basah kain aku. Air ketuban aku dah pecah. Ni aku baru keluar dari PPUM. Tapi PPUM tak nak aku sebab dorang cakap dorang baru pindah bangunan baru, peralatan banyak tak cukup. Takut kalau complication aku susah nanti...
Pukul 7pm:-
Me: T ko dah mcmner?
T: T kad wad baru register (skali Hasben dia laaaa)
Pukul 9:56pm:-
T: Aku kena warded. Doc inject aku ngn ubat matangkan paru2. Sakit giler. Pastu dia dok jolok2 aku, sentap weh. masa dia masukkan jari nk cek bape cm dah buka, sakit ko. Doc ckp nk tunggu sampai 36week. Aku dah sakit kerap2 ni. Dh 2cm buka.
Me: Oh, ko kena inject steroid. Nanti ko kena 2x inject. Aku dulu macam ko. Ikut pengalaman aku, kena warded 1 malam, pastu kena drip beberapa botol, monitor heartbeat baby, pastu esoknya dah boleh keluar. aku dulu pn kena. bukak 3cm tp pastu ok tu dh tutup balik.Tapi aku tak pham kenapa doc nk kena jolok2 ko utk tau bukaan? aku dulu dia tak buat smp sentap sgt pun.
T: Ntah la. tp mmg sakit. Oh boleh tutup balik ke?
Me: InshaAllah boleh. Tp itu kes aku la. ko aku tak tau mcmne nnt. InshaAllah ok kot. Ko jgn risau sgt. Ada pape ko bgtau aku tau
17/8/2011
T: Wei, baby aku dah lahir pukul 5:30 pg tadi
Me: Hah, dah lahir? Congratz. Awalnye, tak sabar2. Boy ke Girl?
T: Anak aku nak raya, dia cakap. Haha. boy, geng Aaron
Me: Aku nk melawat ko OK tak ni? Aku cuti ni semata2 ko beranak
T: Tak tahan la cuti sebab aku branak. Aku kt hospital. Anak aku kena tahan lagi, tak cukup bulan n jantung dia bergerak laju.Sian anak anku kat tngkat lain. Org lain lepas keluar labour room, baby semua kat sebelah. Huhu
(kami berbincang tentang breast pump sebab T bercadang nak beli. Last minute sebab tak bajet baby keluar seawal ini. Last2, I decide bg dia pinjam I punya jek. Jgn beli dulu.. Sebab? Herm... I tak tau, hati rasa mcmtu)
T: Baiknye ko nk bg pinjam dulu.
Me: Ko ni rilek je sms aku. Hebat betol tak penat ke?
T: Penat ooo meneran. Macam nak be**k ta*k keras and besar gile. Hahahaha. tak caye je aku telah berjaya meneran seorang manusia tadi
30 minit kemudian.
T: Weh, anak aku problem. Aku takde kat ward. Dia dlm NICU. Doc cakap dia tiba2 biru. Dia bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan. Aku ngn Amin tengah tunggu dia. Aku dah cuak ni
Me: Yeke. Baby pramatang memang sensitif sikit. Lung tak berapa develop lagi. and very weak. Ko tenang beb. Many premature baby melalui saat sukar mcmni. And ramai yang end up dengan baik. Ko sabar la. Banyakkan doa. InshaAllah OK
T: Ko bayangkan la mana aku tak cuak. Tiba2 emergency alarm dia berbunyi, semua nurse berkejar2 kat tempat dia. Lepastu dorang tutup pintu. Aku tak tau apa jadi. Aku tak nampak pape. Aku takut tak sempat jumpa korang nanti sebab aku kat ward NICU.
Me: Peh, memang cuak. Takpe la, Sekarang ko fokus je anak ko dulu. Pepandai la kitorang bila sampai nanti
2.15 PM:-
Kami tiba di HTAR. I sempat tanya kawan2, dorang bawak present apa. Dorang cakap tak sempat beli sebab tak bajet. I pun cakap tak pe lah jangan beli dulu kot. And I tinggal je beg yg berisi breast pump dalam kereta... Tak tau la kenapa....
Tapi kami sampai lewat sedikit. So waktu melawat dah abis. Dah lama sangat tak visit orang kat gomen hospital sampai terlupa ada waktu melawat. Kami nak minta guna pas tapi tak guna pun sebab T and suaminya masih di NICU. NICU hanya benarkan parents sahaja masuk. So memang takleh jumpa T. So kami pulang dengan hampa...
8:58 PM:-
T: Doc cakap anak aku tenat :-(
Me: Yeke, doc cakap apa lagi, baby ko mcmner?
T: Sel darah putih dia rendah sangat. 1.9 je.
Me: Bila last ko cek up haritu? Masa tu takde pape detect complication kan?
T: 3 weeks ago. tu pun cek kencing manis. Aku patut jumpa balik last week, tapi aku tak pegi. Memang plan nak pegi esok sepatutnya...
Me: Herm... Ko banyakkan bersabar ye. And doa banyak2, Aku pun doakan untuk ko jugak, itu je yang termampu kita buat sekarangni... Wei, esok aku plan pegi UM half day je. Kalau ko nak aku datang and lepak sana ngan ko, bgtau je K. anything bgtau je K.
10:25 PM:-
T: Baby aku dah takde.....
Masa tu I sibuk tolong my mom basuh pinggan mangkuk sebab ada mini kenduri kat rumah. I tak baca sms tu. 10:29PM, T call dengan suara menangis yang memang I susah nak dengar dia cakap apa.... Yang bodoh nya, patut I boleh agak la kan kalau dah nangis2 mcm tu apa maknenya, tapi sebab I tak dengar dia cakap apa, I suruh dia ulang beberapa kali... I sangat menyesal sebab I patut boleh bayangkan apa perasaan dia nak cakap yang anak dia dah takde lagi.....berulang kali.....
And esok, I akan ke rumah dia seawal yang mungkin...
Sebab dia adalah my very best friend since form 1.
Kira-kira 1 tahun yang lalu, masa I pregnant Aaron, dia selalu cakap "Tak boleh jadi ni ko dah pregnant". I selalu jawab "Ko agak2 la beb, aku kawen dah dua tahun baru ada baby. Ko tu baru kawen,"
And T menunggu selama lebih kurang 2 tahun untuk dia pregnant. And kandungannya telah berusia 35 minggu lebih pada usia baby nya lahir.... Dan meninggal dunia....
T bukan macam I. Dia sangat suka budak. Kawen2 kalau boleh nak pregnant terus. Lagi2 la bila tarikh dia kahwin tu adalah tarikh I baru2 mula pregnant (cuma masa tu I tak cek up lagi so tak tau. A week or two after dia kawen baru I cek up and dah 7 weeks preggy).
And dia selalu cakap nak baby....
Pregnancy dia tak macam I. kitorang sangat kontra. I sepanjang 40 weeks preggy mabuk bukan kepalang. Dia rilek je. I punyalah susah makan, dia kaki makan sampai doc suruh control. I punyalah skema, baca macam2, menyebok nak tahu semua benda tentang pregnancy, baby and parenting, dia rilek je. Kalau nak tahu pape main ting tong I dekat facebook my hubby. I bukak kaunter pertanyaan kat situ. Pendek kata, dia memang rileks, Alhamdulillah sepanjang pregnancy, dia tak mengalami sakit2 and muntah2 macam I. Sampaikan dari kes kami chatting pada hari air ketubannya dia pecah, sampai la pagi sebelum anak nya tenat, dia masih rileks, cool and rock jek.... Boleh bergurau senda bagai.... Hinggalah anaknya tenat, barulah perbualan bertukar serius...
Allah lebih sayangkan baby mereka.
and I believe, semua ni pasti ada hikmahnya....
InshaAllah anak ini yang akan menjadi penunggu mereka suami isteri di syurga kelak...
I doakan, and I harap mereka redha dengan pemergian anak ini.
Setelah apa yang berlaku hari ini, I muhasabah diri. Lately Aaron sangat mencabar keimanan dan kesabaran. Seriously dia menjadi sangat manja dan banyak ragam. Sampai malam semalam I menangis and bercakap dengan dia time dia tidur, I minta dia tolong faham yang Ummi dan Daddy dia penat sangat. to some extend, kadang2 I saja bagi Onni jaga Aaron padahal I tak berapa busy, just because I tak larat sangat!
But after what had happened today.... I rasa sangat bersyukur... I rasa sangat bersalah pada Aaron and pada diri sendiri sebab tak menunaikan tanggungjawab dengan sepenuh hati. Tak apa lah Aaron dengan tantrum and meltdown nya. Yang penting I ada Aaron. I berkesempatan untuk merasai kehidupan sebagai seorang Ummi... I sangat bertuah....
And I doakan soon, T akan menyusuri jejak langkah ini juga... Menjadi seorang ibu....
Sedihnye kak :(:(
ReplyDeletesampai kan salam takziah pd kwn akak tu ye :(
akak bace status fb anuar tadi. tekejut sangat lah sebab g banyak cerite kat blog pasal how much T nak baby kan. may allah grant them strength and rewarded with His love.
ReplyDeleteThose 35 weeks isn't going to waste. it's a very precious moment as a mom, where your son lived within you. The closest moment ever for people called mom and child.
sedihnya. takziah to ur fren. semoga dia tabah.
ReplyDeleteSedihnya...!! Takziah kepada best fren gie tu.. moga dia dapat redha dengan takdir ni.. dugaan di bulan ramadhan, insya Allah besar hikmah n ganjarannya. tak dapat bayang kalau aku menghadapinya... susah payah mengandung 9 bulan.. kemudian anak pergi.. sedih kot! huu.. bersyukur la kan kita yg dapat jadi ibu. aku plak tak minat kanak2 tapi rezeki awal. hoho.
ReplyDeleteTakziah buat T dan suami. Rasa sedih sama tak tau nak kata apa ='(. Semoga tabah dalam menhadapi Ujian ini..
ReplyDelete