Monday, April 11, 2011

Bolehke awak jadi sekuat & setabah Datin Seri Azizah?

I Copypaste dari sini.


Pada waktu ni, kes salah laku seks yang dikaitkan dengan DSAI sering menjadi paparan utama tajuk2 akhbar, blog2 dan juga forum2 samada forum bersifat ilmiah ataupun forum jalanan. Al-maklumlah pilihanraya Sarawak dah makin dekat, banyaklah isu2 publisiti murahan mula keluar satu persatu...

Entri ni bukan nak cerita pasal kes salah laku seks tersebut, kerana Xiet bukanlah seorang yang rajin mengikuti cerita 18SX sebegini. Lagipun saya bukanlah orang yang arif untuk membincangkan hal ini. Walau bagaimanapun, isu hangat ini ada memberi tempias kepada kehidupan kami suami isteri. Oops, kami tiada kaitan samada secara langsung ataupun tak langsung terhadap video tersebut. (Habis, celah mana tempias nya?)

Begini, dah 3 kali suami bertanya soalan yang sama kepada Xiet. "Boleh ke awak jadi sekuat & setabah Datin Seri Azizah?. Tak pernah sekalipun dia berhenti menyokong suami dia." 

Pertanyaan pertama, Xiet hanya jawab "Entah la Yang," Kali kedua dia tanya Xiet dah mula rasa annoying. Kali ketiga? Mula-mula Xiet memang malas nak jawab. Tapi bila difikirkan semula pertanyaan tersebut, dan mengapa suami bertanya banyak kali (pada masa yang berlainan), mungkin bagi suami, ianya sesuatu yang penting.... Lantas Xiet pun berfikir sejenak.

Kes salah laku seks DSAI bukanlah baru kali pertama dihebahkan. Kalau difikir-fikirkan kembali, sejak DSAI keluar BN (1998), isu seks ini berasak-asak tidak putus-putus. Tak faham pula kenapa sebelum DSAI keluar BN tak pula ada tuduhan2 begini? Wallahua'lam...

Dan sebagai seorang isteri, jika suami anda dikaitan dengan isu salah laku seks yang bukan sekali, tapi berkali-kali, apakah perasaan anda? Apakah tindakan anda? 

Jangan kan kata berkali-kali, jika baru sekali suami anda dikaitkan dengan isu sebegini, apa agaknya tindakan anda? Cuba bayangkan anda dapat info mengatakan suami anda ada hubungan sulit dengan wanita lain. Cuma hubungan sulit, bukan hubungan seks secara spesifik. Agak-agak, apa perasaan dan tindakan anda terutamanya terhadap suami anda? 

Mungkin kita boleh kata ini cuma lakonan politik semata-mata. Kita tak tahu di belakang kamera dan media adakah mereka masih suami isteri yang baik.  Ye, mungkin juga! Tapi persoalannya, jika anda diletakkan di tempat yang sama, adakah anda sanggup berlakon sehingga sedemikian rupa? Bolehkah anda mengekalkan lakonan ini selama 13 tahun? Mampukah anda meletakkan kepercayaan dan sokongan yang TIDAK berbelah bagi terhadap suami tercinta? 

Xiet seorang wanita biasa. Dan juga seorang isteri. Bagi Xiet, sekuat mana pun kita, sebagai isteri, jika tiada kecintaan dan kepercayaan yang tinggi terhadap suami sendiri, adalah amat sukar untuk sentiasa berada dibelakang suami, menyokongnya dengan sepenuh hati, jiwa dan raga, walaupun terpaksa menongkah arus, terpaksa menerima tohmahan dan cacian orang sekeliling.

Suami pernah beberapa kali berkata "Kejayaan saya, bukan kerana saya seorang. Kejayaan saya adalah kerana isteri yang saya cintai menjadi tulang belakang saya; sentiasa menyokong dan mempercayai saya. Itu adalah pengorbanan paling besar yg awak telah lakukan untuk menjadi isteri saya, dan itu jugalah pembakar semangat saya untuk terus mara ke depan. Awak lah penguat saya"

Perkara begini boleh jadi kepada sesiapa sahaja. To me, and to you. Ramai orang yang terlupa akan kehidupan akhirat dan merasakan dunia ini tiada akhirnya. Ramai yang berlumba-lumba menjadi yang pertama, sehinggakan seringkali melanggar batasan agama. Mungkin kerana dengki, iri hati, dan apa sahaja alasan jahat yang ada, kita akan diuji dengan ujian yang sama, walaupun mungkin dengan jalan cerita yang berbeza....

Persoalannya, adakah kita bersedia? Adakah kita mampu? Adakah kita kuat? 

Jawapan ikhlas dari Xiet buat suami tercinta: Wallahua'lam, I don't know. I just hope that thing like this would never happen to us, and as long as you love Allah and Rasulullah, I will always love you, with all my heart 
& life... (love here is a verb, not a noun)

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." At-Taubah, 71.


P/S: Entri ni dah 3 hari tertunggak kerana terasa begitu sukar untuk menterjemah apa yg dirasa dan difikir dengan kata-kata... Dan entri ini juga khas buat suami tercinta.

Xiet Enigma
5 April 2011
Shah Alam

Photobucket

1 comment:

  1. xiet, actually i pernah terfikir and kagum sgt dgn datin seri azizah. kekal bersama suami xkira ape sekali dugaan dan tomahan yg dtg. walaupun hanya Allah yg tahu kebenarannya tp still yg kita nampak dgn mata kasar ini dia xpernah putus asa bg sokongan and bela suaminya.

    kalau hubby i tanye mcm hubby u, i pun xtahu nak jwp apa. :)

    ReplyDelete

Peace Be Upon You (",)

Peace Be Upon You (",)

Tribute to all mothers in the world!