Thursday, May 9, 2019

TIPS Travel bersama anak kecil

DISCLAIMER: Ini adalah ENTRY TERTANGGUH yang saya tulis pada 1/12/2016 (dah nak masuk 3 tahun bertangguh! haha)

Sekarang, kami sudah ada 4 (nak masuk 5) anak, berumur di antara 9-1 tahun (dan baby dalam kandungan). Makin mencabar bila travel dengan anak kecil yang ramai, tapi setakat ini Alhamdulillah tips2 yg saya kongsi di bawah masih boleh dipakai. 


Assalamualaikum wbt.

Tahun lalu (2015) adalah antara tahun kami paling aktif bermusafir. Pulang ke Malaysia 3 kali, ke Dubai, Turki dan lain-lain tempat di dalam Malaysia dan Oman.

Alhamdulillah, rezeki Allah yang beri. Sedikit sedih kerana tak dapat menunaikan hajj tahun lepas tapi tak mengapa kerana Allah beri rezeki yang berlainan bentuk (Eve Hawwa masih kecil).

Travel bersama anak-anak kecil yang berusia 5 tahun dan ke bawah memang mencabar fizikal dan minda. Apatah lagi jika melibatkan perjalanan yang panjang. Pulang ke Malaysia memakan masa 7 jam untuk direct flight. Kalau transit boleh memakan masa 10 ke 13 jam! Perjalanan ke Turki memakan masa lebih kurang 5 jam termasuk transit. Dengan 3 orang anak kecil yang aktif Ya Rabbi, perjalanan yang panjang sebegitu memang mendebarkan. Takut kalau anak meragam sepanjang perjalanan, menangis di dalam kapal terbang, mengganggu penumpang lain, dan macam-macam lagi.

Itu baru kisah perjalanan pergi dan pulang, belum cerita lagi tentang bagaimana memenuhi aktiviti percutian bersama anak-anak kecil! Silap haribulan, percutian idaman boleh bertukar menjadi mimpi ngeri. Hilang segala aura romantik, yang tinggal hanyalah si ibu dan ayah yang tak putus-putus marah, dan si anak-anak yang tak gembira. Alahai, kasihan!

Di sini saya kongsikan sedikit tips yang kami gunakan ketika travel. Alhamdulillah, setakat ini setiap situasi sukar masih di dalam kawalan. Ummi stress tu memang biasa lah, hehe. Tapi sekurang-kurang nya semua orang masih boleh enjoy. Tips yang mudah dan sesiapa sahaja mungkin lakukan, semoga memberi manfaat.


1. Rancang percutian dengan baik. Kecuali anda memang sengaja mahu bercuti ala-ala tanpa panduan, adalah sangat penting untuk merancang percutian sebaik mungkin. Samada percutian berbentuk santai (leisure or free and easy), lawatan ke tempat2 bersejarah, ke taman tema dan sebagainya, rancang lah percutian anda dengan baik sesuai dengan tema percutian anda.


2. Jika perlu menaiki pesawat, kalau boleh pilihlah waktu penerbangan yang selesa (contoh malam)

3. Pastikan sampai ke lapangan terbang lebih awal dan tidak tergesa-gesa. Tak semua airport bersifat mesra kanak-kanak. Jadi, dengan barang yang banyak dan anak kecil, urusan boleh menjadi lama dan kadang kala perlu beratur panjang. Anak-anak juga mungkin mudah cranky atau terlalu aktif.


4. Bawa permainan dan buku aktiviti. Permainan biarlah yang mudah di bawa dan tidak terlalu besar. Untuk menarik minat anak2, bawa 2atau 3 jenis permainan dan setiap satu di simpan/balut secara berasingan. permainan di buka secara bergilir, bukan sekaligus, supaya mengelakkan anak bosan terlalu cepat


5. Bawa makanan kegemaran anak-anak. Tak semua anak gemar makanan yang disediakan di dalam kapal terbang. Sebaiknya, bawa sedikit makanan kegemaran anak-anak ke mana sahaja sepanjang percutian kerana kebiasaan anak kecil tidak suka mencuba sesuatu yang baru apatah lagi makanan dari negara yang berbeza.

6. Pakaikan anak dengan pakaian yang selesa. Jika ke tempat yang ramai orang, pakaikan anak dengan pakaian berwarna cerah dan mudah kelihatan (saya suka pakaikan anak secara sedondon supaya lebih mudah dikenalpasti). Bagus jika boleh sediakan tag atau apa sahaja berisi maklumat peribadi ibu bapa seperti no. telefon.

7. Pastikan anda bawa travelling gear yang sesuai dengan anak-anak, seperti baby wearer  dan stroller. Seeloknya jika melancong ke tempat yang banyak berjalanan, bawa baby wearer dan lightweight stroller. Pastikan mencukupi bagi mengelakkan anak-anak berebut dan mengamuk.

8. Jika anda bercuti ke tempat bersejarah atau tempat lawatan, pastikan anda tidak mengambil masa yang lama. Setengah hari setiap sesi sudah mencukupi. Kanak-kanak mungkin tidak berminat dengan lawatan tersebut. Mereka juga akan cepat penat dan bosan, jadi mungkin kurang bekerjasama. 

9. Selang-seli aktiviti percutian anda di antara aktiviti untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Sebagai contoh di Turkey, kami berbincang bersama anak-anak dan bersetuju untuk ke Small Safari dan berjalan-jalan sekitar mall yang bersambung dengan hotal pada hari pertama, ke Vialand (seperti Disneyland) pada hari kedua, menaiki cruise pada hari kedua (Princes' Island) dan ketiga (Bosphorus Tour), ke Topkapi Palace ... Kami sekeluarga suka cruise jadi tiada masalah kecuali anak-anak yang terlalu gembira dan aktif menyebabkan kami keletihan kerana ramai orang terlebih prihatin tentang keselamatan anak-anak di atas yatch. Selain itu, kami selang-seli antara tempat pilihan orang dewasa dan kanak-kanak. 

10. Pernutukkan masa yang lebih jika mahu ke tempat-tempat bersejarah atau lawatan yang tidak digemari oleh anak-anak. Sebagai contoh, jika secara purata pengunjung mengambil masa 30 minit untuk menyelesaikan tour, anda mungkin memerlukan 50 minit. Ini adalah untuk menjadikan lawatan tersebut lebih santai, memberi peluang kepada anak-anak untuk berehat, dan mungkin perlu bergilir-gilir antara suami dan isteri. Ini adalah penting untuk menentukan aktiviti harian supaya penyusunan aktiviti lebih realistik. Kami mengambil masa separuh hari (pagi) ke Hagia Sophia dan mengambil masa lebih kurang 90 minit untuk menghabiskan lawatan. Kami terpaksa bergilir antara suami isteri untuk menghabiskan tour seluruh kawasan termasuk di tingkat atas. Sengaja kami buat begini supaya sama-sama dapat menikmati lawatan tersebut. 

11. Jika melakukan tour, seelok-eloknya ambil Private tour. Sangat penting untuk mengelakkan stress kerana terkejar-kejar dengan orang lain di samping ingin menguruskan anak-anak dan menikmati lawatan tersebut. Namun, kos nya lebih tinggi.

12. Alternatif daripada private tour adalah dengan membeli buku/audio. Kebanyakan tempat lawatan menyediakan kemudahan audio atau buku. Lagipon, anda akan mendapat maklumat yang lebih jelas dan terperinci. 

13. Oleh kerana kita mengambil masa yang lebih berbanding mereka yang bercuti tanpa anak kecil, waktu percutian menjadi lebih terhad. Jika suami atau isteri mempunyai preference ke beberapa tempat, mungkin boleh berbincang untuk melakukan lawatan solo. Kami membuat beberapa lawatan solo sepanjang percutian ke Turkey. Suami ke Basilica Cistern sendiri kerana tempat tersebut tidak sesuai untuk bayi (pada pendapat kami). Saya melakukan lawatan solo ke Istana Topkapi (sebenarnya separa solo kerana pada pertengahan lawatan ketiga-tiga anak tak mahu bekerjasama. Suami pulang ke hotel bersama anak-anak dan saya meneruskan lawatan bersama tour guide). Saya pulang ke hotel untuk makan tengahari, dan kemudian di sebelah petang suami pula ke Istana Dolmabache secara solo kerana agak jauh dari hotel dan suami bergerak menaiki Metro (LRT)- Suami memang sangat teruja untuk ke istana tersebut. Giliran saya di hotel menjaga anak-anak. Saya juga membuat lawatan solo ke Grand Bazaar sementara suami menjaga anak-anak di hotel dan membawa anak-anak berjalan ke kawasan berdekatan hotel. Berjalan kaki sejauh 30 minit ke Bazar dan kerana ingin cepat mencari barang, lawatan solo adalah pilihan paling mudah untuk kami. 

14. TOLERANSI. Suami isteri perlu sentiasa toleransi. Kerjasama. Biasalah akan ada masa anak-anak semua buat perangai serentak. Jika isteri stress, suami kena bertenang. Begitu juga sebaliknya. Nak marah anak-anak melebih-lebih pun, mereka kecil lagi. Nanti, semua orang tak happy. Duit dilabur bukan sedikit.

15. DOA. Walaupun tujuannya untuk bercuti, merehatkan mida, bersantai, atau apa sahaja, kita perlu doa supaya semua berjalan lancar. Suapaya anak-anak tak sakit dan tak meragam. Doa untuk kesihatan dan juga keselamatan. Betul, dalam nak berseronok, pastikan keselamatan terjaga. Lagipon, jangan lupa doa musafir tu mustajab tau!

Photobucket

Peace Be Upon You (",)

Peace Be Upon You (",)

Tribute to all mothers in the world!